Nuffnang Advertisement

Friday, September 30, 2011

Botox....

Tiba2 aku rasa nak jadi wartawan hari ni.....Artis dan botox! Wah! gitu....topik tak hengat langsung...dah berjuta2 orang buat liputan pasal ni aku baru nak cite....giler lembab.

Korang rasa cantik ker buat botox ni?? Entah aku tengok siapa yang buat botox ni macam pelik jer muka diorang. Macam kucing pun ada juga. Elok2 mata ko bulat korang panjang kan......dagu tu elok jer kedudukan nyer korang gi runcing kan....hidung tuhan dah bagi kemek sbb bersesuaian ngan muka kau ngada2 nak mancungkan jadi kareena kapoor......bibir tu elok jer nipis so jimat tak beli lipstik selalu ko gi tebalkan lepas tu biarkan nampak terjongket jer selalu....sexy lah konon. Pipi tu ....ko pandai2 gi bulatkan. Ishhh tak faham aku.

Mungkin sbb aku bukan artis kot....tu sbb aku tak ada perasaan macam diorang. Ialah saingan dalam industri ni kan ramai....so kalau nampak dagu kau panjang sikit kat situlah timbul kelainan.....so selalu lah di interview kan. Korang tak takut ker bila buat2 jadi tak cantik...mampus nak dapat muka asal balik kena keluar duit lagi. Kalau tengah kaya boleh suntik selalu....buat nyer tak ada job nanti.....dah hidung ko kemek balik tapi dagu still panjang.....macam mana nak sorok tu.

Paling tak boleh blah....Artis Malaysia ni bila tanya pakai botox ker tak tetap nak menipu.......saya amalkan selawat tiap2 pagi sambil menggosok muka. Giler terrer selawat jer terus hidung jadi tinggi. Kak Nita amalkan mengambil air wuduk sebelum make up.....fuh! jawapan tak boleh blah.


Cantik ker?? Aku rasa muka kampung yg dulu lagi cantik kot.


Hambek kau!! teknik solekan katanyer. Apa hal lah kau kena lebarkan mulut tu. Ko bukan omputih nak cium selalu.....sian aku tgk dah macam alien pun ada gaks. Eeeee jahat nyer mulut aku. Tapi mmg tak cantik!!

Perempuan ni pun blh dikategori kan giler kecantikan gaks......muka kau dulu2 sah2 cantik....hidung tu dah mancung...kenapa nak tinggi kan lagi. Kau nak hidu siapa??? Bibir tu mmg tak sesuai langsung.


 Bibir tu.....kesian aku tgk tebal semacam. Apa yg best bibir tebal ni yer....dah macam kunta kinte aku tgk. Cuba kau bayang tuo esok....muka kedut tapi bibir tebal.



Ini jangan cakap lah nak cantik punya pasal sampai tak boleh senyum.....takut muka terkoyak ker apa. Dah ketat jer aku tgk.....bila berckp aku tgk bibir jer bergerak muka keras. Hahahaha.

Banyak lagi artis yang aku rasa muka diorg pelik sangat lepas buat suntikan botox ni diantara nyer Kak Pah, Nanu, Adi Putra, Anita Sarawak, Erma Fatima, Erra Fazira.....ramai lagi lah. Aku ni bukan main cakap besar kan....esok2 tgk aku yan buatg....habis aku tukar sampai laki sendiri pun tak kenal.

Tapi tu semua hak individu....mungkin diorang rasa satu kepuasaan kot. Walaupun buat botox ni tak cantik tapi manalah tahu diorg terpaksa buat utk mendapatkan kelainan pada wajah supay periuk nasi mereka tak terjejas. Jadi ikut koranglah nak loncong ker, nak petak ker, nak bulat ker janji happy kan!!

Thursday, September 29, 2011

Cuak tiba2......

Tengah duduk berangan sorang2 nak jadi permaisuri or Rosmah Mansur (kata elly in wonderland) harus masa terluang berangan2....tiba2 teringat nak buat check list barang utk rumah baru. Ini baru basic aku list kan....dah sejuk tangan sekejap....banyak nyer.

