Nuffnang Advertisement

Monday, March 19, 2012

CHUP!!!

Korang nak prmote sikit my friend punya restaurant....giler unik nama restaurant ni senang nak sebut pulak tu..... CHUP! Last week kitaorang reramai serbu restaurant dia nak rasa kelazatan makan kat sini. Konsep makanan kedai ni ada persamaan macam Aseana KLCC tapi yang tu mahal yg Restaurant Chup ni harga dia sungguh berpatutan dan sedap.

Bukan sebab dia kawan aku.....aku kena promote kata sedap yek! Tapi korang mmg sedap. Siapa yang tak sempat balik kampung tapi nak rasa kuih2 tradisional dan lauk pauk kampung boleh datang sini. Meleleh air mata korang......kuih yang nenek aku masak boleh jumpa kat sini. Terubat rindu!

CHUP!

Cuba tengok harga kat black board tu....murahkan!. Aku pulak yang kecoh2....knp murah sangat Lynn. Balik modal ker? Mesti dia rasa nak lempang muka aku kan....pepandai jer suruh naik kan harga lepas tu tak ada orang datang siapa nak jawab. Dah lah tak pandai masak pandai cakap jer lagi nak bagi suggestion.....muhahahahahah. Bagus Lynn harga ni sangat berpatutan aku rasa dengan harga dan kelazatan masakan kat sini mesti ramai orang datang. Korang pun datang tau.....x rugi.


Tempat yang sangat cool utk lepak2 ngan member. Restaurant sangat santai!


Blogger mana boleh nampak decoration macam ni lagu jer kepala otak nak buat aksi2....tapi malu sebab ramai orang makan waktu tu. Kalu tak ada orang harus aku jadi model kat situ.


Kalau nak duduk luar pun boleh. Kerusi tu hanya orang yang kaki panjang or tinggi jer boleh duduk.....yang ketot sila duduk kat dalam.


Air Bandung! Wah Nok kau buat aksi ala2 K-PoP lah


Tahu Sumbat....lepas tu ada order cucur udang n cucur sayur tapi x sempat nak tangkap gambar....baru aku nak snap jer dah licin. Sebenarnya aku yang gabra nampak makanan aku dah tak keruan...badan gigil2. Baik aku makan cepat2 kang sibuk bergambar kawan aku habiskan....mana boleh!!!!


Perempuan ngandung order nasi lemak sambal sotong! Sedapnya....


Nasi aku

makan dengan Asam Pedas Johor.....Terbaik dan


Sup Tulang....juling mata aku sekejap. Ya Rabbi sedap ko!

macam-macam lagi menu kat sini dan paling mengimbau nostalgia sambil membuatkan air mata aku bercucuran dan kawan2 aku pelik kenapa aku sedih....sbb aku sangat rindukan makanan ni....atuk aku akan masak kuih ni pagi2 utk cucu kesayangan dia....tapi sekarang aku tak dapat rasai nya lagi walaupun benda ni senang nak mampus jer buat antara rajin ngan malas jer....ternyata aku pemalas tapi bila aku tgk  kat menu ada kuih ni ada dengan pantas aku order.....nak tahu tak apa dia.....
















1
















2

















3













ta daaaaa


Lempeng pisang.....hahahahahahaha. Perrggghhhhh terubat rindu.



CHUP! Yang pakai tudung putih tu lah taukeh kedai! Good Luck Lynn.!


Meh lah.....datang beramai-ramai di

CHUP
25-1 Jalan PJU8/5A
Bandar Damansara Perdana
Petaling Jaya

Kalau korang gi Ikea ker Curve ker....lepas tu boleh singgah makan kat sini.

3 comments:

Raja Nurul Anis Raja Jamam said...

Hye kak Elly..salam kenal..love to read ur blog..ur kids sgt comel..yaya dah nmpak makin remaja..adik mmg muka sgt cheeky..hee..gigih duk bace ur blog since entry memula lgik..=)..and post pasal food..i loike..terigin oh....

Elly said...

Salam kena dear! Thanks

Irfa said...

wah bestlah ada kawan bukak restoren.sesekali boleh mintak makan free ye elly ;)
semoga bisnes kawan ko makin maju