Nuffnang Advertisement

Thursday, June 30, 2011

Mama puji adik pulak yer....

Ala2 pandai nyer anak mama ni...... kesian dia selalu mama puji Yaya jer. Adik ni kalau time berlajar or time buat homework aku tak berapa risau sangat sebab dia seorg yang berdikari. Tak payah disuruh lepas makan terus ambik buku & buat homework.... kalau time tuition pun tak yah jerit2 suruh dia siap. Dia tahu buat semua ngan sendiri. Pagi kejut gi sekolah pun senang. Cuma sampai sekarang di tak dapat bezakan B dan D. Puas ajar dia x leh tangkap..... aku faham sbb kecik2 aku pun lembab gaks. Bila dia masuk umur 6 tahun aku mula risau sikit sbb dia tak secepat Danea yg boleh membaca waktu umur 4 tahun. One thing good about Danea's dia mmg ulat buku......kau tinggal kan dia kat library berjam-jam pun tak apa. Buku cerita sentiasa ada kat tangan....aku pulak yg tension sampai nak gi wayang pun nak bawak buku....korang boleh baca kamus tu buat mcm baca buku cerita.....itu yg aku tak faham. Aku dulu kamus tu utk refer ayat tak faham jer....dia boleh buat mcm buku cerita pulak.

Di sebabkan Adik ni slow sikit part reading so aku terpaksa masuk kan dia tuition.....Alhamdullilah dia rajin pergi tuition dan belajar membaca jugak kat rumah ngan aku berkat usaha dia sendiri sekarang dia dah lancar membaca dan menulis. Mama bangga ngan adik....sekarang dia pun dah mula baca buku cerita.

Last Saturday gi ambik report card adik kat sekolah.....result adik macam Yaya jugak excellent. Cikgu  kasi tau adik pendiam (ye lah sangat kat rumah selagi aku tak keluar hanger tak senyap) dia cepat faham apa yang cikgu ajar. Ok lah Adik asal boleh faham apa yg cikgu ajar mama ok jer.



Yang 98% tu matematik..... kelam kabut satu soalan dia lupa jawab. Takpe2 mama tak marah.

Muka nakal Ameera Dani

Tapi semalam aku sakit jiwa sbb tengah kemas katil jumpa buku diary dia bawah bantal. Aku pun apalagi  baca lah....

Cat = Kucing
Dog = Anjing
Pig = Babi
Mama = Gemuk
Papa = Hitam

*terus pitam*

Mari memasak....

Last week....boleh katakan tiap2 hari  makan kat kedai tak berbaloi langsung terasa mahal (tetiba laks kedekut kan) jemu pun ada gaks. Hujung minggu hari tu gi tesco beli sekali lauk2 utk dimasak minggu ni. Segala binatang ada dlm fridge aku sekarang ayam, daging, ketam. udang, sotong. ikan, Sayur brocoli, kobis bunga, kacang buncis jgn aku buang sudah sebab layu.....aku kadang2 waktu nak beli berkobar-kobar nak  memasak terbayang2 lauk yg nak dimasak tapi bila sampai masa aku goreng jer atau aku biarkan berkurun dalam fridge tu.

Aku suka baca blog small kicthen resepi dia pun senang2...... aku tak ada lah teror masak bebenor kadang2 kena refer resepi book gaks. Agak2 En Win kata sedap tu dah kira baguslah tu. Padan muka aku jugak dulu2 waktu remaja mak suruh belajar masak aku lari2....konon berangan kawin ngan anak orang kaya ada orang gaji bagai.....nan doooo. Aku yang memasak, aku yang cuci pinggang, aku yang menyapu, mengemop dah mcm org gaji jugak.