Dapur
1. Fridge
2. Washing Machine
3. Dryer
4. Blender
5. Periuk Nasi
6. Thermos Electric
7. Pinggan Mangkuk, Sudu. Pisau
8. Tea set
9. Periuk Belanga
10. Bekas Rempah2
11. Meja Makan
blah....blah....

Ruang Tamu
1. Sofa Set
2. TV (2)
3. Sofa Bed

Bilik
1. Katil (3)
2. Bedsheet
3. Barangan Toilet
4. Bantal
5. Kusyen
6. Curtain

Bila dah banyak sangat mcm ni aku dah tak sanggup fikir....terus tunjuk list ni kat En Win....dia kan tak ada perasaan macam tak ada hal jer....takpe kita beli sikit2 dulu. Pindah kan hujung tahun so kita ada 3 bulan lagi utk beli sikit2.....u bayar separuh....I bayar separuh. Senang kan.

Aku ni mmg cepat panik padahal betul gaks apa yang dia cakap....so start bulan ni kena beli barang yang kecik2 dulu yang besar waktu nak pindah nanti sbb nak sesuaikan dgn warna rumah. Tiga2 katil dah booked waktu exhibition hari tu deposit dah bayar so tinggal balance jer belum settle. Kitchen cabinet pun dah bayar deposit. Baru ingat interest ASB tahun ni nak berjalan jauh sikit....nampaknyer kena simpan niat tu dulu. Duit tu kita guna utk barangan rumah & keperluan anak sekolah nanti.

Pertengahan bulan 10 ni aku ngan En Win nak pergi China.....cari produk yg terbaru utk dibuat berniaga so ada lah tambahan sikit....mintak2 murah lah rezeki kami berdua dan projek yang dibincang akan menjadi kenyataan dan menguntungkan. Amin.....

Ini memang janji kami berdua utk memberi keselesaan utk anak2. Bekerja selagi mampu...Insyaallah rezeki itu sentiasa ada kalau kita rajin berusaha.

Wednesday, September 28, 2011

Makan dan makan dan makan.....

Jumaat lepas Company Open House seperti biasa aku kan Ahli Jawantakuasa harus aku yang menghandle segala urusan majlis ni.....bukan aku sorang yer semua ahli jawatan kuasa.....ayat mula2 propa jer lebih sbb aku mmg giler kuasa. Muahahahaa

Aku seperti biasa handle tempat dan makanan....utk menyenangkan kerja sekali lagi aku memilih KLGCC dan makanan pun dipilih oleh aku mengikut tekak biawak aku. Mudah kan! Setelah perbincangan dibuat dgn ahli jawatan kuasa yang lain bukan sahaja makan tapi kita juga menyediakan aktiviti2 yang berkaitan dgn raya di majlis tersebut....harusssss boss bangga ngan idea aku. Confirmed bonus 3 bulan.....

1. Petandingan Karaoke - Live band uolls tak main pakai screen2 ni
2. Pakaian Baju Raya tercantik - sengaja tau AJK tidak dibenarkan bertanding takut aku menang lah tu
3. Teka tajuk lagu Raya - Perempuan band tu nyanyi lepas tu korang teka tajuk lagu. Meletupkan idea aku!
4. Buat perkataan yang berkaitan dgn raya. Contoh Bunga Raya
5. Acara yang ditunggu2 - Poco2 dan Joget Lambak. Hahahahaha......

Setiap pemenang akan mendapat duit raya yang di sediakan oleh Kelab Sukan. Sorry uolls gambar tak banyak maklum lah AJK very d busy.


Seperti biasa ini kan Majlis aku.....harus aku beramah mesra dgn staff yang hadir. Disini sahaja korang boleh nampak mcm mana berkuasa nyer aku di office ini. Hahahahaah (gelak syaitan).

Lawatan diteruskan.....

Pertandiang karaoke bermula....

Kenapa suara mengigil nok! Tempo tu jaga.....

Pertandingan pakaian tercantik....

Poco2.....follow step please. Ishhh lintang pukang aku tgk.

Joget lambak....sampai melengkung badan aku menari....ko boleh. Matilah boss aku tgk jer perangai sexyteri dia yang giler.....yang penting tarik boss nari sama. Berani kan....Perempuan baju hijau tu aku rasa dia dah giler.....ko lupa ko ngandung kan! dengar lagu badan bergoyang....stop lagu nak muntah pening katanyer...

