Nuffnang Advertisement

Saturday, July 30, 2011

Rambut Raya......

Dah buat hal lagi.....I colour rambut uolls. Rambut Raya....giler kan puasa tak start lagi aku nak gi colour rambut. Ini kan salah satu dalan list yang sepatutnyer kena buat....job yang pertama done.

serius tu..... hasil nyer

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

I like!!! korang tak suka yer...."Ada aku kesah".

Friday, July 29, 2011

Persiapan menyambut Ramadhan...

Kau ingat kau permaisuri ada persiapan bagai.....maksud aku persiapan diri dan kecantikan. Walaupun pun benda ni aku selalu buat tapi bila dilakukan waktu2 nak dekat raya perasaan dia lain dowh. Setahun sekali kan apa salahnyer manja kan diri. Penat tu cari duit.  Selalu nyer sebelum puasa atau awal puasa aku akan makesure benda2 semua akan dilaksanakan :-

1. Kemas rumah - Buang barang yang tak berguna, baju2 lama, toys anak aku yang dah patah2, cuci kipas yang dah berkarat, hantar carpet cuci, service aircond....bla2. Selalunyer akan upah dua orang maid tolong aku cuci rumah....makesure lantai berkilat. Mmg lah selalu aku cuci tapi yang ini habis2 yang major cuci punya.

2. Baju Kurung - Selalumyer aku akan hantar kain utk dijahit nak pakai waktu puasa nanti. Kain cotton tak lah panas sangat.

3. Colour Rambur - Ini harus ala2 perubahan semasa menyambut Hari Raya nanti. Selalu nyer aku akan gi awal macam seminggu puasa. Giler melampau kan ingat artis ker? Lantak janji mak puas hati. Bukan selalu uolls.....

4. Dentist - Tampal yang mana berlubang, buang yang mana2 patut kalau duit lebih tahun ni ingat nak buat "Bright Smile".

5. Facial - Dua minggu sebelum Raya agar aku tanpa berseri di pagi Raya (sila muntah). Bulan puasa kan banyak masa so apa salahnyer buat benda2 semua ni. Tak ada makna nyer aku nak berpeluh ketiak uli doh buat kuih Raya. Itu pun kalau jadi kalau hangus......En Win akan perli selama 8 tahun.

6. Hamman - Kalau aku budget lebih akan gi buat Hamman (buang daki kat badan). Ingat tahun ni nak angkut anak2 aku sekali....tak boleh tahan tgk tengkuk & ketiak dah hitam.

7. Manicure & Padicure - Ngada nyer aku....tapi suka Raya2 kuku cantik. (ini pun kalau budget lebih). Selalunyer aku akan paksa En Win bayar. Sekali sekali anja2 ngan laki.

Ini lah aktiviti aku sebulan bila waktu puasa. Itu sebab aku akan beli baju dan persiapan barang awal jadi bulan puasa dapat aku manja kan diri sendiri. En Win pun tak boleh bising sbb aku dah siapkan semua keperluaan utk Raya. Selalu nyer buat semua ni gunakan duit sendiri tak berani mintak En Win nanti membebel sampai aku boleh jadi Hantu Kak Limah.... so duit aku suka hati aku lah!!! U nak cantik sila guna duit sendiri....kejam tak sbb cantik sorang2.

Tuesday, July 26, 2011

Sama kan........



Sama kan uolls.....ke aku jer perasan sorang. Mana lah jantung aku tak berdegup kencang bila mula2 nampak En Win dalam bas sekolah. Waktu remaja dulu aku mmg giler tgk cite Neil ni.....ala2 Dr Genius yg sangat cute merawat pesakit. Asal aku berangan jer mesti pinjam muka Neil ni jadi laki aku. Berdoa ni YaAllah bagi lah aku suami macam muka Neil Patrick Harris. Kau mampu doa nak laki waktu umur 12 tahun. Kalau mak aku tahu aku doa macam tu harus dicubit2 nyer tetek aku waktu tu.

