Nuffnang Advertisement

Friday, January 27, 2012

Orchestra...

Sekolah yang anak aku belajar sekarang SK Setiawangsa adalah salah satu Sekolah yang telah dipilih oleh Kerajaan utk mendidik murid2 dari awal utk melatih mereka menyertai Orchestra. Guru yang diambil utk melatih murid2 ini adalah dari Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Segala yuran dan perbelanjaan akan ditanggung Kerajaan sepenuhnya.

Aku kan dari keluarga seni....ahaks! Harus tak lepaskan peluang keemasan ni. Sabtu lepas cepat2 gi sekolah buat pendaftaran utk anak aku Yaya. Terbuka dari kanak usia 8 - 12 tahun. Sebelum pendaftaran tu adalah sedikit keterangan diberikan kepada ibubapa. Sekolah ni dah pergi merata-rata tempat untuk buat persembahan....Sarawak, Johor, Istana Budaya, MATIC macam2 lagi lah. Hari pendaftaran tu jugak ada Edry Hashim dan Fiz Mentor buat persembahan. Lagi lah aku teruja....rasa macam nak naik pentas menyumbangkan suara bersama-sama...hahaha.

Aku mmg suka main alat muzik....tu sbb dulu aku sertai band sekolah. After form five tak dapat terus kan pembelajaran sbb mana lah bapak aku cukup duit nak hantar kelas luar dah lah alat muzik tu mahal. Jadi tiup recorder jer lah jawabnya. Korang percaya tak aku boleh buat macam2 lagu dgn hanya menggunakan recorder....betul tak caya tanya En Win.

Lepas perbincangan dgn Cikgu dari Aswara aku memilih alat muzik violin utk anak aku mainkan....cutekan. Tak sabar nak dengar dia gesek violin tu ala2 macam cite Anak ku Sazali....Sebelum aku buat pendaftaran hari tu adalah dekat 10 kali aku tanya Yaya dia minat ker tak....kang aku yang lebih2 dia tak minat pulak. Yaya kata ok dia nak cuba....fine aku bagi dia peluang dalam setahun ni. Muzik ni korang tak boleh paksa dia kena ada minat yang mendalam mcm aku (nak juga babitkan diri sendiri). Aku kalau ada masa terluang memang masih menyimpan hasrat utk sambung berlajar bermain drum atau saxophone. Dulu dalam band aku main horn jadi rasa nak berlajar tiupan alat muzik yg lain pulak. Harap cita2 ni tak terkubur.


Ini lah rupa Horn...mula2 berlajar sampai bengkak2 lah bibir aku. Note dia dah ingat2 lupa. Lagu Ramlah Ram pun aku boleh main tau dulu....



Kata2 aluan dari Guru Besar Sekolah SK Setiawangsa

Edry Hashim menceritakn pengalaman beliau sebagai seorang pemuzik.

Persembahan dari Fiz Mentor. 3 malam tanpa bintang....terus aku jadi rock sekejap.

Ini nama dia Chello

Violin

Saxophone

Trumpet

Trombone

Marilah kita tunggu dan lihat....ada kah anak aku meneruskan pejuang ini....atau melalak dan berhenti sekerat jalan. Baru daftar laki aku dah nak beli violin utk dia praktis kat rumah. Jangan nak mengada selagi tak pandai gesek, tanpa pandai baca note....ko pakailah dulu sekolah punya. Good Luck Yaya!

4 comments:

lienda said...

insyaallah,bagi semangat kat anak anak !

atiqah said...

kak...fiq mentor lah kak..fiz pulak...ponat teman fikir sapa fiz itu..haahahahaahha...gud luck to you Yaya yang cun melecun..hakhakhak..

Irfa said...

salute la ngan ko elly.sgt memahami anak-anak ;)

mmg kluarga seni korang ni

Anonymous said...

suka baca blog ni happening...mulut kita asyik senyum jee...semoga terus berblogging selalu...