Ala2.....kenan anak ko esok muka aku baru tau! tapi tak apa aku stock jelita. Muahahahahah


Isnin 26 September 2011

Makan lagi....potluck raya kata nyer. Orang lain aku arah kan bawa makanan sedap2 aku seperti biasa hanya membawa air dan cake. Budak2 office ni dah masak sangat perangai aku kalau tak bawak buah sure aku bawak air. Untuk tidak nampak bersalah....selalu nyer aku akan bagi duit dan upah diorg masak. Janji bawak kan!!!!.

Fuh! macam pesta makan. Sedap korang... ada laksa, Lontong, lemang, sambal goreng, rendang ayam, sambal sotong, kuah kacang, satay, ayam golek, rojak buah, kuih muih.....banyak2 tak tertulis. Giler sedap!. Kita makan dulu....esok2 jer lah pikir diet.

Meriah2....

lazat2......

Tuesday, September 27, 2011

Mama Garang........ i tak garang uolls

Ia aku mengaku aku mmg garang waktu mengajar anak2......sampai En Win kata aku macam perempuan giler bila marah kan anak2. Tapi time belajar sahaja waktu lain aku boleh menari, main pertandingan AF, main nyorok2 ngan anak2 aku....kalau aku tak garang....confirmed memanjang homework tak ada, buka latihan tak buat, tak pergi ngaji dan tuisyen. En Win bapa yg sangat lemah dgn anak2. Anak2 tipu ckp sakit perut pun dia percaya bulat2.

Tapi kadang2 aku sendiri pun tak faham dengan perangai aku .....macam mana aku blh jadi garang sejak ada anak. Aku sebenarnya sempoi jer tak reti nak marah2 ni....dulu kalau waktu remaja kalau aku tak puas hati atau marah teramat sangat.....mesti sambil cakap tapi disulami dgn air mata bercucuran by end of the day orang yang aku marah tu tak faham langsung apa yang aku cakapkan.

Isnin lepas balik jer dari office nampak anak2 aku dah ada kat rumah. Ini menandakan diorg tak pergi kesekolah tanpa bagi tahu mama dia yg vogue ni. Sambil buka gate telinga aku dah berasap.

Aku : Kenapa tak pergi sekolah?
Yaya: Kitaorg nyantuk
Aku: Kenapa tak call mama?
Adik: Takut nanti mama marah.....tapi papa kata ok.

Betul tak aku dah cakap tadi En Win mmg lemah ngan budak2. Korang  tahu En Win buat apa waktu aku tgh mengamuk....dia pura2 tidur tapi muka senyum. 

Aku: Jangan cakap ngan mama.....budak malas pergi sekolah mama malas nak kawan. Mulai hari ni kalau apa2 tanya papa jgn tanya mama. Mama garang kan....papa jer baik so nak apa2 mintak kat papa yer. (Hahaha....ngan anak pun nak merajuk)
Yaya : Sorry mama....janji tak buat lagi (dah melalak waktu ni)
Adik: Sorry mama..

Sampai malam aku merajuk.....boikot tak berckp. Diorg lalu depan aku....aku buat mcm tak nampak. Diorg tanya aku soalan aku buat2 tak dengar. Aku nak tergelak sebenarnyer tapi cover ngan muka garang....penat ko! En Win seperti biasa malas layan kitaorg anak beranak cepat2 cabut gi kedai.

Aku masuk bilik tiba2 nampak surat cinta dari anak2 aku.......



From Danea......

From Adik.....

Terus hati aku sejuk......panggil anak2 aku nasihatkan cara baik. Mama tak nak dgr lagi Yaya ngan Adik  tak pergi sekolah....that way mama kata tidur awal....lepas buat homework main kejap pukul 10 masuk tidur. Faham tak.....

Faham Mama....sorry yer. Ok give me a hug.....sayang mama tak. SAYANG! sejuk hati aku.

Happy Birthday Papa!

Ahad lepas birthday FIL yang ke 66 tahun. Happy Birthday Papa! Semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang bagus...Amin.

