Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 29, 2011

Happy Birthday Abah!!

Hari Sabtu lepas 26/11....celebrated abah birthday yang ke 67 tahun....seperti biasa pening kepala nak cari tempat makan....so tanya tuan punya badan dia cakap nak makan kari kepala ikan dekat Kayu....Ammak! cadangan diterima. Mkn2 ni ramai tak dapat join termasuk cucu2 sbb ada hal yang tak dapat dielak kan....kemungkinan besar this coming saturday buat makan busat kat rumah abah nanti....
Di sebabkan aku anak mithali....tak sampai hati kalau tak bawak Abah gi makan. Korang tahu lah walaupun dia cakap tak apa...dia macam ok jer postponed next week tapi di sudut kecil hati dia mesti terasa macam anak2 anggap dia macam tak penting....lebih kan kerja. So aku wakil kan adik beradik aku bawak Abah gi makan Sabtu lepas.

Kalau korang nak tahu bakat lawak abah turun dekat aku...hahahah perasan macam lah kau pelawak sangat....setakat buat lawak bodoh boleh lah. So aku ngan Abah mmg ngam kalau buat benda lawak2 bodoh ni. Lagi seminggu birthday....Abah akan call aku...."Jangan lupa ah! seminggu lagi Sultan punya birthday!!....Lagi 3 hari Abah akan call aku lagi...."Tinggal 3 hari aje lagi"....Bila tiba masa nya aku akan call wish kat Abah....confirmed Abah akan jawab ucap jer....hadiah tak ada. Mana boleh tak ada pukul 12 kang Abah siap2 bukak gate...nanti ada org hantar kereta kat Abah.... Hahahaha.

Abah jugak kalau ada sesuatu terjadi kat rumah atau adik aku buat hal....orang yang pertama dia call mesti aku....sbb aku ni jenis suka melayan....lepas tu suka tokok tambah sikit cerita jadi sedap. Lepas tu kitaorg berdua tergelak terbahak2....mula2 jer cerita tu jadi series lepas tu kita orang tambah2 jadikan bahan lawak. Kalau berkumpul kat rumah dengan adik beradik nanti start lah aku tanya soalan

Aku: Cuba Abah tanya....Elly sayang Abah macam mana? (Nanti bapak aku berlakon jadi AR Tompel).

Abah: Elly2......Elly sayang Abah macam mana?

Aku: Elly sayang Abah macam Elly sayangkan intan berlian Abah!

Confirmed mak aku datang lepas tu tunjal kepala aku....tak boleh tahan perangai aku. Itulah kerja aku ngan Abah suka mengusik mak. Sampai menangis2 mak aku tahan gelak.

Korang mesti heran kan kenapa kat blog ni tak banyak gambar & cite pasal family aku. Masalahnya mak bapak aku tak suka bergambar.....lepas tu kitaorg jarang makan kat luar sebab mak suka masak. Bila aku keluarkan kan camera....mulut mak aku dah bebel....ko jgn nak ngada tangkap gambar baik ko simpan balik. Asal tangkap gambar mesti bapak aku pandang tempat lain. Tensi2.

Abah sebenarnya pendiam tapi sekali dia buat lawak pecah perut....org yang jadi mangsa mak aku! Tapi waktu remaja dulu aku cukup takut ngan abah....kalau buat salah di pandang jer....mata dia ikut jer mana aku bergerak....bila start dia pandang muka aku terasa kebas mata aku mula berair....takut korang...dlm mata tu macam ada Jin...hahahaha. Abah tak membebel mcm mak....tapi bila dia cakap jangan semua anak tak berani.

Paling aku tensi kalau dia baring depan TV sbb kerja aku kena cabut uban...."Elly cabut uban Abah 100 helai...selagi tak 100 jgn berhenti"....tension korang aku dah petang2 member dah panggil. Aku nak cepat main....agak2 dah tidur aku tarik rambut hitam sekali....lepas tu kira kuat2.

