Nuffnang Advertisement

Thursday, February 2, 2012

Pemalas n pengotor. Ini penyakit ok!

Ini lagi satu penyakit yang orang lain tak dapat nak bantu....hanya diri korang sendiri yang harus ada kesedaran. Segala2 nyer malas....seronok ker hidup jadi orang malas ni????. Aku rasa seronok kot sbb bila kita malas jadi ada orang lain yang akan membantu kita membuat semua benda tu....sbb orang tu pulak malas nak melayan dan tak sanggup melihat kerenah orang yang malas tu. Kadang2 kita tak melihat seseorang tu dari sudut luaran sahaja....wah! kat luar bukan main cantik dan bergaya, rambut wangi, make up perfect, baju cantik...tapi bila kau tengok rumah or bilik orang cantik ni....tepuk dahi 80 kali. Muka dgn perangai tak seimbang langsung.....katil bersepah, cadar tak bertukar, baju berselerak (yg busuk dan yang wangi bercampur), make up bertaburan, towel kat lantai....kalau lelaki berperangai macam ni aku boleh terima lagi...cuba korang bayangkan kalau perempuan yang pemalas macam ni.

Aku tak cakap lah yang aku ni bagus sangat tapi bagi aku baik di tempat kerja, rumah, bilik, dapur atau mana2 tempat yang penting kebersihan dari situ orang tahu korang jenis pemalas atau tidak. Contoh yang paling dekat anak2 buah aku sendiri....semua dah besar panjang....selagi mak ko tak jerit suruh buang sampah dalam bilik tu selagi tu lah benda kotor terbiar kat situ. Kau dah nampak sampah tu dah penuh tak boleh ker ringan tulang angkat dan buang. Ini tak sbb dalam hati korang selalu berkata...bukan aku yang buang sampah kat situ...kenapa aku yang kena angkat dan buang.

Sampai sekarang aku tak faham perangai orang pemalas ni....tak rasa geli ker tidur atas lantai berpasir, meja berhabuk, kertas bersepah2 sanggup pandang jer....macam tak ada hal lah. Bila berjalan tu boleh rasa lantai tu berpasir....  tapi si pemalas ni cuba ignore sbb dalam fikiran dan hati si pemalas ni selalu sematkan "bukan aku yang buat kotor kenapa aku yang kena buat kenapa aku kena penatkan diri aku utk buat semua benda ni....kalau siapa rasa geli dia lah yang lap". Kalau berterusan sikap korang macam ni....sampai bila2 ia tak akan bertukar....sampai ke tua lah jawabnya. Sampai ada suami, anak & cucu lah kau jadi pemalas.

Kalau makan beramai-ramai sanggup si pemalas ni tak nak join....alasan kalau dia makan ini bermakna dia kena basuh pinggang utk semua orang. Baik berlapar sementara waktu dari aku kene membasuh, mengelap dan menyapu. Tolong lah fikir secara logik....dah lah tak menolong kepasar, tak menolong memasak apa salah nyer ringan kan tulang membantu kerja2 yang lain pulak. Tak adalah mak ko ni letih sangat. Dah lah seharian memasak, mengemas, membasuh....apa salah ringan2 kat sikit tulang tu menolong. Ini tak budak2 zaman sekarang balik jer rumah terus terkangkang depan tv....terbonkang atas katil. Mana ada kerja yang tak letih....semua kerja letih tapi pandai2 lah korang jaga kebersihan tu dan jangan lah malas sampai melampaui batas,

Cuba lah ubah perangai tu...kalau tak mampu buat sekali semua....cuuba buat pelan2. Cuba dari jagaan diri korang dulu...bersih kan bilik, tukar cadar, susun benda2 dengan kemas, lap apa2 yang perlu, susan baju dalam almari elok2...aku percaya bila bilik korang dah bersih dah cantik nanti dengan sendiri korang akan cuba tempat2 yang lain pulak. Tak rugi jadi rajin ni....jadi malas jer rugi.

Aku rasa kat sini ibu bapa kena memainkan peranan yang penting utk anak2...latih dari kecik...ajar perlahan2 macam mana lipat baju lepas tu susun dalam almari dengan cara yang betul, kemas katil lepas bangun, bila ambik sesuatu barang letak kat tempat nya balik, ajar menyapu, ajar basuh pinggan yang paling elok kat kau sematkan kat hati anak2 kebersihan itu amatlah penting....sbb bila ko bersih otomatik ko jadi rajin.

Marilah kita boikot orang yang malas dan pengotor ni agar timbul kesedaran dalam diri dia. Kau rasa dia akan sedar tak??????

2 comments:

Nurul Atika said...

jom boikott..orang macam ni elok sound setepek j..biar la die nak sentap..

Irfa said...

entri berhemah..sesekali kena sound gak org camni.baru ada akai