Tepat pukul 12 mlm seperti biasa aku anak beranak called FIL menjerit2 nyanyi lagu birthday! Kesian jiran sebelah rumah aku kan kerana mendapat jiran yang sangat giler itu belum lagi suara aku yang mcm petir ni marah kan anak2 tak buat homework atau buat sepah. Aku rasa diorg mesti berdoa supaya aku cepat pindah. Hahahaha. Tak2 jiran aku sangat baik....selalu masak sedap2. Bila aku tegur jer sedapnyer bau makcik masak ...confirmed aku dapat semangkuk lepas tu. Agak2 aku malas masak....rajin jer aku menegur dan berbuat baik "Makcik ni pandai masak lah....teringat kat mak saya". Kejikan perangai aku......

Seperti biasa aku lah yang akan meng organise tempat2 makan.....harus aku fikir tekak aku kan. Hari tu aku rasa macam nak mkn western sebab lately ni asyik makan lauk melayu jer kat open house. So aku telah mencadangkan pergi ker Full House kat The Curve. Cadangan aku telah diterima bulat2 oleh En Win.... So cepat2 call FIL suruh diorg siap2 utk bawak gi The Curve.  Cadangan aku tak diterima.....padan muka aku org keji mmg selalu mendapat balasan yang sungguh cepat. Papa nak mkn Jln Alor nak makan sweet sour fish & tom yam. Ok.....kita haruslah mengikut kata birthday boy!!

So En Win ambik parents dia bawak rumah aku dulu.....sebab aku tak siap lagi. Angin jer En Win kat aku. I banyak kerja ok....u kena faham isteri u ni kan macam Rosmah Mansur. Harus kebajikan rakyat difikirkan dulu.....

Acara penyampaian hadiah dari cucu2.

Adik bagi card jer.....sbb waktu cari hadiah dia sibuk cari mainan utk diri sendiri.....kalau adik beli mainan tak boleh beli hadiah atuk. Selamba jer dia jawab.....baik beli mainan adik.... atuk kita bagi card jer lah.....Yaya kan dan bagi hadiah. Perangai sebijik mcm aku mementingkan diri sendiri.....bukan salah ibu mengandung yer anak2.


Jalan Alor....TERBAIK. Sehingga menjilat jari kaki. Jari En Win pun aku jilat sekali......

Ini lah keluarga in law aku.....selagi tak penuh meja selagi tu mulut tak henti order. Siap org tu yang stop kan kitaorg....saya rasa dah banyak lah encik order. Hahahaha....boleh ker macam tu. Tengah2 mkn panggil lagi tambah satu lagi nasi goreng.....encik ini bungkus ker makan. Makan lah....perli ke apa? Licin ko....walaupun pada mula nyer aku mcm eksyen tak nak makan sbb tak lalu konon....tapi aku lah org yg last sekali berhenti mengunyah.....ma ribut pun dah berhenti.....shut up u

wah! muka aku dah kurus.....Shira why u so demuk!!!

Lepas makan continue gi Coffee Bean kat Pavillion. Minum coffee sambil merehatkan perut dan minda. Disbbkan tadi waktu makan di Jln Alor kitaorg lupa nak nyanyi birthday song sbb teruja melihat makanan. Maka di coffee bean ini lah kita mendendangkan lagu birthday yang mana harus suara aku yang paling merdu. Orang sekeliling begitu kehairanan kerana tiada cake tetapi tiba2 kitaorg menyanyi.

Ishhhh.....anak2 aku ni macam org tua......org minum ice blended....ko blh mintak Hot Tea.....apa kelassss.

Ma....cepat tangkap gambar adik suap kan atuk.....over tau.

Yaya pun nak jugak........

Monday, September 26, 2011

Siti Ayesha Birthday - Theme Bollywood kata nyer

Sabtu lepas cucu boss I....... Siti Ayesha birthay. Cuba korang bayangkan anak dia punya wedding hari tu pun meletup cantik.....ini cucu pertama punya birthday lagi2 bertambah meletup.  Bertempat di One World Hotel.....ko mampu buat birthday kat Hotel.....Theme Bollywood.