Ingat lagi Bas Sekolah tu berhenti kat La Salle PJ.....tak silap aku waktu tu En Win form 3 aku form 1 (giler muda...tapi berangan tak boleh blah) bila En Win naik jer bas I terperanjat uolls tapi tak berani pandang takut dia perasan. Jantung aku mcm nak pecah....berpeluh2 ni fikir macam mana nak bagi dia pandang aku.....tak ada makna nyer En Win sombong ok waktu tu berlagak nak mampus konon hansem lah tu.... dia tak pandang i langsung uolls. Aku pun bodoh gaks waktu tu.....mana lah dia heran budak form 1.... period pun belum waktu tu lagi ada hati perasan jelita. Nasib baik kawan aku Ita kenal En Win ni so ada peluang. Aku tak dapat nak fikir cara2 utk memikat En Win jadi masa berlalu begitu saja.

Aku form 3 En Win form 5 waktu ni sama2 sekolah pagi.....so naik bas sama setiap pagi dan petang. Waktu ni aku dah jelita sikit.....saiz bra pun dah bertukar....keremajaan dah terserlah. I popular uolls sebut jer Elly yang naik bas Squera mesti orang kenal. Selalu nyer bas akan berhenti ambik aku dulu dalam 10 minit baru sampai rumah En Win.....bila dia naik jer aku mengelabah tersenyum sorang2 tepi tingkap. Tapi waktu ni I dah jual mahal sikit ok...sbb dah banyak peminat...... (kalau nak baca kisah seterus nyer gi lah refer balik bulan January punya history......).

Yang penting aku dan kawin ngan En Win....cinta bagai nak rak uolls 9 tahun....kau mampu!!. Pa.... kalau u baca blog ni nak habaq mai i tahu sebenar u pun syok kat I kan waktu mula2 nampak I.... tapi tak nak mengaku.....ingat i tak tahu u asyik cari I bila naik bas.....bila u tgk i ada baru nak senyum. Bila I menari kat dance floor u mesti nak menari sebelah I....kalau i nak sesuatu u mesti dapatkan.... selalu jer menjadi pendengar yang baik (ala2 ambik berat tahap melampau)..... auwwwww manis nyer percintaan.

Monday, July 25, 2011

Kang tak support cerita melayu kata berjiwa omputih.....

Last week anak aku Danea merengek2 nak tgk wayang cerita "Tolong Awek Aku Pontianak". Dengar tajuk pun dah tahu cerita ni cerita bodoh.... tapi di sebabkan aku minat kat Sazzy Falak jadi gagahkan jugak tunaikan permintaan anak aku ni.

Maka pergi lah kitaorg empat beranak di TGV Wangsa Walk. En Win tak nak gi tapi aku menyakinkan dia kata cerita ni kelakar....sbb bila baca kat tweet semua kata tak rugi tgk cerita ni sebab best & kelakar. Cerita bodoh uolls..... tapi aku tak faham kenapa satu panggung ketawa terbahak2....aku ngan En Win macam blur. Setakat Mat Rempit kena kejar pontianak mamat sebelah aku boleh tekan2 perut sbb geli hati sangat. Ke aku yang bodoh tak faham cerita melayu????

En Win sampai keluar bila pop corn satu lagi sbb nak tahan mengantuk.....dua2 anak aku bila org gelak dia pun gelak sama bila aku tanya dia ckp ntah....Yaya gelak jer. Pontianak dia tak takut langsung setakat pakai eye shadow hitam kat mata, rambut macam hantu kak limah lepas tu pakai gigi taring....itu bukan pontianak itu macam perempuan giler. Dari awal sampai akhir cerita tak ada satu pun yg logik.... patut lah tak laku. Macam mana lah nak support cerita melayu kalau ini lah rupanyer.....sedih okkkkk....

Saturday, July 23, 2011

Minah Ronggeng perasaan remaja.....

Ini idea Aku ngan Hazel..... konon2 sebelum puasa kena gi happening dulu. Oiiii tolong sedar remaja pun x buat perangai macam ni. Setelah pakatan di buat..... hasutan kepada rakan2 haruslah dibuat......call Zura aka boboi, Fettie & Fariza. Setelah hasutan berjaya beberapa tempat clubbing disenaraikan.

Hazel: Kitaorg remaja tuo.....tapi hati muda. So tak leh masuk house music n techno. I nak R&B
Elly : Betul2 tak sanggup angguk kepala nak gerak tubuh gaks...
Zura: Macam tu gi dangdut lah..