Sayang Abah sangat2....Happy Birthday Abah!


Tu dia Kari Kepala Ikan....Ammak!


Ayam Goreng!!

Peria Goreng...Pahit tapi lazatttttt

Ikan Goreng bulus.....khas utk suami tercinta. Cewah!

Korang tolong...lap air liur kat keyboard tu. Agak2 nak keluar tu telan cepat2. Hish! tak senonoh..

Abah ngan Mak.
Bila tangkap mesti tak nak pandang camera....kemon mak! u so pretty & beautiful!!

Perempuan tu adik aku no 5....jantan perasan tu no. 6. Birthday jantan ni 29/11....lepas tu ada hati suruh aku belikan hadiah. Ko ada girlpren kan soh dia beli...

En Win melayan InLaw kesayangan nyer....Thanks darling!!!

Atuk with cucus












dan akhirnyer


















ini lah dia peserta Raja Lawak


















Happy Birthday Abah! Muaahhhhhhhhh

Friday, November 25, 2011

Salah mengaku jer lah...kan senang!!

Korang pernah tak berdepan dengan orang yang tak pernah mengaku salah....padahal terang2 kesalahan dan perbuatan salah dia orang nampak. Untuk mengelakan dari di persalahkan.....bila orang tanya atau soal...di akan jawab terjerit2 tinggi kan suara macam orang gila.... dan korang tahu sebenarnya alasan yang di berikan sangat lah bodoh.

Aku kalau berdepan dengan orang macam ni.....malas nak bertekak sbb orang macam ni tak guna lawan sbb dia tak akan mengaku salah dan akan menuduh orang lain dengki atau cuba memburukan dirinya. So orang yang berperangai macam ni korang anggaplah dia tak matang dan fikiran seperti kanak2 rebena.

Orang jenis macam ni selalu anggap diri dia sentiasa betul.....walaupun korang nasihat macam mana pun....dan dalam hati dia tahu dia salah tapi dia tetap tak akan memalukan diri dengan mengaku salah atau jangan harap dia akan mintak maaf dengan korang kerana dengan meminta maaf dia rasa amat memalukan. Dia tak akan peduli orang yg dijerit itu pangkat datuk ker nenek ker abang ker kakak ker janji dia dapat menegak kan benang yang basah. Orang yang perangai macam ni selalunya tak ramai kawan dan bila dia dapat berkawan dia akan menguasai kawan2 dia supaya tunduk dan dengar cakap dia sahaja.

Orang jenis ini jugak tak boleh terima kenyataan yang di kalah atau salah....dia tak boleh berfikir positif yang kalau kita diam tak bermakna kalah atau salah. Susah ker nak mengaku salah....kalau mmg dah terang2 kau salah.....kalau malu nak mengaku.....diam kan diri tak payah terjerit nak menegakan benda yang salah......seperti aku katakan tadi org macam ni tak MATANG...orang lain tak rugi kau sendiri yang rugi kerana orang jenis ini selalu nya akan dikutuk dan dibenci orang keliling!

Siapa yang baca dan rasa diri dia dalam golongan ini.....sila lah ubah kerana tak rugi kalau kita melakukan perubahan utk kebaikan.....ini juga utk diri aku sendiri kerana aku ibu kepada dua orang anak....perangai buruk macam ni kalau tak di betulkan akan diikut oleh anak2 aku nanti. So marilah kita ubah demi kebaikan di masa hadapan.

Renung2kan dan selamat beramal.

Mak Birthday aka MIL

Semalam 24/11/2011 my MIL Birthday yang ke 61 tahun. Bulan ni mmg banyak birthday celebration. Saturday ni Ayahanda tercinta birthday pulak.....minggu depan En Win.....matilah budget lari.