Seperti biasa aku kang kelam kabut baru nak cari baju anak2 pagi tu kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Jumpa satu kedai ni dekat dgn Semua House.....baju semua cute2 and cantik....harga pun boleh tahan. Setelah 4 - 5 helai anak aku bertukar-tukar baju seperti artis bollywood.....seperti diorg punya birthday pulak nak bergaya sakan akhirnyer aku ngan En Win telah memilih baju ini :-

Kareena Kapoor & Rani Mukrejee. Ok Baju settled cari gelang tangan n kaki pulak. Aku pulak yg excited...dah beragan ni nak ikat kan tocang dua....pakai puttu (tanda kat dahi tu), letak bunga melur sekeliling tocang....fuh! macam anak aku punya birthday lah hari ni.

En Win: Tak yah ma.....gelang tangan cukup jgn nak over. Membazir jer. Baju ni pun sekali jer pakai nanti.

Yaya: Ma.....Yaya x nak pakai lah tanda kat dahi ni.....nanti berdosa. Bunga ni pun tak nak busuk....

Hancur hati i uolls....anak dan suami tidak mengikut kata....tapi betul gaks buat apa membazirkan.



Ala2 tomei nyer anak mama......I Like

Korang jer nak bergaya....mama pun harus jadi Aishwarya Rai.

Birthday girl Siti Ayesha....birthday yang ke 5 . Cuba korang bayang kan 5 tahun pun birthday meletup cuba kalau 21 tahun sok.....

Salute to Shazmin (Ayesha's mother) idea dia meletup. Cantik sangat.

Cutekan semua kena pakai baju bollywood....lepas tu semua kids kena menari lagu hindustan. Korang siap ada jemputan lagi penari ala2 dalam cerita bollywood...aku yg lebih2 bergoyang sakan kat belakang.

Games

Aktiviti....buat frame kat gambar sendiri.

Aktiviti.....buat gelang

Adik buat Henna.....lepas birthday nangis takut cikgu marah.

Twin.....hahahaha ada pulak baju serupa hari tu.

Me with kids.....

Mak2 pun harus bergaya sama.

Birthday cake.....superb cantik gilers. Berapa ratus agak2 nya yer?

Adik: Mama....nanti birthday adik nak buat kat sini.....nak cake macam tu jugak

Kan....aku dah kata anak aku pun suka berangan macam aku jugak.....kita tak mampu dik. Nak buat kat Mc Donald pun mama pikir 10 kali. Hahahaha......

Kemon pa....theme bollywood bukan kesultanan Melaka. Hahaha.....actually after birthday diaorang continue dgn Majlis Hari Raya so En Win joint Majlis Hari Raya tu yang pakai baju Melayu.

Sayang nyer anak mama ni.....gigit kang!!


Lupa nak kasi tau waktu birthday Ayesha's hari tu ada artis bolly datang.....nak tahu siapa tak??






























































fuh! giler beratur nak ambik gambar....




























































jeng3































Inilah Shah Rukh Khan & Aishwarya Rai (Kuch Kuch Ho Ta Hei)

Datang bersama family nyer......

Friday, September 23, 2011

Ada aku kesah.....

Sebelum aku start story mory kat blog aku yang aku cintai ni ada pesanan kat Anonymous yang comment kat blog aku konon nyer aku tiru cara org berblogging.....aku x ada idea.....blog aku sama dengan  blog blogger kesayangan dia....dia suruh aku jadik diri sendiri....ayat tak blh blah dia sedih tgk aku.

Ini jawapan nyer cik anonymous...
Ada aku kesah....kalau tak suka kenapa hadap blog aku.....bukan aku tak tahu tiap2 hari 10 kali kau buka tgk aku update ker tak kan. Kalau kau rasa blog aku tiru blog blogger kesayangan kau tu....gi baca blog dia jer tak yah tgk blog aku. Cuba kau bagi tahu sikit blog siapa aku tiru.....fuyoooo!! giler sama kehidupan aku ngan blogger kesayangan kau tu....kau faham tak makna kebetulan atau pemikiran yang sama. Aku rasa kau tak faham tu sbb kerja kau suka mengutuk orang jer. Next entry aku nak cite pasal company aku punya open house aku rasa blogger kesayangan kau tu pun company dia ada open house gak kan....ADA AKU KESAH.