Dulu kat rumah tugas aku cuma masak nasi....lepas tu cuci pinggan yang lain semua mak ngan kakak aku buat. Ingat lagi mula2 kawin aku tak tahu siang ikan habis muncung ikan tu aku kerja kan...... malu tu kat mak mertua..... hujung minggu aku lari balik kat rumah mak aku baru terhegeh2 nak belajar....apalagi habis mak aku tunjal2 kepala aku sbb dulu suruh belajar tak nak....."kau ni buat malu mak jer anak mak tak tahu masak". Ampun mak........saya salah.

Semalam mood rajin aku datang.....masak ketam cili, sayur tak tak tahu nama tapi aku suka dan sup ayam utk anaks.

Bahan2 utk ketam masak cili

Siap utk dimakan.... tak ada masa nak snap waktu goreng kang hangus ketam aku.

Sayur yg tak tahu nama tapi aku suka....bila beli kat pasar aku tunjuk jer "bagi saya sayur tu". Dah berpuluh kali En Win sebut tapi aku x ingat jugak....lembab2 ("Pa apa nama sayur yg i suka tu...."). Nama ikan pun macam tu jugak bukan semua aku tahu. Aku tunjuk2 gak "Apek bagi ikan tu......" 

Sila abaikan kuali aku yg hitam tu....bak kata En Win baju boleh beli beratus-ratus tapi kuali hitam. Tu lah uolls tak tahu lagi hitam kuali tu lagi sedap masakan tu nanti....petua kata nyer.

Sedapnyer.... (boleh jer kan puji diri sendiri)

Bahan2 sup ayam

Makan yer anak2

Wednesday, June 29, 2011

Ahli Jawatan Kuasa kelab kata nyer.....

Tahun ni sekali lagi I telah dipilh menjadi Ahli Jawatan Kuasa Kelab Sukan Kumpulan Yasmin. Ini bermakna I ramai peminat dan penyokong di office ini kerana mereka telah mengundi nama I. Tu lah uolllsss belum lagi i jadi artis lagi..... harus kalah Siti Nurhaliza....sah2 Dato' R eh... silap tu boss aku Dato' K tu husband I.  Sah! kerja I bagussss.... bodoh giler puji diri sendiri.

Bukan senang uollss jadi AJK ni mcm2 benda kena organise.....family day lah, makan2 utk raya, puasa, birthday, Gala Dinner lah semua AJK kena buat. Mesti tahun ni I busy....selalu kan i boleh tidur bawah meja (matilah statement ni HR baca.....ini adalah lawak (takut uolls nanti dia mengadu kat boss I... i tak pernah tidur I lah pekerja contoh di Yasmin ini).

Semalam adalah Event pertama we olls handle..... we olls nak cari kelainan sikit sebab last year asyik makan kat hotel. Fiki punya fikir idea sudah keluar lah..... makanan kampung & buah-buahan tempatan. Duduk bersila dan decoration ala2 kampung dan staff diwajibkan memakai songkok utk lelaki dan baju kurung utk wanita. Bernas kan idea I..... tu sbb diorang suka I jadi AJK sbb idea tak pernah kering ( sorry2 president....betul2 idea bersama).

Event start pukul 12.30 hingga pukul 3.00 petang. Tapi staff kat sini gelojoh uolls pukul 1.30 makanan licin. Sedap sangat lah gamaknyer.....tak ada sebiji pun buah durian tinggal. So makna yer menu pilihan berjaya menepati citarasa mereka. Idea siapa idea I jugak........

Buah-buahan tempatan

Buah Dukung

Manggis

Rambutan

Durian.... habis satu building berbau durian. Matilah aku lepas ni dapat surat komplen.

Makan bersila....ala2 kampung

Tempoyak patin, Asam pedas daging, Cencaru sumbat, Sambul tumis petai, Ikan dan telur masin, Ulam2, cencalok dan Sambal belacan. (sila kesat air liur yang terkena kat keyboard tu)

Wah! tok penghulu dan anak dara nyer...

Tgk betapa sibuk nyer aku....

Masih sibuk dgn perbincangan

Orang kampung telah memenuhi ruang...


AJK pun nak bergambar jugak...