Kepala dah buntu tak tahu nak celebrate kat mana.....boring setiap kali birthday mesti nak kena cari westen food! kenapa yek? Fikir punya fikir and tanya Birthday girl.....dia sebut Alexis. Ok set....lepas balik kerja rehat2 jap kat rumah....tgk Tentang Dhia sampai habis baru gerak. We all pergi Alexis Bangsar...sebab dekat dan senang hantar Inlaw aku balik lepas tu.

Kat sini banyak lah gambar yg aku nak riak kan.....tapi seperti biasa malas nak download banyak2....yg lain semua masuk FB jer.....tak banyak pun adalah 30 keping kat blog ni....letak baldi kat sebelah korang sbb banyak gambar perempuan poyo yakni aku.....sebab ini camera aku sukahati aku lah.....muahahahahaha


Alexis.....cool tempat ni. Macam best jer lepak2....


Kalau Alexis kat Great Eastern Mall ada Live Band....so korang boleh enjoy music sekali. Kat sini tak ada...lagipun kalau makan ngan family better tempat sunyi senang nak bercakap. Kalau tidak mau aku terjerit macam perempuan giler nak lawan bunyi music tu.

 
Birthday Girl.

Me & Birthday Girl. Luv u Mak!

 
With Cucus...

 
Yaya & Adik

 
Aku....jgn melopong nampak lurah dendam aku. Sengaja jer nak tunjuk....power tak! Bila orang pandang ko yang meroyan....kata org tu gatal....siapa kah yg bersalah dalam cerita ini. Adakah aku? jawapan nya tidak sbb aku pakai didepan suami saja....

 
En Win....matilah hadiah x pikir lagi.

Me & Yaya

 
Candid lah Ma....U kan asal nampak camera jer nak pandang.

 
Gimme a kiss....Nak Pa...Eh!

 
Ala2 tomei....anak mama ni. Eeeeee...geram tau!

 
Korang mesti tak percaya kan apa aku makan malam tadi.....I makan SALAD ok....DIET! ko mampu

 
Aku pun tak percaya...aku makan benda ni jer!!!

 
Ipad selalu menjadi penyelamat....supaya diorg duduk senyap kat meja makan ni!

 
Shira & Birthday Girl.

 
Happy Birthday!!!

 
Suapan dari En Win!

 
Suapan dari Suami utk Birthday Girl......Auaaaawwwww. Now kiss kitaorg tutup mata.

Teman kan En Win smoke....mari kiat bergambar dekat Bar....Mulut En Win dah membebel waktu ni bila aku suruh dia tangkap kan. Biar Aahhh......

From Us....."Happy Birthday Mak & Nen. We Luv u so muschhhhhhhhhhhhhh"

Thursday, November 24, 2011

Lelaki gatai.....tampar kang! (umur 18 tahun keatas jer dibenarkan baca)

Korang pernah tak berdepan dengan lelaki gatal....lelaki yang tak sedar diri.....dah berbini pun masih dan mengatal  lagi. Mmg stress dan menyampah kan. Ko dah kasi tahu ko ni bini orang pun masih tak hormat lagi. Kalau bercakap tak ada benda lain....mesti kearah kegatalan. Apa kah yang kita harus lakukan bila berdepan dgn jantan gatal kote ni :-

1. Kerat kote dia kecik2 dan goreng kunyit.
2. Ludah muka dia dengan kahak yang pekat
3. Lempang 24 kali masuk ke 25  tunjal dahi dia dengan tumit kasut
4. Tendang tepat kat kote dia sampai telur pecah....
5. Upah samseng pukul...tengah kecoh2 ko datang tendang kepala dia 8 kali

Sakit jiwa ngan tension wei! berdepan ngan orang macam ni....kebanyakan kawan aku semua mengalami benda yang sama....dan semua kawan2 aku ada lah bini orang....best ker bini org ni!!!! BODOH...hakkkttttuuuuiiiiiii

Baju Sekolah.....

Giler cepat.....sekolah baru tutup seminggu....aku dah cerita pasal baju sekolah. Aku mmg x suka buat kerja kelam kabut....mana yang boleh didahulukan aku buat cepat2. Nak beli sekali sederap pun banyak nak guna duit.