Meh! sini nak cite sikit tujuan aku tulis blog ni adalah utk aku simpan segala kenangan aku bersama keluarga dan kawan2, beri pendapat sesama sendiri, mana tahu esok2 aku dah tua bila baca balik boleh gelak sorang2....tak sangka perangai nenek macam ni yer....sbb cucu aku pun akan baca...nak pulak kalau aku nyayuk nanti blh lah cucu2 cerita balik apa aku buat waktu muda2 dulu. Kalau aku tiru cara orang berblog itu bodoh nama nyer....itu makna nyer aku tak ada kehidupan asyik nak ikut org jer. Itu sangatlah bukan aku.....

Aku ada anak mestilah perangai anak2 aku sama ngan anak2 blogger yang lain....kalau kau anggap aku tiru mmg kau giler tak kan perangai anak aku lain dari yang lain. Begitu jugak aku beli barang or vacation mestilah sama ngan org lain disbb kan nak kelainan aku sanggup bercuti dalam hutan tapi atas pokok. Masuk akal tak? Aku tak ada hal kalau nak komen tapi ini dah menuduh mmg kau buat aku meletup.......

Hujung minggu ni bnyk aktiviti...... nanti aku update pasal Party Bollywood, FIL Birthday & Company Open House....cepat kau gi tgk blog kesayangan kau tu sama tak??????

Thursday, September 22, 2011

Mood cerita sudah latang.....

Tiba2 teringat zaman aku muda remaja waktu sekolah menengah dulu. Aku start nakal form 3 sbb waktu tu dah rasa diri tersangatlah fofular. Siap tubuh kan group ni.....Aku, Liza, Myra, Yusnita & Nini. Kalau gi mana2 mesti berlima.....kalau salah seorang tak ada macam patah kaki lah. Ponteng sekolah jangan ckp lah.....muka bapak aku dah naik tebal asyik kena hadap cikgu. Sekejap jer insaf lepas tu buat balik.....bila nak exam jer datang kesedaran belajar bersungguh2 lepas tu ponteng balik.

Sekolah pagi....lepas jer habis sekolah lepak rumah Yusnita sbb mak dia tak ada rumah.....  gi kerja. Korang tahu we all buat apa.....hahaha pasang lagu kuat2 menari.....reka step tarian. Ala2 kalau nari kat tea-dance nanti sama jer step....glamer lah nampak cool. Vodo2!. Tapi mmg betul pun.....bila lagu pasang jer kitaorg berlima berbaris kat dance floor buat step sama.  Style rambut panjang tapi bahagian tepi & belakang kikis.....giler glamer ko bila ikat.....kata gadis punk!!!.
Hari Sabtu sepatutnya kena gi Tuisyen kat PJ.....tak ada makna ok. Keluar rumah pakai baju sempoi2.....sampai kat toilet tuisyen tukar kasut Dr Martin.....Jeans Levis (popular giler waktu tu), T-Shirt putih tapi lipat lengan....pakai rantai manik2. Hahahaa......sempoi habis lah konon.

Ada sekali tu baca kat paper M Nasir tgh cari kumpulan wanita yg bersuara emas ala2 feminin ngan restu 2 utk jadi recording artis. Kita orang beriya2 nak jadi artis ni siap tape suara guna minus one.....lagu Ikhlas Tapi Jauh. Hulalaa hulaaaa....sekali suara menyakin kan jiwa....hei hei hei. Lepas tu tangkap gambar kat taman hantar kat M Nasir.  Waktu ni dah berangan macam diri terpilih.....tak makna ok kalau setakat nyaniyi terjerit2.....bila part tinggi suara halus keluar.

Agak2 hari tu macam malas nak belajar....pura2 period pain sambil pegang2 perut.....lepas tu cikgu suruh gi bilik rawatan tidur kat situ.....nakal kan. Datang sekolah awal pagi pinjam buku maths budak2 cina tiru sbb homework tak buat.....hahahaha. Bila cikgu tanda semua betul muka bangga giler......