Hazel : Kak u pakai seksi tak...
Elly: Harus.....
Hazel : I pun nak seksi gaks lah

Cuba kau tgk dialog kat atas tu.....sah dah tuo perasaan remaja uolls. Tapi yang penting tuo ke muda yang penting happening uolls. We all mmg suka menari....tujuan gi nak menari dah lama tak menari last pergi waktu birthday Hazel hari tu.

Malam Jumaat tu semua berkumpul kat Concorde Hotel dulu sbb kena isi perut....kang lapar laks waktu menari. Korang tahu Hazel kan drama queen harus pengsan kalau tak makan. Fettie & Fariza last minutes tak dapat datang harus nama diaorg akan dicancel kan dimana-mana perjumpaan di masa hadapan. Punya lah nak bergaya tiga2 pakai dress uolls....kasut tinggi tak ingat. Settled makan dalam kul 11.30mlm gerak gi Rootz kat Lot 10. Ala2 berani uolls....muka confident jer. Setelah siasatan dibuat selama seminggu kitaorg dpt tahu tmpt ni paling happening. Tempat & music mmg happening tapi tak ada orang menari sbb sibuk minum n borak2 dgn geng masing2. Kitaorang jer kat dance floor menari .... hujung2 malu sendiri sbb org semua tgk we all kat dance floor. Mesyuarat di lakukan.....mengambil keputusan blah dan pergi ketempat clubbing yang lain.

Kaki dah sakit sbb pakai kasut tinggi......si drama queen tumit kasut yg hitam tu tercabut laks. Tapi tetap maintain bila berjalan. We all decide pergi pulse pulak.....life band, banyak orang tuo. Tapi we all layan jer lah music tu....hujung2 kena kacau laks kat jantan2 kat sana.....terus call En Win suruh datang. Tahu takut tadi bukan main confident lagi. Seperti yang aku cakap tadi kitaorg suka menari...so layan jer music sampai En Win datang. Kaki aku ngan Hazel dah sakit ni.....ini lah bahana nak bergaya pakai kasut tinggi konon.....kau ingat kau penari pro ker!!

Lepak kat sana sampai kul 2.30pm.....ni nak habaq mai tujuan aku panggil En Win suruh jadi bodyguard tapi uolls dia pulak menari macam lupa daratan.... we all pandang jer. Dari sampai....... sampai nak balik bergoyang tak henti....kau mampu. Yang penting we all really enjoy, fun & released. So boleh menjalankan ibadah puasa dgn aman dan sempurna selepas ini. Projek selepas raya membeli basikal utk aktiviti sihat pulak......


Kumpulan "aku lah budak remaja" album akan dikeluarkan pada bulan hadapan. Ketu akumpulan harus yang pendek sekali....iaitu boboi

Tahan nafas agar lemak perut tidak terkeluar

Perancang event.....

Bodyguard tak boleh harap.....lebih sudu dari kuah

Friday, July 22, 2011

Semoaga boss I cepat sembuh.....

I susah hati uollss boss i Dato R tak sihat...... dijarang sakit. Pagi semalam dalam pukul 8pagi Dato called....  kata dia tak sihat mungkin kena admit hospital hari ni..... sedih uolls i drama queen terus rasa macam nak menangis.

The best boss yang i pernah jumpa & bekerja......yupe dia seorang boss yang garang tapi terlalu baik hati. Mula2 masa i berkerja dgn Dato R..... bila dgr jer dia panggil nama I.....terus rasa macam nak terkencing & terberak uolls. I mmg takut uolls.....kalau berckp ngan Dato R sure suara I mengeletar. Sampai sekarang uolls i masih takut tapi ketakutan tu dah kurang sikit.

Tak pernah jumpa boss yang baik hati macam ni,tak sombong dan selalu menjaga kebajikan pekerja. Kadang2 I boleh berborak macam kawan.....boleh cerita segala masalah kerana Dato seorang pendengar & penasihat yang baik.

Semoga Dato cepat sembuh, sihat dan ceria seperti selalu......amin.



Me & My boss....Dato R

Wednesday, July 20, 2011

Kenapa perempuan cepat Tension?????

Semalam on da way gi kerja pasang Hot FM dgr topik pagi kat radio pasal Perempuan yang tension di Malaysia menduduki tempat ke 16 (ala2 mcm tu lah topik nyer). Suka lah lelaki2 yang mendengar tu...diorg mmg punya niat nak buat kita giler lepas tu kawen lain. Siap u Darling...... u buat i giler u pun sekali i jadikan giler!!!