Adik tahun depan dah darjah satu....disebabkan dia terlalu kecik dan halus....aku rasa mesti baju dia tak ada saiz.....kalau beli mesti labuh....baju mesti longgar....kesian lah pulak dah lah badan halus baju pulak longgar. Paling aku risau....macam mana dia nak bawak beg nanti....dengan buku yang banyak mau terbalik badan anak aku nanti.....confirmed kena bawak bekal.....aku rasa kalau dia beli sendiri makanan kat kantin.....sampai kesudah kena tolak.....hujung2 dia tak makan pulak. Alahai! susah nya hati Mama.

Yaya dulu pun aku risau gaks....sbb dia jenis tak reti bergaul dan x banyak bercakap.....aku kan over siap boleh gi kat kawan2 dia pesan...."nanti kawan ngan anak auntie tau"....."makan sama2 ngan anak auntie yer". Tiga hari aku teman kan Yaya kat sekolah....aku rasuahkan budak2 tu ngan ice cream....so diorg suka terus kawan ngan anak aku....hahahahaha.

Sabtu lepas ajak En Win pergi Nagoya cari kain untuk buat baju sekolah adik. Kain putih 10 meter......kain biru 10 meter. Buat baju kurung 2 pasang.... 3 pasang baju Gaunnnnnn - setteled.

Next cari tukang jahit......


Kain putih semeter - RM5.90
Kain Biru semeter - RM6.50


Ala2 cute jer kena ukur....macam mana lah rupa anak mama pakai baju sekolah. Mesti beratur nanti duduk depan sekali.....tomei2.


Dah besar dah anak mama......

Gambar ni lawak....tegak jer berdiri.

Hujung bulan ni cari baju sekolah & kasut Yaya pulak.....beli last minute selalu saiz dah habis. So sekali borong hujung bulan ni. Next month barangan lain pulak....konpom beg sekolah adik tak princess....barbie. Yaya....Beg Girls (perasaan remaja sikit anak aku sorang ni)....rabak lah bapak ko nanti.

Ini baru anak 2 dah kelam kabut! Macam mana orang anak 4 - 5 orang yek! konpom aku jadi tarzan!!!!

Tuesday, November 22, 2011

Congrats Harimau Muda!

Aku mesti tulis cite ni sebab ni salah satu tarikh bersejarah jugak.....esok2 anak aku tanya boleh check balik blog ni....wah! sekali lagi aku bijak. 21/11/2011 Malaysia mendapat pingat Emas dalam acara Bola Sepak di Sukan Sea ke 26 (betul ker 26???) berlangsung di Indonesia.

Korang semua mesti tengok kan....siaran langsung Malaysia menentang Indonesia semalam. Aku ngan En Win tengok kat rumah jer.....sebab kalau keluar kesian laks kat budak2. So balik jer office cepat2 masak....kasi perut kenyang dulu baru sedap tengok bola. En Win lagi bagus macam nak tgk wayang pulak....siap beli kacang, air tin, asam2 & keropok utk anak2.

Ok start jer.....hahaha nak kutuk sikit...korang dengar tak suara salah satu pengulas sukan tu....suara dia macam tertelan telur.....mcm terkepit2....suara mcm kembang kedalam....macam suara garau2 sengau. Pandai jer aku kan kalau mengutuk no satu.....ok sorry! saya tahu berdosa mengutuk orang....ampun tukang pengulas. Tapi mmg lawak....eh! sudah2 lah.

Minit kelima.....Indonesia mendahalui Malaysia 1 - 0. Waktu ni aku dah kecewa giler.....tak ada semangat kesukanan langsung aku ni kan. Terus bangun masuk dalam bilik bukak TV lagi satu tengok Master Chef. Tapi bila dengar En Win menjerit laju2 datang kedepan. Tak boleh tahan....sebab laki aku menjerit2 macam dia pulak Ong Kim Swee.....jadi aku mengambil keputusan tengok sama2 balik.