Ingat lagi kitaorang ada seorang cikgu buta dia ajar sejarah.....bila time subjek dia jer mesti aku ngan kawan2 berkumpul belakang kelas....cabut bulu kening. Ada satu kawan aku tu budak India dia pun nak joint cabut bulu kening tapi bodoh nak mampus gi guna pisau cukur hambik kau separuh kening hilang.....takut mak marah dia lukis kening tu ngan pencil colour warna hitam. Dah macam clown aku tgk. Ok! Ruth ur face look different... muka u lain sangat. Hahahahaha giler vodo!

Mesti korang nak tahu waktu bila aku belajar kan......aku orang nyer sempoi jer aku akan belajar waktu SRP & SPM jer lagi 3 bulan nak exam aku akan stop gi tea-dance dan keluar berfoya2. Semua buku latihan aku habiskan.....waktu tu lah aku dekat ngan budak2 pandai. Tapi bukan semua subjek aku study.....aku cuma belajar subjek yang penting jer.....Sejarah, Geografi mmg buku tu aku x sentuh. Tumpuan lebih kepada BM, BI, Maths, Sains & Agama jer. Yang lain cukup2 makan pun tak apa.

Inilah group aku waktu sekolah dulu....semua dah kawin dah beranak pinak dah. Hujung kiri Yusnita, aku, Zura & Myra. Yang paling best anak2 kitaorg sekolah yang sama.....jgn harap boleh buat jahat sbb mama2 korang ni lagi terror dari korang. Myra yang baju belang ni....waktu joint group kitaorg dia tak pandai menari langsung mcm kayu aku tgk....selalu kena gelakan kan. Tgk2 dia beli CD Micheal Jakson....minggu depan giler terror menari.....hambek ko terlopong mulut kitaorg. We all still contact each other cuma jarang berjumpa....maklumlah masing2 ada anak.

Liza & Zura

Rindu giler zaman remaja....kitaorng tak jahat semua nakal jer. YaAllah jgnlah perangai anak2 kitaorg sebijik macam mama dia dulu2. Tau takut....dulu sikit pun tak heran kalau mak bapak kau fening kepala.

Wednesday, September 21, 2011

Pakai Tudung tapi seksi.....

Sorry....kalau tajuk kat atas ni menyinggung perasaan perempuan yang bertudung. Ini hanya pendapat aku sahaja.......sbb bila perempuan bertudung mengumpat orang tak pakai tudung bukan main lagi mulut dia terjongkit2 macam dia sorang jer yang bagus sbb menutup aurat.....tapi aurat ya dia tutup tu benar2 100% ker. Kalau bertudung tapi tingkah laku, mulut, cara pemakaian tu tak elok jadi tak elok jugak lah jadi nyer. Bila tegur budak2 zaman sekarang ni.....jawapan dia janji pakai tudung dari kau tak pakai tudung esok ke neraka jahanam lah tempat kau. Oooiii kau siapa nak tentukan aku masuk syurga ke neraka.

Aku tahu aku tak layak utk beri nasihat sbb aku sendiri pun tak pakai tudung......aku pun jahil pasal agama. Tapi tak salah aku memberi pendapat kerana ini blog aku suka hati aku lah nak tulis apa.....bagi yang terasa sorry yek....

1. Ada yang pakai tudung tapi pakai t-shirt pendek dipadankan pulak ngan jeans terlondeh. Jadi bila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam or alur bontot.

2. Ada pakai tudung tapi pakai jeans teramat lah ketat nyer - Alur bontot pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terselah.

3. Ada yang pakai tudung tapi pakai kebaya ketat - x cukup ngan tu pakai kain koyak pula.....bila jalan terselah kegebuaan betis.

4. Ada yang pakai tudung tapi merendek pulak ngan balak kat Taman Bunga.

5. Ada yang pakai tudung tapi mulut tak jaga hidup asyik mengumpat dan menyampaikan berita2 buat orang bergaduh sana sini.




So korang tentukan lah sendiri....ini adalah kenyataan. Jgn jadi HIPROKRIT kat diri sendiri. Cermin diri sendiri sebelum menasihat kan orang. Jangan kutuk aku kalau diri sendiri pun tak betul. Kalau aku seksi sekali pun tapi aku tak hiprokrit ngan diri aku sendiri. Sekian....