Mana lah perempuan ni tak giler macam2 diorang kena fikir. Lelaki senang jer cari duit lepas tu settle bill benda2 remeh temeh bo...layan. Perempuan ni tak cantik risau, tetek kecik tension, tak dapat baju, kasut, tukar perabot sedih, anak ramai sakit jantung, tak ada anak murung.....bla bla..bla.

Lelaki dia tak heran semua tu. Pagi gi kerja....balik main2 jap ngan anak.....makan....mlm layan bola or keluar ngan kawan. Tu sbb diorg muda jer selalu. Bagi diorng life is too short, let's enjoy life to the fullest!! (tapi tak semua lelaki mcm tu yer ada juga sama2 pikul tanggungjawab).

Aku pun heran perempuan2 ni termasuk aku sekali.....knp lah tak boleh buat  benda tu jadi senang... ini nak berkerut dahi.... tension..... pada hal cuma nak fikir malam nak masak apa jer. Tu sebab berkedut cepat. Prinsip aku senang..... Monday & Saturday masa ngan anak2. Sunday ngan hubby, sebulan sekali or 2 minggu sekali ngan kawan, 6 bulan sekali holiday. Kalau ada masalah buat tak tahu jer cause by end of the day mesti settle punya. Suka berkawan ngan orang giler supaya aku boleh sentiasa gelak.

Dulu2 aku mmg bodoh.... kalau ada satu masalah beriya-iya menangis, fikir sampai nak hantuk kepala kat dinding....sekarang aku dah semakin matang just ikutkan jer....boleh settle kita settle kan tak  boleh mengaku jer kalah.....tak pening kan. Cari duit utk anak2, utk diri dan family tak payah nak berlumba2 siapa kaya. Senang kan.....

Cuma sikit jer aku kena control lagi.......macam mana nak handle anak2. Sbb ini satu2 perkara yang buat aku selalu tension.....tak apa bg aku setahu dua lagi mesti aku leh handle. Masih dalam proses pembelajaran.

Dulu2 kalau gaduh ngan En Win berhari-hari merajuk.....masam muka. Letih dowh. Sekarang dia marah ker dia membebel ker aku dengar jer. Tegur macam biasa....macam x ada apa2 terjadi. Sbb nak jerit2 pun bukan masalah leh settle. Kalau aku x tak tahan sgt aku tidur.... En Win keluar dlm masa 1/2 jam mesti ok balik. Aku selalu takut kalau gaduh2 tgk ada satu benda yg tak elok terjadi.....aku tak nak menyesal seumur hidup. So life aku sekarang enjoy jer....lantak lah apa org nak kata. Nak kawan2 tak nak kawan sudah.

Aku rasa paling besar masalah perempuan zaman sekarang ni..... takut suami main kayu tiga. Ini diluar bidang kuasa kita. Nafsu diorg kan satu hanya utk perempuan. Korang bergaya mcm mana pun kalau dia nak gatal tetap diorg buat jugak. Dulu aku nyer cemburu jgn ckp lah asyik check jer mana dia pergi sekarang tak ada hal aku dah bersikap terbuka kau gi lah mana janji kau jujur. Macam tu jugak dia kena buat kat aku dia kena percaya kat aku. InsyaAllah kita masing2 akan tahu tahap kita kalau dah berumah tangga. Aku tak nak ckp besar tapi minta2 DIA tetap kan iman kami berdua.

Tak moh yer tension2 perempuan semua......yang bercinta enjoy zaman muda anda (jgn sampai mengandung), Yang dah kawin eratkan kan kasih sayang (jgn terlalu control & cemburu), Yang dah tuo (kena lagi vogue supaya tak nampak tuo....hahahaha).

INI AKU CKP UTK DIRI AKU, INI LAH AKU.....JGN LEPAS NI KORANG KOMEN KATA AKU CAKAP BESAR DAN X ADA PERASAAN LAKS.....lantaklah aku malas fikir.

Monday, July 18, 2011

Shopping Raya & Makan2

Korang nampak tak semangat aku nak raya........ berkobar-kobar ni bangun pagi2 sbb nak shopping baju utk anak2. Yes! aku mmg suka bersiap awal..... tak ada makna nyer aku nak berebut2 waktu bulan puasa. Harus aku jadi singa bila tak jumpa baju nanti. Bulan puasa aku suka duduk rumah dan membuta.