Yes!! Malaysia mmg perlukan kehadiran aku memberi semangat....hahahaha. Goal!!!!!! aku menjerit dan melompat macam laki aku pulak yang menjaring kan goal itu.....anak2 aku pun terlompat sama....jadi kami pun berperlukan antara satu sama lain (itu tipu).

Masa kedua......waktu tengok ni jantung aku mmg nak pecah....bila Si Bonai yang tak hensem langsung tu bawak bola aku dah pucat tutup telinga kuat2 tak boleh terima hakikat kalau pengulas tu jerit goal nanti. Suspen giler.....aku pulak terasa mcm memegang jawatan Ong Kim Swee "pass kat sebelah kiri tu....tak nampak ker"....."jgn gelojoh"....."teamwork2." Pujian diberikan kepada Adik Apek.....aaaauuuwwwww kerana menyelamatkan Malaysia dari dibolosi. Oiiii! gegarlah ko jaring tu banyak kali....cium lah ko tiang tu....tak ada makna ok! Adik Apek....tak gentar....hikhikhik.

Bila masa tambahan 15 minit.....aku berdoa dalam hati.....Ya Allah bagi lah Malaysia menang! Semangat korang! aku ngan En Win macam cacing kepanasan....kejap dia bangun aku duduk....aku bangun dia pulak duduk....agak2 rasa nak kencing....on d way nak gi toilet dgr suara En Win menjerit tak jadi aku kencing. Mmg stress dan tension.....nak pulak pasukan Indon asyik menyerang jer....tambahan pulak dgn lakonan sinetron dari pemain diorg ....rasa nak tampar2 jer diorg ni. Fuh! lega walaupun pemain Malaysia nampak keletihan tapi mereka berjaya mempertahan dari dibolosi. Syabas.....

Penalti......ya ampun.....jantung, buah pinggang, pundi kencing semua rasa nak gugur......bila Fakri tak dapat jaring kan gol waktu tu hampa sangat......tapi sekali lagi Adik Apek berjaya menangkap bola.....yang ke4...pujian harus diberikan. Badrol........kau mmg buat aku sakit jantung sbb mula2 nampak macam bola tu berjaya ditepis....tapi2 YESSSSSSS!!!!!! masuk jugak............En Win jerit macam orang giler satu taman bergegar dgr sorakan dari rumah masing2. Sangat seronok....aku drama queen melompat2 kedepan....kebelakang.....tanpa motif. Congrats Harimau Muda! Congrats Malaysia!! I Love You Fahmi...eh!

Team Malaysia hebat kerana Malaysia ada....MUSLIM, ada seorg TAMIL, ada seorg GURU dan yang penting Team Malaysia ada Khairul Fahmi Che Mat yang sentiasa CERMAT menangkap bola dan Malaysia juga ada Baddrol Baktiar yang sentiasa berikhtiar menjaringkan gol dari jarak jauh dan yang paling hebat ialah Malaysia ada ONG (Ong Kim Swee)!!!! Muahahahahaha....

Ideas please......!!!!

Korang buffday En Win nak dekat...tak tahu nak bagi hadiah apa. Hubungan aku ngan En Win adalah dekat 17 tahun (berkawan  + Kawin) ..... so semua barang aku dah bagi termasuk aku2 sekali pernah jadi hadiah....hahahaha. So mmg sekarang tgh buntu nak belikan apa. Tahun lepas aku bagi jer duit suruh dia cari barang sendiri....tak romantik langsung kan.....cuba kalau buffday aku....lagi sebulan aku dah remind kan dia dekat 800 ratus kali lepas tu sengaja jer hint2 barang yg aku suka....sangat kejikan tetapi dari sudut positif sangat bagus kerana berterus terang.