Anak Dara Sunti.....

Petua nak hilangkan panas dibadan selepas makan durian.... sila telan kulit nyer sekali

I pun anak dara jugak........

Monday, June 27, 2011

Sepang Gold Coast ~ Annivesary

Tak dapat nak luah kan dengan kata2...... i'm so happy. Sepang Gold Coast cantik giler wa cakap lu. Ala2 Maldives pun ada. Tempat dia super cantik.....so romantik. Actually tempat ni i book..... En Win tak ada masa tapi tak sangka dia buat suprise waktu kat sana..... tak yah lah cerita kang kata ngada laks.

We all sampai sana dalam pukul 4ptg sbb pagi busy gi sukaneka Danea's, ambil report card adik, attend wedding....dah settled semua benda baru cabut gi Sepang ngan En Win. First time gi daerah Sepang jauh jugak tempat ni ambik masa dalam 1 jam setengah nak sampai.

Sampai terus check in.......En Win cakap dia dah book SPA utk 2 hours......utk relax2. Mula2 gi Jacuzzi lepas tu baru urut full body. Tempat dia cantik bangat....semua lah cantik. Layan ala2 kitaorg ni anak Sultan.
Settled urut En Win kata get ready for Candle Lite dinner.....wah! romantik gaks laki aku ni!! Uollss...... nak habaq mai....candle lite tepi laut uolllsss.....i dah start jakun tak sangka romantik gilerss tempat ni.....sampai kat restaurant pekeja dia sambut mcm we ollsss ni pengantin baru.....bila dah duduk chef datang.... informed lauk apa yg dia akan serve kan. Melepong mulut i uollsss...... sebijik macam cerita omputih kat TV.  Nak french kiss malu....kang org kata over pulak....hahahahaha

Makanan sedap..... suasana cantik. Nanti uollss tgklah gambar. Kalau nak tgk full kat FB. Lepas dinner salin baju jln2 tepi pantai....auwwwwww mak suka nyah!! rasa macam diri ni betul2 dihargai dan disayangi. Nasib baik tak ada aksi dukung dan main kejar2. After that tak yah cerita..... aktiviti suami isteri.

Esok pagi bekpes....and swimming. Tapi kat tempat ni I tak nampak langsung budak kecik or family yang bawak anaks. Semua couple.....mmg utk honeymoon kot kat sini. Suami2 yang baca ni bawak lah isteri2 anda sbb i tahu mcm mana perasaan isteri bila berada di tempat ni. Tak susah kan setahun sekali....kumpul duit sama2 and gi berehat berdua.

To my darling En Win!! Thank you so much.... the best annivesary gift sepanjang kita berkawin. SUPERB!! Darling..... Next year my turn pulak.....




Ini yang paling penting......


Muka jakun & happy giler!!


Cantik kan!!!




SPA time!!




Candle lite dinner!!



Bekpes!!!

Thursday, June 23, 2011

Mak dapat Bunga Ros Nyah.....

Selalunyer aku akan sampai rumah dulu..... sbb En Win akan ambik anak2 kat sekolah. Masuk rumah lepas bukak semua lampu kat hall..... i pun terus masuk bilik uollsss..... bila bukak lampu wah! ada bunga & kad atas katil so sweeetttttttt...... kembang kuncup hidung aku. Terus pegang & cium bunga tu ala2 pelakon pilem. Perlu ker buat macam tu.... tapi i buat jer uolls baru lah rasa mcm artis walaupun org tak nampak.  Aku rasa masa En Win nak letak bunga tu mesti dia pun terfikir2 dah letak kat mana..... apa motip letak atas katil. Ialah kan tak kan nak letak dlm almari tak jumpa pulak nanti. Orang tak selalu bagi bunga kat bini kan habis basah katil aku dibuat nyer sbb kat bawah bunga tu cina tu tak ikat kuat meleleh air tumpah....tak apa Darling! janji hati u murni nak bg kat wife u.

