Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 25, 2012

Sugar Glider

Gong Xi Fa Cai....Happy Chinese New Year uolls!!!!

Korang terima kasih lah banyak2 kepada sesiapa yang mendoakan ibu saya . Alhamdullilah....mak dah keluar pun dari hospital dan sekarang sedang berehat dirumah. Tenang sikit hati ni....baru lah boleh berblog dengan ceria kembali.

Korang buat apa cuti2 ni....aku tak pergi mana2 pun....giler nak bercuti lagi mahu En Win hantuk kepala aku kat dinding. Tapi tak pergi mana pun....jadual aku penuh dari pagi sampai malam. Jalan2 cari makan malam aktiviti beronggeng. Tu nanti2 aku cite kan.

Ni nak tanya satu soalan....korang suka bela binatang tak? Terus terang aku cakap aku mmg x suka bela binatang....tengok2 macam tu boleh tapi nak bela mmg malas. Diri aku sendiri pun tak terurus lagi nak urus binatang.  Kucing aku takut, arnab aku geli.....apa2 jer lah binatang yg berbulu mmg aku tak suka. Bulu manusia jer aku tak takut...eh!

Tapi hari tu En Win mmg sudah kasi darah aku naik....entah apa dia anak-beranak berpakat.....keluar senyap2 sampai jer rumah aku tgk kat tangan anak aku tgh pegang sangkar. Aku dah agak ini mesti hamster.....ishhh nak marah kesian pulak. Tapi bila aku tgk betul2 bukan hamster bila tanya anak aku apa nama binatang ni dia cakap Sugar Glider. Mahal giler pulak tu.....seekor RM270. Eeeeeeee......geli korang mcm tikus mondok. Terus aku keluarkan syarat ....aku tak nak ambik tahu pasal binatang ni korang jaga lah dan jangan sekali kali libatkan aku dalam soal permakanan atau pencucian.



Eeeee....takut aku tgk. Sugar Glider ni jinak....cuma mula2 ko pegang nanti mulut dia bising lepas tu nanti dia akan gigit2 jari korang. Dalam 1/2 jam nanti baru dia ok sikit. Lagi lah aku takut part gigit2 ni.


Cuba tgk hidung dia...meremang bulu tengkuk aku. Sekarang kalau aku menjawab jer ngan En Win.... dia akan gertak nak letak binatang ni kat badan aku. Setan! betul lah.....huahuahua tak suka lah. Aku dah tak ada  kuasa kat rumah sendiri...hidup aku dalam ketakutan. Takpe u buli lah I....jangan sampai I sedekah kan binatang ni kat budak2 kat luar tu nanti


Ko tengok mata Sugar Glider ni....macam nak attack sesuatu. Berani lompat lah kat badan aku....silap ada yang patah tengkuk nanti.






Jgn harap dapat lepak kat badan aku.


MIL aku pun suka binatang ni....


Mak ai.....merayap kat tetek pulak. Dalam rumah ni aku sorang jer yang takut....asal keluarkan binatang ni...aku kat dapur dah terjerit2....lepas tu cepat2 tutup pintu. Eeeeee.....tak suka.....tak suka.

3 comments:

myaishahhafiz said...

comeinyerrr

Filla ~ Kasihs said...

hahahahahha... bestnyeeee ada sugar glider.. nak beli mcm *gulp* mahal.. ko tak beli bag kecik utk dia tido dalam tu? cousin aku ada bela.. dia bli bag kecik tu... eiii tomey arrrr!!

Elly said...

Aishah: mmg comei tapi tak suka...geli lah

Filla: Ada beg kecik kat dlm sangkar...bila nak tidur jer dia masuk dlm beg tu...aku tak boleh tgk mesti bulu tengkuk aku naik.