Korang jangan bagi idea perfume, kemeja, tali leher, tali pinggang,wallet.....itu semua dah biasa sangat.....bagi idea bernas sikit boleh tak? Gelabah jer aku kan mintak org tolong lepas tu nak jadi ketua. Nak tunjukan kehebatan seperti malam pertama sebagai hadiah.....tapi tiap2 malam aku hebah...eh! kesitu pulak....muahahaha. Wei! apa nak bagi ni.

Parti terkejut......nyampah lah aku nak jerit suprise2 ni....aku tahu En Win mesti tak terkejut....dia kan tak ada perasaan....aku jer suka org suprise kan aku lepas tu buat2 terperanjat....sambil peluk laki "Thank you sayang".....sambil hidung kembang2.

Bawak gi makan.....any ideas tempat yang best2!. Buat2 lupa....tak boleh nanti dia balas dendam cam ne?. Tension....lah. Aku kalau suruh dia pilih hadiah sendiri....mmg sampai kesudah dia tak nak. Tapi lately ni aku ada tengok dia nak sangat benda ni....kat wall paper semua dia letak gambar ni......ada kah ini satu  hint.... org nak tahu tak barang apa yang dia giler kan sekarang......




















pitam aku!

























tak mampu rasanya!

















kena gi EPF keluarkan account II......alasan nak belikan suami saya hadiah.....boleh ker cam tu!















kalau aku belikan.....mesti dia sujud syukur......tapi apa kan daya





















Boss! boleh pinjam duit tak.....potong gaji tiap2 bulan

















ini lah dia.....barang yg aku x mampu beli!!










Vespa!


Agak2 lah Pa! RM 10,0000.00 tu.....tipah tak mampu tapi hati banyak busat mau hadiah kan. I belikan tayar dulu boleh! Ok2.....buat2 tak faham....print gambar ni lepas tu suruh Filla buat cantik2. hahaha....sungguh keji.....takpe2 kita fikir benda lain!

Monday, November 21, 2011

Projek Cuti Sekolah.....

Wah! tajuk macam projek juta2. Seperti biasa En Win akan melayan anak2 waktu cuti sekolah ni....aku kan busy tahap gaban....harus tugas diberi sama rata. U jaga anak....i uruskan rumah. Pembahagian tugas yang sangat bijak kan!!!

Projek cuti sekolah tahun ni.....mencantik kan halaman rumah.....korang buat lah asalkan jangan bersepah sudah. Bahan2 yang perlu adalah :-

Pasu. (pasu pink adik punya / hijau Yaya punya)

Tanah & Baja

Biji Benih.

Aku mmg x pandai bercucuk taman semua ni....memang x jadi. Pokok kari, cili. serai kat rumah ni semua En Win yang taman. Mula2 aku bising buat menyemak jer beli lagi senang....tengok2 bila dah tumbuh...pelan2 jer aku petik.  

Usaha melayan anak2 dengan begitu gigih sekali!

Kerja menanam bermula dengan memasukan tanah kedalam pasu.... tumpah tanah tu korang siap!

Yaya turn!

Memasukan biji benih kedalam pasu.



Yes! sudah berjaya dilaksanakan. Tapi bila dah buat aku yang pening....mana tak nya sepuluh kali sekejap tanya bila bunga nak tumbuh....kejap2 gi tengok pasu...lepas tu tension sbb tak tumbuh lagi. Anak2 2 minggu ok! bukan satu hari...gigih diorg tgk kat internet satu hari kena siram berapa kali...kena letak kat matahari berapa lama.....iyolah anak2 buatlah apa yg korang nak asalkan korang happy!

Mak ko ni dulu cuti sekolah takde projek2 macam ni! Waktu ni lah seronok main kawin2, masak2, boss2, cikgu2.....ala setakat bercucuk tanam ni mana best.......

