Nuffnang Advertisement

Friday, March 16, 2012

Jenjalan KLCC

Kesian kat anak2 aku ni cuti sekolah ni tak gi mana2 pun.....ingat nak bawak Kidszania tapi sekarang tengah ramai orang maklum lah benda baru mesti org berlumba2 nak gi. Nak bawak bercuti tak kot sbb lepas pindah banyak duit dah pakai.

So marilah kita berjalan-jalan di KLCC jer. Belikan diorg kasut....asal jalan jer pakai selipar....mak bukan main vogue anak selekeh. Bukan tak ada kasut kat rumah tu ntah kenapa bila jalan jer lagu jer sarung selipar terjerit2 aku suruh tukar diorg buat dek jer. En Win lagi lah tak ada hal. Disebabkan aku asyik membuang baju bahagian dalam dan bahagian luar jadi shopping sekali lah. Tapi haritu En Win yg over...maklum lah orang dah kurus.... dia nak cari seluar slim cut.....ini telah mencabar jiwa dan raga aku. Dulu dia pakai seluar saiz 34 sekarang 29 korang....sakitnya jiwa aku. Eksyen ko!!


Anak2 harus dijaga oleh bapak...kerana bila aku sampai kat KLCC aku menjadi perempuan tak tentu arah sbb semua kedai nak masuk.


Ini lah kasut pilihan mereka.....cute kan!


Lepas shopping apalagi makan arrrr.

Dome!

Muka orang eksyen....bila keluar fitting roam room siap jalan macam model.


Yaya yang dah semakin besar. Sejak ada bilik sendiri ni...tak keluar bilik langsung. Ala2 remaja lah konon.


Adik yang notti....kerja asyik mengusik kakak dia. Sikakak tak dapat melawan maka bercucuran lah air mata. Lepas tu dia gelak tanda puas hati. Poning den!


Me yang poyo....



Adik food....dia pun tekak kampung macam aku....kedai bukan main western tapi nasi lemak jugak dia order


Ini Win makan cake sajer. Puas aku racun dia ambik benda lain tapi tak jalan.


Ye lah Pa u dah kurus!

Muahahahaha....food aku. Tak terdaya menahan napsu. Makan lagi best....kurus tak best.


Macam ni lah geng Mama.

3 comments:

Unknown said...

kak..np en. win kurus sgt?? diet ke

Anonymous said...

Comel lah kasut bdak2 tuh, beli kat kedai mana? boleh share tq

Elly said...

Unknown : Yupe dia diet x makan nasi langsung kalau teringin pun dia makan 2 sudu jer. Venchiii!

Anoy : Beli kat Isetan KLCC murah jer tak sampai 50 hinggit.