Nuffnang Advertisement

Tuesday, February 21, 2012

SIL Birthday....

Sunday lepas celebrated SIL birthday yang ke 25 tahun. Seperti biasa pergaduhan berlaku disebabkan tak tahu nak makan kat mana. Aku malas nak masuk campur korang bertekak lah anak beranak fikir tempat makan... kang aku suggest ujung2 En Win kutuk kata aku tekak kampung! biar ahh. "Pa nanti birthday I kita makan kat rumah jer (macam nak kasi tau jer birthday nak dekat...ahaks). Bosankan! asal birthday jer makan luar kali ni makan kat rumah jer nak makan sambil telentang pun boleh.

Disebabkan aku nak celebrate kat rumah jer jadi hadiah dia kena mahal....hahahahah dasar perempuan mata duitan! biar ahhh....duit suami aku....dia nak bagi siapa lagi kalau bukan bini mithali dia ni....ahaks! lempang kiri kanan sikit muka aku ni bagi sedar diri sikit.. (sekali lagi hint kat korang birthday aku nak dekat).

Lepas pergaduhan tarik2 rambut....masam2 muka so decide makan kat Cozy Corner, Great Eastern Mall and dessert kat Alexis. Senangkan!


Restaurant ni kalau korang pilih utk tempat makan mmg x akan salah sbb semua makan kat sini djamin sedap.

Birthday girl with mommy!!!

Sementara menunggu makanan.....layan sikir kerenah anak2 aku yang tak berapa ramai ni. Kali ni aku tak bagi bawak ipad kalau tak bergaduh berebut benda tu. Tapi sangkaan aku meleset...mereka tetap bergaduh. Adik suka mengusik Yaya....habis muka kakak di cium nyer. Sengaja dia tinggal kan air liur kat pipi Yaya....lepas tu terjerit2 kat situ marahkan adik dia


Balas cium balik....lantak korang lah

Control ayu...walaupun kedutan muka sudah bertambah. Takpe2 nanti aku gi tanya Ziana Zain kat mana dia buat suntikan Kologen.

masih bergaduh ciuman

"Jay2 my love". En Win ni kat rumah dikenali sebagai Jay2. Mana dapat nama ni pun aku tak tahu. tapi sebenarnya MIL aku dah ceritakan asal usul nama Jay2 ni....seperti biasa perempuan lembab ni selalu lupa.

"Jangan pisahkan aku dan dia....tuhan tolonglah kucinta dia"......ahaks

Nasi Goreng Hailam

Nasi goreng ikan masin

French Fries utk Yaya..

Kangkung Belacan

Asam Pedas.....harus makan aku. Kata tekak kampung!

Adik with Fish n Chip.....share ngan En Win

Ada banyak gambar food lagi tapi aku malas nak ambil....sbb makanan aku dah sampai jadi aku jadi tak keruan. Burpppp.....selamat masuk dalam perut. Rehat 15 minutes....marilah kita ker Alexis pula utk makan dessert.

Alexis!

Makan jangan tak makan. Kurus mana cantik....gemuk kan cute!

Thumb up!
Gitu! sendiri snap sendiri thumb up!

Adik, Yaya n SIL

Candid lah konon!

Pizza for Yaya....sbb tadi kat Cozy Corner dia tak makan sbb nak makan Pizza kat Alexis katanyer.

Bread butter puding....Yummy

Tea for me!!!


Burpppppp kali kedua......still malas nak snap gambar makanan yang lain. Maaf kan saya! By d way
"Happy Birthday to Shahira Yasin....May Allah bless you always"

1 comment:

s.z.a_s.z.a said...

Kak, si sha kan kata its her 16th Birthday.. HIHIHI konon nak amek SPM katanye...

Happy Birthday Sha... Eh, belated la. :)