Bulan ni aku ngan En Win memang buat peruntukan utk shopping baju anak2, aku dan En Win sekali. Sbb bulan puasa En Win akan busy berniaga. Bulan depan peruntukan utk duit raya, kuih raya, barangan rumah dan barangan dapur. Baju anak2 buah dan mak bapak aku dah settled bulan lepas. Sangat berhemahkan.

Macam nak patah kaki aku berjalan.....mula2 gi KLCC lepas tu Pavallion. Aku dah tak larat balik rumah tidur sekejap. Malam Lot 10. Banyak buang masa sebenarnyer sbb En Win asyik berhenti makan jer. Aku kalau nak cari barang cari sampai habis lepas tu baru fikir makan. Anak2 aku pun dah pandai pilih baju sendiri.....semua aku tunjuk dia kata tak cantik....sakit jiwa uollss. Yaya buat perangai nak beli short.....giler ker aper nak raya rumah orang pakai short. Lepas tu bila pilih kasut nak beli kasut boot. Ya Ampun kau ingat kau nak gi menyayi ker. Sakit nyer jantung aku.....hujung2 aku tgk laki aku belikan sebab air mata dah meleleh. "Biarlah Ma....bukan selalu. U remaja pun macam tu jugak".

Adik pulak semua baju aku tunjuk dia kata tak cantik.....semua uolls tak ada satu pun dia berkenan. Aku pun tak tahu dia nak apa sebenarnyer. Last2 aku pilihkan tanpa tunjukan kat dia. Kau degilkan pakai jer apa yang aku beli. Since nak shopping baik angkut semua sekali baju tidur, baju kecik semua aku rembat.  Settled semua dapat 5 pasang sorang & 3 pasang baju tidur. Baju tidur penting uolls....tak kan nak pakai baju lama malam raya.

Sampai2 KLCC makan dulu kat Aseana

Muka masih lagi ok masa ni....kejap lagi aku jadi perempuan giler dgn rambut aku ikat tinggi2. Itu belum aku terjerit2 suruh diorg try baju. En Win duduk jer kat counter sambil gelak2 kan aku.

"Pa baju ni cantik tak utk Yaya"
"U ni kampunglah nak bagi anak pakai dress..... mama tak pandai pilih kan Yaya"..... kita kena pakai short & boot barulah stylo"
"U cari sendiri....malas i nak layan"

Aku bukan saja kena melayan anak2 tapi yang lebih menyakitkan hati aku adalah En Win.....lepas ni U bagi I duit biar I cari sorang2.... u jagalah anak2 kat rumah.

Pandai kau bodek bapak kau yer.....

3 orang ni kalau combined aku mmg meroyan.

Lepas habis shopping kat Lot 10 lepak makan kat Jalan Alor

Dah tak kuasa nak bergaya....

"Hello..... boleh tolong culik saya......sudah tak tahan dgn saya punya bini asyik shopping saja".

Kat depan Bukit Bintang hari tu ada Concert so lepak2 ngan anak2.



Apa yang best sangat ni sampai mencangkung korang anak beranak.

Orang Arab menunjukan kan belang nyer.... menari di khalayak ramai

Lepak kat Arab Restaurant..... anak aku tercengang sbb tak sangka tempat tu tiba2 jadi hapenning. Semua orang bangun menari bila dgr muzik di mainkan. Enjoy  bangat waktu ni.

Ewah!

Aku kan pantang dengar muzik apa lagi joint sekali lah......


Suka kau yer dik..... berdancing2


Yahoo! next week shopping lagi. Iyolah bapak ngan mak kau kan cop duit.

Thursday, July 14, 2011

Semalam aku meroyan kat rumah.....

Anak2 aku mmg buat aku naik hantu semalam..... selalu nyer aku jarang pukul mulut jer membebel tapi nak pukul aku selalu tak sampai hati. Semalam aku terpaksa pukul  ngan tali pinggang sbb nakal melampau sangat. En Win tak ada so diorg tidak mendapat pertolongan.

