Nuffnang Advertisement

Monday, January 16, 2012

Azam 2012

Azam aku tahun ni tak nak berlembut hati....tak nak cepat kesian kat orang2....tak nak hulurkan bantuan kalau orang susah (giler kejam azam aku tahun ni kan). Aku ngan En Win dah sebulat suara tahun ni tahun pentingkan diri sendiri.

Bukan apa korang....aku dah serik sesangat. Aku ni terlalu lembut hati....pantang orang susah aku ngan En Win mesti berusaha tolong....tapi by end of the day kitaorang dibalas taik. Ada satu kes kesian tak ada duit nak guna untuk raya....tanya pendapat En Win ...dia kata bagilah kita ada rezeki lebih apa salahnya tolong. Aku ni jenis kalau ko hutang kat aku...pandai2 lah bayar dan aku rasa itu tanggungjawab korang utk cari duit tu.....nak mintak atau nak call2 ni mmg aku malu. Dah 5 bulan benda ni berlalu tapi bila nampak muka aku kau cabut....kalau tak ada duit nak bayar pun kasi tau....at least aku faham yang ko ni ada masalah. Elok2 rapat  boleh jadi renggang persahabatan tu.

Aku cakap ngan En Win disuruh aku tepon and tanya.....ishhh segan betul lah aku nak tepon2 ni....aku kuat kan semangat tepon juga dan tanya pasal duit tu.....and u know what?????? dia boleh jawab yer ker I ada hutang u.....tak ingat lah. Terbakar tak hati korang.... ko hutang bukan sikit tapi banyak ok! eh.... boleh pulak cakap lupa.

En Win pun kena benda yang sama gaks....kesian kat pekerja memanjang tak cukup duit makan, duit mak sakitlah, sewa rumah tak cukuplah.....tapi bila dah bagi hujung bulan lepas gaji terus hilang macm tu jer. Lagi satu korang perasan tak perangai si peminjam ni..... kalau datang nak pinjam bila cakap lembut gigi dari lidah....mcm2 janji diaorang  bagi tapi bila time nak bayar....kita pulak di tengking2 macam dah jadi terbalik....macam kita pulak berhutang ngan dia.

Ada satu kes lagi. Pepagi jumpa aku ngan En Win nak berniaga baju.... nak tambah pendapatan keluarga katanyer. Seperti biasa sebelum dapat janji beriya2....jangan takut Bang....tak kan saya nak tipu...abang tahu rumah saya kat mana kan. Kita ni ingat jujur lah....lagipun kesian pulak bila dia cakap nak tambah pendapatan keluarga....lagipun kawan rapat dah kenal lama pun....dari baju tu duduk kat kedai tak bergerak...apa salahnya bagi dia peluang jual kat luar. Hujung bulan dia hantar balance baju tapi duit untung tak bagi....cabut lari....telepon x angkat....pergi rumah memanjang bini cakap tak ada. Ko nak cari rezeki aku tolong tapi bila dah untung ko lari. Ingat kitaorang beli baju ni dgn air liur ker....sewa kedai bayar ngan daun ker. Agak2 lah orang dah tolong....timbang rasa lah sikit.


Ada seorang hamba Allah ni datang nangis2 nak pinjam duit siap tunjuk bukti loan dia dah approved....dia nak pakai duit cepat sbb duit loan tu akan dapat minggu depan jer. Dia siap suruh aku pegang ATM card dan bagi pin no lagi. Aku kan lembut hati cepat kesian jadi bagi lah pinjam. Hambek ko sampai sekarang tak bayar....bila aku mintak memanjang tak ada duit. Tapi barang ko pakai bukan main branded aku tengok. Boleh pulak mintak bayar ansuran...First and last ko dapat pinjam kat aku lagi.

Aku kalau aku cite pasal org pinjam2 ni sampai esok pun tak habis....so kesimpulanya tahun ni tahun pentingkan diri sendiri. Tahun cekal kan hati....tak ada masa nak kesian2 lagi. Pandai2 lah korang mintak Along. Gua nak jadi  Angah pulak.

2 comments:

Irfa said...

kerana duit .org mudah lupa diri
berhutang mmg best..nak mmbayar tu yg hazab

hUnnEE a.k.a mrS cAun said...

angah eh...hahha..lawak betol argg anak neh...

xpa la kak...bila kita wat baik neh owg x nampak..tguu ujahat skett...baru owg respect..eh??..memandai jer aku neh...