Aku tak faham bila post kat FB kata hari ni Annivesary aku.....semua pesan malam ni aku kena siap sedia pakai baju jarang duduk atas katil.Tak payah uolllssss..... i dah 9 tahun kawin tak ada makna nyer fikir nak romen jer.....harus makanan lebih penting. Orang selalu sibuk candle lite dinner..... i malam anniversary makan fatty crab kau mampu buat mcm tu.....sungguh tak vogue kan berebut-rebut ambik ketam ngan En Win....di letak udang kat pinggang aku...aku letak sayur kat pinggang dia...ok aper romantik jugak tu.

Tapi hari Sabtu ni En Win kata ada suprise utk aku.....sekali lagi hidung I macam nak meletup uolllss. Harus cari gaun warna fink nanti. Tak sia2 beli baju tidur jarang. Tapi masalah nyer bila En Win kata ada suprise i dah takut uollss sbb i belum beli apa2 lagi utk En Win....kejikan perangai aku. Sebab bila ku tanya En Win dia kata tak nak apa2.....cukup u sayang kat I jer (so aku pun ambik kesempatan lah duit tu beli barang aku). I tak gelojoh uollss nanti kalau esok2 dia nak apa2 kat shopping complex i byr je lah. Maklum lah dah 17 tahun kawan semua benda aku dah hadiahkan.

Ala2 sweeetttt lah u darling!


Walaupun bagi kad ttp keji aku kan!! ttp ada tambahan kad tepi kad. I tak kisah uollsss janji I Lap U.....U Lap Me.

Wednesday, June 22, 2011

Malam sebelum Annivesary!!

Aku kan konon2 nak celebrate pukul 12 tepat semalam.... hujung2 aku ngan En Win dah ngantuk....sanggup x bg anak tidur sbb nak celebrate and jerit sama2.

Pukul 11.45pm
En Win : Ma.... apa kata kita kiss sekarang i dah tak tahan ngantuk
Aku: Sikit lagi pa... (ttp nak kiss kul 12.00). Macam lah esok pagi tak leh celebrate.

11.50pm
Aku : Pa.... jom lah kiss i pun dah tak tahan ngantuk
En Win : Happy Annivesarry Sayang! (sambil kiss and hug aku walaupun  belum pukul 12)
Anak2: Eh! mama ngan papa tengah peluk lah....

Maka kitaorg pun berpelukan beramai2. Padan muka aku konon2 tak bagi anak2 tidur tadi kan di sbb kan itu diorng tidur sekatil dgn aku sbb takut tidur sendiri krn dah malam sangat. Maka pada hari annivesary kitaorang tidur sekatil seramai 4 orang.... tiada pelukan & aksi ghairah dapat dilakukan. VENCHI!!!

Happy Annivesary Darling!!

I cant find the answer why God gave you to me but that's not the question. The question is why God knew that i need someone like you.
Happy Annivesary Darling!!! I luv u so mucchhhhhhh.


Alhamdulillah dah 9 tahun i kawin uollss...... campur waktu kawan 8 tahun..... 17 tahun i kenal En Win uollss giler lama kan. Tarikh 22 June 2002 pukul 10 pagi di Masjid Jalan Klang Lama..... I sah menjadi isteri kepada En Win. Akhir nyer kitaorang telah mengambil keputusan yang tepat utk berkawin.

Aku dulu selalu tgk kat tv cara omputih propose bini ajak kawin siapa melutut bagai..... aku pun perasan lah konon2 En Win nak buat macam tu jugak.... tak ada makne nyer uolls. Tak romantik langsung..... "Sayang kita kawin jom.....u tanya parents u kalau ok minggu depan mak bapak i datang....... bertempat di kedai mamak seksyen 17....romantik lah sangat. Aku jer konon2 tersenyum2 gembira....kembang kempis hidung dah rasa restoran mamak tu macam kat paris pulak.