Diorang sampai rumah dalm pukul 7.00 malam dekat gate dah terjerit2 lapar..... kesian pulak aku tgk. Ok tak payah mandi dulu gi terus makan sbb aku sempat masak semalam. Settled..... pukul 7.30pm En Win gi kedai....so tinggal aku ngan anak2. Tengah aku basuh pinggan aku dgr diorg main kejar2 kat hall lepas tu bergaduh melalak tak ingat..... aku boleh sabar lagi. Suruh mandi..... tak nak....jawapan 5 minit lagi Ma. Dah pukul 8pm tak mandi lagi.....aku dah naik hantu sikit tapi masih boleh bersabar. Lepas membebel diorg gi mandi...... dalam bilik air bergaduh lagi melalak sekuat2 alam. Bila aku  gi bilik air tgk sabun penuh kat lantai. Volume aku kan tinggi....menjerit suruh diorg mandi dan bersihkan lantai tu balik. Waktu ni tangan aku ringan jer nak pukul bontot diorg tapi aku masih boleh bersabar lagi.

Pukul 8.30pm panggil diorg buat homework.....ulangkaji sama2. Pukul 9.30pm settled. Aku dah boleh rehat diorg dibenarkan main. Badan aku letih...... sambil tgk TV mata dah kuyu.....giler korang bangun pukul 6.00 pagi pukul 9.30 malam baru nak rehat. Selalu nyer aku akan tunggu sampai En Win balik dalam pukul 11.00mlm. Sambil2 tu aku akan lipat baju or kemas2 apa yg patut. Tapi semalam mmg letih.

Baru nak pejamkan mata anak2 aku dah buat hal.....main bola dalam rumah. "Danea.... Adik jgn main bola dalam rumah. Diorg boleh buat tak tahu jer. Sabar2. Kalau main bola jer takpe ini menjerit2...gelak kuat tak ingat.....sekali aku dgr pangggggg......speaker TV jatuh. Huh!!! mmg diorg dah tekan red button aku....apa lagi aku bangun gi cari budak2 tu sbb waktu benda tu jatuh diorg dah lari  masuk bilik menyorok. Waktu ni aku pukul menggunakan tangan jer.....sorang kena 3 kali kat kaki...kuat aku pukul sampai sakit tangan aku.

Dua2 melalak.... "tidur lepas ni mama tak nak dgr bunyi suara pun". Elok aku keluar bilik jer aku boleh dengar diorg ketawa.....tadi bukan main melalak. Ini bermakna diorang tak takut langsung ngan aku tak dgr nasihat langsung.....lagilah panas hati aku. Apa lagi aku ambik tali pinggang kena sorang tiga kali zassss kat bontot.....Ampun mamaaaaaa.......sakit mamaaaaaa.......janji tak buat lagi........

Lepas aku pukul perasaan kesian dan bersalah pulak aku rasa .....tapi kalau aku tak buat macam ni sampai bila2 dia tak hormat & tak takut kat aku. Bila aku dah cool sikit masuk dalam bilik balik.....ckp elok2. "Mama cakap lain kali cuba dengar......mama bukan tak kasi main tapi ni kan dah malam. Yaya kan dah besar tak elok gelak & menjerit kuat2......cuba main sama2 jgn gaduh2".....ok baca doa tidur esok nak sekolah". Sedih uolls tgk muka diorg tapi aku kena buat2 muka selamba....lepas tu terus Yaya datang kat aku "Sorry mama.....Yaya tak buat lagi....cium tangan aku & terus hug aku. "Adik cepat salam mama ckp sorry".....dia nasihatkan adik dia pulak. Bersalaman dan berpelukan lah kitaorg 3 beranak....



Inilah jantung & nyawa aku. Luv them so muchhhhhh...... 

Aku masih suapkan diorang makan....kadang2 mandikan.....sikat kan rambut dan carikan baju utk diorang pakai. Jgn lah masa ni cepat berlalu.....sbb aku akan rindukan saat2 macam ni bila diorang membesar nanti. Danea & Adik janganlah cepat besar huaaaaaa...... mama belum puas bermain & hug2, gomel2 korang lagi.

Tuesday, July 12, 2011

Rainforest Concert kat Sarawak.......

Last Saturday I, Shoki ngan Hazel telah buat kerja gila..... kitaorang gi Sarawak semata-mata nak tengok Rainforest concert. Perasan uollss ingat masih remaja lagi....tinggal anak semata-mata nak melompat-lompat kat concert tu. Takpe uollss sekali sekala perangai gila macam ni ia satu kepuasaan.