Friday, November 18, 2011

Yeah......Cuti Sekolah

Lega korang cuti sekolah dah bermula....tak payah harung jem....tak payah gosok baju sekolah, cuci kasut, kemas buku.....tak payah bangun pepagi sangat. Relak kepala hotak kejap. Tapi confirm rumah bersepah...petang melangakah masuk rumah berdoa banyak2 agar aku tak jadi singa betina tengok keadaan rumah.

Semalam tukar cadar anak aku....baru pakai 3 hari dah mcm belacan aku tgk....mana taknya...belajar atas katil.....main atas katil....makan atas katil (ini mmg sah kena sebat ngan aku)....belum lagi melompat2 atas katil dgn kaki yg kotor. Elok aku tarik comforter....aku nampak cadar penuh diaorg conteng dengan pen....aku baca satu2 ayat yg diorng tulis....saya sayang keluarga saya....adik jahat (sure Yaya tulis).....Papa baik.....mama suara macam kucing. Ha! korang kutuk aku suara macam kucing.....nak mengamuk ker nak gelak....by end of the day aku biarkan jer lah....malas nak mengamuk....dulu aku pun macam tu gak. Asal marah kat mak aku dinding jadi mangsa aku conteng...."Elly tak sayang mak lagi"......."Aku anak angkat ker"...tapi bila mak aku tak marah...belikan aku barang....laju jer ambik kain basah lap balik dinding tu. Muahahahahaha.

Seperti biasa kalau last day sekolah....mesti ada party....anak aku ditugaskan membawa fish ball.

En Win: Pagi esok u kecutkan i pukul 6 pagi.... I gorengkan Fish Ball budak2.
(Kalau anak dia....laju jer nak buat semua tu....cuba kalau aku suruh goreng burger menjeling 80 kali kat aku)
Aku: Takpe....I bangun u bukan sihat sangat (Actually laki aku demam dah 2 hari)

Maka bangun lah si ibu mithali pada pukul 6 pagi utk mengoreng Fish Ball utk anak2 yang dicintai. Tengah sibuk panas kan minyak....tgk2 En Win bangun...."Ma biar i goreng....kang u goreng tak masak sangat sakit pulak perut budak2 tu kang"......

Seeeeeeee.........selama ni aku masak siapa yang makan....kau kan!.....sakit ker perut tu!!! Ishhhhh pagi2 buat aku angin. Elok aku kesian sebab demam terus...sakit jiwa. Ok....u nak masak sangat kan ambik....I nak sambung tidur balik.... Aku ni kejap jer marah dah tak sampai hati balik....tolong gaks cari bekas.... basuh kuali....senduk bagai. Pepagi gaduh tak baik....rezeki tak masuk kan. Jadi berdiam diri jer lah walaupun hati panas membara. En Win kalau ngan anak2 mesti lemah....kalau dia mengamuk atau marah kat budak2 tu....tak sampai 10 minit terus pujuk balik....cuba kalau aku merajuk...buat muka sedih...lalu lalang depan dia pun buat tak tahu jer.....*sentappppp mak tau*.

Oklah kengkawan...... marilah kita sama2 berfikir mana nak bawak budak2 ni berjalan sempena cuti sekolah....seperti biasa bukan budak2 yang excited tetatpi aku.....muahahahahaha.

Tuesday, November 15, 2011

Harap2 menjadi kenyataan....hidung hampir meletup!!

Perbualan suami isteri (minggu lepas)....

Aku: Pa....next year kita dah sepuluh tahun kita kawin. Tak sangka kan! Tahan u ngan perangai i yer. I luv u tau....

En Win: I Luv u too Ma.....

Aku: Pa....next year kita travel nak...berdua jer. Lelama sikit....

En Win: U nak gi mana? tak boleh kot....bulan 4 kan dah nak travel jauh.....so budget tak ada.

