Nuffnang Advertisement

Monday, March 26, 2012

IKEA

Sebelum pindah sampailah dah pindah.....asal masa terluang jer laju jer kepala otak aku teringatkan Ikea. Sekali dua boleh lah aku ajak En Win masuk kali ketiga aku baru bersuara Pa jom pergi....dia dah jawab "U nak cari apa lagi"....sentap aku. Untuk tidak memeningkan kepala dan tak payah tengok muka masam En Win tolak trolley baik aku pergi sendiri....aku tak ada hal En Win gi kedai jer aku angkut anak2 gi Ikea tak pun balik office aku singgah ikea sekejap. Aku dan Ikea tidak dapat dipisahkan.....cewah!!!

Maka dengan itu rumah aku dipenuhi barang2 Ikea... yang aku tunjuk kat korang ni baru separuh lagi separuh tak sempat tangkap gambar sbb En Win dah balik nanti dia bising....sangat tak memahami, asyik nak melenting jer bila aku pegang camera...*sentapkalikelapan*. "Nak letak kat blog lah tu".....biar arr!! Tapi bila dah beli pandai pulak dia puji "Cantik bekas ni Ma mana u beli".....mana tak berasap kepala aku ni.

Kenapa aku suka Ikea.....sendiri tanya sendiri jawab....sbb container barang2 kat ikea cute2 rasa nak gigit2. Semua lah cantik.....duit jer tak cantik....hahahahaha. Jom cuci mata....wah! berangan artis sekejap ajak orang tgk barang ko kan!.

Jam


Jam dinding...benda ni memang wajib kena beli kat Ikea. Aku rasa semua orang ada jam ni kat rumah


Container

Bekas make up....actually bukan bekas make up aku jer pandai2 transform kan jadi bekas make up senang nak tengok dan nak ambik. Kalau dalam beg make up alamat nyer mmg aku tak pakai colour2 mata ni.  Aku beli dua set satu bekas utk letak lipstik and eye liner satu bekas yang dlm gambar tu. Tapi bahaya nya anak2 aku tak boleh tgk benda2 ni nanti diam2 diaorg kunci bilik aku and transform diri diorang jadi clown.


Barang2 yang aku kurang guna dan letak barang2 stock seperti ubat gigi, syampu, lotion2, pantie liner, pad, peralatan camera dan macam2 lagi aku prefer letak dlm clear container ni sbb senang nak tgk dan cari.


Kalau beli serbuk kari or kunyit dah letak dalam bekas tapi still ada balance so aku letak kat sini jadi tak ada lah bersepah drawer tu nanti dan senang ingat mana aku letak dan senang nak cari jugak.


Container utk letak minuman 3 in 1 senang anak2 nak ambik dan cari. Milo tu kena letak dalam bekas plastik sbb tu anak2 aku punya minuman diorang dah lah kelam kabut jadi bekas plastik kalau jatuh pun x sakit hati. Stock maggi kena ada kalau tahap kemalasan aku memuncak jadi maggi adalah sangat berguna.


Bekas utk bahan kering. Letak satu tempat....kalau tidak mulut En Win membebel "Ma mana u letak bawang"....."Ma mana u letak cili". Kalau macam ni pun tak nampak lagi tak tahu lah aku.


Quilt/Duvets Cover





Waktu tengah sale hari tu aku mmg beli banyak2 quilt cover ni....suka sangat design n colour2 quilt cover kat ikea ni.


Rak

Rak ni aku mmg rekemen korang beli tak rugi. Sangat sesuai utk letak2 barang dan nampak teratur. Aku suka letak tempat yang senang nak tgk atau cari. Kalau letak dalam drawer mmg aku tak akan bukak dan barang2 tu akan berkurun tak digunakan nanti.


Rak utk letak buku2 dan mainan. Tak nampak lah bersepah bilik budak2. Aku jenis yang tak boleh tgk semua buku kat atas meja macam nampak berselerak so prefer lepas baca simpan balik kat drawer ni.


Tong sampah kecik....semua bilik kena ada.


Frame gambar. Pemalas tak aku dah gantung tapi gambar tak letak lagi.


Sangat suka kotak ni utk letak CD and PS3 budak2.


Benda ni mesti ada kat rumah korang kan. 




Pinggan dan bekas2 utk kegunaan harian.


Meja kecik utk letak Fridge kecik. Pemalas nak turun jadi fridge kocik ni sangat berguna di malam hari.


Bakul laundry


Rak towel...semua kena beli dua set....satu untuk Yaya dan satu lagi utk adik. Apa yang ada kat bilik Yaya mesti ada kat bilik adik kalau tidak bergaduh lepas tu tuduh aku tak sayang diorang. Nasib baik dua kalau empat aku yang menangis kat tepi katil.


Nanti kalau ada masa aku riak kat korang lagi...En Win ada kena layan dia dulu...Eh!

7 comments:

mala said...

comei btol bkas2 tu kak..geram tgk..npela ikea ni xde kat jb..kalo ade da lame serbu..huhu

Suriza Selamat said...

cantik...nak pergi ikea sekarang jugak..*tetiba

Irfa said...

pas ni ikea hantar emel mintak ko jd duta lak ;)dah berkurun aku tak gi ikea.huhu

faizah said...

perkongsian yg bagus..lepas ni tau dah apa yg akan dibeli utk new house..;)

Ina Khairina said...

berkenan tgok rak buku n menan tu,selalu p ikea xdan nak ushar pun...bape rm tu kak elly?

Elly said...

Ina: Rak buku tu RM35 (harga besi tu) bekas dia RM22 sebijik

Ina Khairina said...

rak tu blh sorong n tarik ke?ok sok mlm nak g cari....lg 1 tempat tisu tu bopa rm?comel je nampak....dia dok kat bahagian mana erk?selalu g x pnh perasan pun