Rabu lepas tgh lunch ngan Hazel borak2 dia cakap kawan dia Fetty Sabtu ni gi Sarawak tengok Concert.... lepas jer habis topik tu I pandang muka Hazel terus cakap jom kita pergi...... Hazel yg giler meroyan setuju ngan cadangan aku yang bernas tu. Dalam masa 1/2 jam Flight ticket & hotel dah booked. Ticket Concert kitaorg beli kat Curve. Giler babi kan dah booked semua baru nak called En Win.... nasib baik laki mak sporting. Shoki adalah budak yang sangat baik.....tetapi dia telah termakan hasutan kitaorg dan telah bersetuju utk ikut bersama. Shoki adalah perempuan yang sangat pemalu dan terlalu cantik disebabkan kan dia terlalu cantik aku ngan Hazel telah bersepakat tak nak letak gambar dia kat blog ni ( tak lah dia mmg pemalu dan tak nak glamer macam aku ngan Hazel).

Rainforest Concert aku dah dua kali pergi ngan En Win......mmg happening. Concert tu dekat Santubung.... 1  jam perjalanan dari tempat kitaorang duduk. Concert dibuat ditengah-tengah hutan Santubung. Semua pemuzik dari serata dunia berkumpul. Best uollsssss..... harus aku perasan mat saleh bila berada di sana.


Kat Airport flight pukul 10.00 pagi. Aku dgn baju harimau bintang ala2 perasan comel. Hazel memakai topi perasan pelajar kolej. Shoki tukang ambik gambar.

Sampai Sarawak dalam pukul 11.30 pagi.....check in kat Merdeka Palace. After settled terus tukar baju ala2 pelancong luar negara jln kat waterfront. Panas uolls tapi we olls tetap jln macam pelancong omputih yang suka kan matahari. Makan lunch kat waterfront.....First time makan laksa Sarawak. Tak suka sebab rasa macam jamu. Seperti biasa Shoki tukang tangkap gambar.

Shopping time.... tak shopping pun sbb tujuan utama nak gi Concert.

Gambar wajib.... konon2 pakai topi aku kelihatan sangatlah comel.

Malam
Yahoo gi concert!!...... we all naik bas gi Santubung pukul 7.00 malam sampai dalam pukul 8.00. Harus pakai sexy uollss.....sanggup aku ngan hazel cari baju semata2 utk gi concert  ni. Seronok waktu ni rasa bebas sangat.....betul2 perasan remaja. Dah lama tak keluar ngan kawan2 tengok concert. Waktu utk melompat-lompat.


Tunggu bas....waktu ni muka baik lagi....perangai masih sopan lagi. Cuma baju jer  tak sopan. Hahahahah





Happening.....ramai giler. Really enjoy!!!





Menari tak hinggat punya.....habis semua tempat berpeluh.
Bukan main happy minah ni.....seperti biasa dia tetap drama queen. Uolls tahu tak minah ni sesak nafas sbb terlampau ramai orang. "Kak jom kita keluar I tak ada nafas".


Tgk couple tu....berdancing2 lagi. Aku ngan Hazel tunjukan kepakaran dalam tarian. Habislah lenguh2 kaki and kepala sbb bergoyang tak berhenti.

Temporary tatu. Aku nak buat kat tetek tapi segan pulak.....harus pengsan org yang buat tu nanti sbb terlampau power.

We ollss dah tak larat menari, makan, menari, duduk, menari.....concert habis pukul 1.00 pagi. We olls chow dalam pukul 12.00 mlm sbb nak continue gi disco kat Kuching. Sampai disco kat Merdeka Palace org tak ada..... boleh kira dalam 10 orang jer.....sbb semua gi Raiforest agaknyer.
Balik hotel dalam pukul 2 pagi terus tidur.......esok kul 11.00 pagi jer bagun. Heaven!!!

Bangun tidur....check out terus cari tempat makan seafood.....sedap giler and murah. Ketam, Udang, tomyam, Sayur campur & sotong. Baru RM80.00 hinggit. Lepas makan gi urut kaki sbb letih giler. Org tua remaja mcm ni lah....menari sikit sakit pinggang....letih kaki.

Lepas urut makan lagi.......minum2 kat tepi Sungai Sarawak. Pukul 4.00 chow gi Airport.

Next trip Bali or Phuket....... tungggu.