Aku: Tu lain....share lah.....jom arrr

En Win: Tgk lah dulu

Kalau dia jawab mcm ni mmg x ada harapan.....aku pun kena faham gaks....baru pindah...bulan 4 tahun depan ni nak gi Melbourne & Sydney dengan anak2....berjaya book tambang murah Air Asia haritu....bersungguh-sungguh bangun 3 pagi sbb nak book...time2 mcm tu tak ramai org online...so aku kena consider jugak.....

Perbualan semalam

En Win: Bila Matta Fair

Aku: Bulan 3

En Win: Cause I Luv u so much....kita pun dah lama tak bercuti berdua.....honeymoon pun dulu kat Sarawak jer......i dah fikir masak2.....next year Annivesary gi Europe! Tapi bukan bulan 6.....dalam bulan 9 atau 10... U gi cari package Europe...tiket beli bulan 3 kat Matta Fair.

Aku: Terdiam....terpaku....terkedu.....betul ker laki aku ni. Wei! giler terperanjat....aku tak expect dia nak bawak aku sampai ker situ.....

En Win: U kata haritu nak share kan.....u bayar flight....yang lain under me......ok tak.

Aku: Terus peluk laju2...share pun share lah janji dapat gi Europe!

Aku bukan nak riak tapi nak kongsi kegembiran....terlalu gembira....sampai sekarang masih tak percaya. Hope menjadi kenyataan.....sesiapa ada info pasal Europe....msg ake yer. Minah ni tahun depan jer nak pergi kenapa nak excited sangat kan! Bukan macam tu aku cuma nak kumpul info....so boleh budget2 dari sekarang.....bukan sikit duit nak guna....so kena kumpul dari sekarang! betul tak uolllsssss.....rasa macam nak lompat tinggi2.

* kak next year saya nak main kutu letak 2 nama*
*Filla & Moon ....jom berniaga kaw2 cari duit lebih*

Teater Badai Semalam..

Last Saturday.... aku ngan En Win pergi Istana Budaya tgk Badai Semalam.... Korang pernah baca tak cite ni. Fames giler cite ni dulu. Kalau korang nak tahu hobi aku mmg suka baca novel....tiap2 bulan mesti singgah popular book store beli novel...2 or 3 novel akan aku rembat setiap bulan tapi mesti Alaf 21 penerbit lain aku tak layan. Mesti korang x caya kan....nampak jer brutal tapi hati ada taman. Paling suka kalau baca novel cinta remaja....lepas tu aku akan berangan....senyum sorang2....macam aku lah pegang watak dalam novel tu.

Ok berbalik pada cite teater tadi....aku ngan En Win mmg minat tgk teater. Puteri Gunung Ledang, Teater P. Ramlee, Kampung Boy, Teater Tun M, Natrah cuma hari tu aku tak sempat tgk teater Life Secret of Nora. Tgk teater ni macam dapat satu kepuasan...tak tahu nak gambarkan tapi mmg best sbb dapat tgk secara life.

Teater Badai Semalam....pelakon semua hebat2 belaka.....Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Ziela Jalil, Jasmin Hamid, Fizz Fairuz, Emelda Rosnaida dan ramai lagi. 3 jam kat dalam tu tak rasa langsung....best giler. Malas aku nak cite kat sini story badai semalam....korang cari lah sendiri ya. Tapi aku sarankan pergi lah tengok mmg berbaloi.

Korang best giler tengok Aaron Aziz berlakon...cute tgk dia menari ala2 tahun 70an ngan Jasmine Hamid. Aaron yang menari kat pentas aku yg tersenyum2 macam kerang busuk kat tempat duduk. Sekarang aku tengah tak sabar nak tgk Ombak Rindu pulak.....tapi yang ni kat wayang....Aaron gaks berlakon. Ombak Rindu ni pun salah satu Novel yang femes dahulu kala.



Aauuuwwww....hero Badai Semalam

Pelakon2 yang menjaya kan Teater Badai Semalam

Thumb up.....

Aku adalah Heroin dalam cite ni....Erra adalah pelakon extra

Sempat rembat buku ni....simpan utk buat kenangan.