Nuffnang Advertisement

Monday, February 20, 2012

Explorace

Explorace....first time aku join benda ni. Aku part2 lari ni memang lembab sikit....kang bergegar tetek aku. Elok2 group lain lari laju sbb nampak tetek aku terus masuk longkang pulak. Bagus jugak kan!

Seperti biasa aku kan Ahli Kelab kat office ni.....sbb dah lama tak ada aktiviti kitaorang cadangkan buat explorace jer....nampak sangat kelab aku tak aktif bersukan nama jer kelab sukan tapi asyik makan3. Kalau makan jer korang tahu lah idea siapa kan!.

Jadi Sabtu lepas aktiviti Explorace pun dijalan kan. Satu group ada 4 orang....setiap Group diberi kebebasan memilih nama group masing2. Disebabakan aku lembab harus aku memilih ahli2 yang kuat seperti bodyguard boss aku sendiri....bijak tak dan nama group kitaorang Beauty n The Beast. Hahahaha aku kan Beauty harus yang lain Beast.




Seawal 8 pagi kitaorang sudah berkumpul di Masjid Taman Tun. Meriah tak bekpes kitaorang....dah tahu nak berlari....lepas tu ada fear Factor (mkn benda mengarut) lagi aku berani ambik heavy bekpes. Lantak lah janji aku kenyang....buat nya aku lembik tengah jalan siapa nak tolong...En Win jugak! Jadi rasa nya tak salah kot makan banyak.....tenaga apa? hahahahaha


Ini group aku.... Driver and Assitant Driver.


Ini lah yang aku harapkan kalau berlari atau makan benda pelik2. Dua2 ni bodygourd boss aku.



Disebabkan nama Group kitaorang Beauty n The Beast harus pakaian pun kena beauty gaks....lain dari yg lain. colour block katanyer....perempuan warna pink lelaki warna kuning. Pagi2 dah kena kutuk menang gaya katanya....biar ahhhhh. Janji vogue! Mana ada Explorace bawak payung kan! Matilah glamer jer lebih!



Briefing dari organizer. Perjalan plus minus ambik masa dalam 5 jam. Mula dari Taman Tun lalu kesas lalu Bukit Tinggi lepas tu ke Banting dan tempat terakhir Morib.Giler kalau aku drive kompen sesat.

Penyerahan task....Soalan & Peta


Kata2 nasihat dari our Chairman.

Dalam pukul 9 pagi.....Explorace bermula. Elok2 start boleh pulak hujan lebat.....kena drive slow2 lepas tu mata kena tajam pandang kiri kana nak cari jawapan. Soalan yang diberikan pun mencabar minda...korang kena fikir out of the box. Jawapan pulak ada disepanjang perjalanan jadi mata kena cekap. Itu tugas aku & Abang Rio yang botak tu. Liza baca peta...abang Min driver.

 Contoh soalan :

1. Abon Village - Jawapan Kampung Jawa
2. Mawi menukar Sport Rim Kereta Kancil - AF Workshop
3. Very Expensive Stool - Kedai Emas Taik Yaik
4. Kat sini banyak mata2 - Kedai Eyeland
5. Nana2 lekas pulang - Aachie Restaurant

Sepanjang perjalanan tu korang kena jawab 50 soalan....bertekak jangan cakap lah. Jumpa jer jawapan menjerit macam juara lah....padahal baru jawab 3 soalan. Dah jawab dalam 15 soalan kitaorang berhenti kat check point buat task yang pertama....sorry tak sempak tangkap gambar sbb aku kena cari 3 benda tersembunyi lepas tu kena tangkap gambar benda tu tunjuk kat organizer kalau betul baru boleh teruskan perjalanan. Ok! berjaya laksanakan task tersebut.... lepas tu baru task kedua diserahkan....sambil tu dalam perjalan ke task no 2 kena jugak jawab dalam 5 soalan.

Task kedua....kena gi EON Bukit Tinggi cari barang kat supermarket klu yang diberi  "Ikan Kod". Pikir punya pikir baru teringat Scott Emulsion yang warna putih bau hanyir tu. Berlari - lari gi beli lepas tu tunjuk kat organizer. Fuh! nasib baik jawapan bertul. Tiba2 organizer tu suruh ahli kumpulan berkumpulan dan habis kan sebotol Scott Emulsion yang dibeli tadi....mampus aku!!

Nasib baik ada abang gagah perkasa tolong habis kan...aku ngan liza cuma beri moral support.

Good Job....Abang Min. Ramai jugak yang termuntah minum benda busuk ni.....nasib baik aku tak minum kalau tak kat situ gaks pengsan.

Task kedua done! Perjalanan diteruskan sambil menjawab beberapa soalan2 yang memeningkan. Lepas tu kena berhenti di check point ketiga utk task seterusnya. Kitaorang dikehendaki memakan sebiji tembikai dan bagaimana nak potong tembikai tu korang kena fikir sendiri. Nasib baik abang bodyguarad ni bawak pisau dalam beg so kerja senang sikit.

Sabar2....sat abang min ambik pisau.

Sorang kena makan suku tembikai tu.....nampak macam sikit kan sebenarnya banyak korang....terbuntang2 biji mata aku nak habis kan. Menjejeh2 air liur kawan aku...makesura kena makan sampai bersih sebab dia tak nak tgk pun hampas merah tu tertinggal kat kulit.


Nak menangis kawan aku kena paksa makan


Group ni tak ada pisau sudah nya diorang hempas jer kat lantai....dah macam makan nasi aku tengok.

Really2 fun! walau pun stress memikirkan jawapan....sampai dah letih lah nak berfikir tapi semangat tu tetap ada. Kitaorang sampai kegarisan penamat tepat kul 2 petang dan group keempat yang sampai. Total group yang masuk bertanding 17 group. Kira ok lah kan!


Jeng3 keputusan telah diumumkan pada pukul 4 petang.






Beauty n The Best mendapat tempat ke
























LIMA......hahahahaha kalah.

Tapi bijak lah jugak diantara group2 yang lain. Dapatlah RM200 dan hamper. Kira ok apa....ini first time aku join game ni. Berani buat sekali lagi konpem tempat pertama.


Yahoooooo!!! tamat....lepas tu balik rumah aku pengsan kepenatan.

2 comments:

IdaShazana said...

hebatlah....penuh dgn gaya seorng juara

Irfa said...

aku adalah manusia paling tak suka teka teki yang menggunakan otak.huhu
konfem stress kalau kena jawab soklan pelik2