Nuffnang Advertisement

Thursday, February 16, 2012

Keputusan yg berat....dup dap dup dap

Korang ada satu pengumuman nak kasi tahu .....Kedai En Win kat Bukit Bintang dan Sungei Wang sudah ditutup. Sedih sangat....bukan disebabkan tak maju atau sewa tak bayar yer korang tapi kita orang dapat peluang perniagaan/pelaburan yang rasa boleh menjamin lagi masa depan kitaorang anak beranak. Jadi duit banyak nak guna utk pelaburan ni! Kalau tutup kedai dapat lah deposit tu balik n boleh top up utk new pelaburan.

Tapi perniagaan tak tutup terus....En Win masih menjalankan perniagaan seperti biasa di Danau Kota....kata situ ada 3 Kedai. Baju Wanita, Baju Lelaki n Kedai Jeans. Tu yang aku kata En Win busy lately ni....pagi kena uruskan bisnes yang baru ni.....malam sambung tengok2 kedai kat Danau.

Stress jangan cakaplah....bergaduh selalu. Sekarang ni kena banyak bersabar kena banyak berbincang sbb aku pun involve sekali dalam perniagaan yang baru ni. Kalau semua dah ok dan berjaya aku akan share kat korang nanti....doa2 kan yer.

Mula2 nak ambik keputusan tutup kedai dan berpindah kat Danau....mmg sedih sangat. Macam2 pengalaman pahit mahit yang ada kat kedai tu. Ingat lagi mula2 bukak kat Sungai Wang....En Win, Aku dan SIL bertiga jer susun n lipat baju kat kedai tu. Sampai kepagi buat kerja dan mengemas tu. Belum lagi aku ngan En Win ke Guangzhou cari barang kat sana....berguni2 baju kena angkat bawak ke hotel. Dengan tak tahu cakap china main redah jer.....satu pengalaman yang sangat manis. Sekarang China tu dah macam kampung En Win jer.

Perniagaan/pelaburan yang baru ni kitaorang baru dapat keuntungan yang pertama....tapi masih belum mampu tersenyum lagi sbb masih banyak kena rolling utk modal....mintak2 kitaorang boleh tabah dan support each other. Mlm2 kalau En Win sibuk kat Danau aku akan sms bagi kata2 semangat kat En Win dan begitu jugak sebalik nya. Waktu ni kitaorang mmg memerlukan antara satu sama lain.....perbincangan amat2 penting utk mengelakan stress dan pergaduhan. Kesian En Win sampai turun 5kg sbb terlalu letih. Tapi aku ni tak turun2 pulak...ishhh mana tak nya melantak jer lebih.


Kedai kat Bukit Bintang

Kedai di Sungei Wang


Tinggal kenangan.....takpe esok2 aku kaya nanti aku buka shopping complex lakssss! huhuhuhuhu

4 comments:

Irfa said...

moga bisnes baru sukses dan bisnes kat Danau kota pun makin maju

baru je teringin nak ke DaneaDani kat Bukit Bintang tu ;)

Filla ~ Kasihs said...

good luck elly cayang bucuk.. nak berjaya memerlukan pengorbanan ;)

Unknown said...

wow..bisnes pe sis?? kongsi2 la kekayaan 2:)

hazila said...

Salam,
Elly tanya pasal periuk ayan kan, akak beli kat satu kedai jual peralatan dapur di Taman Andalas Klang. Ada 3 saiz, yg ini no 2.