Aku terima nikah nya Raja Elly Yusnita binti Raja Kamaruddin dengan mas kawin 300 tunai! Sah2. Tak sedih pun kenapa aku tgk bila pengantin lain kawin beria-ria tersedu sedan. Jawapan nyer aku mmg tak sabar nak kawin.....aku takut muka aku comot bila nangis nanti dalam gambar tak cantik.....mak bapak aku sibuk sangat waktu tu jadi tak ada masa air mata nak menitik. Bila En Win datang kat aku utk batal air sembahyang....I malu uolls sbb dia kena cium kat dahi I. I tak boleh uolls org tgk I cium2 ni lagipun sebelum nikah En Win dah takut2 kan aku.......dia kata nak buat lain dr yg lain dia nak cium mulut aku waktu batal air sembahyang....giler!. kau ingat kau omputih mau sakit jantung bapak aku nanti. Wedding berjalan dengan lancar..... side aku buat kat Dewan Sivik PJ...... sebelah En Win buat kat Lake Club.

En Win mmg x romantik.... tapi bila En Win romantik aku pulak tak percaya. Aku ingat lagi waktu birthday aku di ajak gi dinner kat Sheraton Imperial..... italian restaurant tempat tu mmg romantika de amor. Lepas makan2 time dessert tgk2 ada waiter hantar cake and kotak rantai kat atas plate tu.....so sweetttttt. Org kat situ siap tepuk tangan lagi......wah! hidung aku macam nak meletup uolls. Aku kan drama queen boleh laks nangis......bodoh lah aku ni buat malu jer
Ada sekali tu time birthday aku......waktu tu kat office....di hantar bunga sebanyak 7 jambangan tapi berlainan waktu....ada bunga.....ada teddy bear.....ada chocolate. Wah! romantik jugak laki aku.

Syukur.....En Win tu suami aku.....kalau jantan lain mesti tak tahan ngan aku.....aku bukan jer giler tapi meroyan jugak. Dia jer yang boleh tahan perangai aku.....yg volume tinggi ni.  Tuhan tu maha Adil kan DIA tahu suami yang sesuai utk kita.


Happy Annivesary Darling!!

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day

Any fool can be a father, but it takes a real man to be a Daddy! "Happy Father's Day to my Darling, Abah and Papa. Omputih gitu......asal perasaan sentimental jer speaking London! kau mampu. Dalam hidup aku ada 3 orang bapak yang aku sayangi..... 

Raja Kamaruddin Bin Raja Azman atau panggilan dirumah ABAH! Aku mewarisi bakat lawak daripada abah....dan aku rasa banyak ciri2 abah ada dalam diri aku.

Aku: Abah hari ni makan luar nak.....bosan lah asyik makan kat rumah jer
Abah: Dainy!(panggilan utk mak aku) ambik tikar bentang kat luar anak u nak makan kat luar dia kata bosan makan dalam rumah.
Tensi! korang dapat bapak pak lawak macam ni.

Abah.... aku tak tahu nak cakap dia garang ker sporting.....sbb selalu yang pukul aku ngan getah paip mak aku. Dia tak banyak cakap tapi sekali marah cabut!!. selalu nyer kalau aku balik lambat dia tak cakap tapi mata dia berkata-kata dari aku masuk rumah sampai aku masuk bilik dia pandang jer....itupun dah buat kitaorg adik beradik terketar-ketar. Pernah sekali aku kencing dalam plastik beg sbb takut nak keluar bilik....kesalahan aku seperti biasa balik lambat. Lawak2....kau mesti ingat kan Long!. Kalau time nak bagi report card..... nak pulak keputusan aku banyak warna merah aku bagi pagi2 time nak pergi sekolah buat2 kelam kabut konon nyer kalau aku kelam kabut dia pun akan kelam kabut sekali..... tak ada makna nyer!.

Aku : Abah...ni report card....abah sign card bawah ni....cepat sikit yer org dah lambat ni.
Abah: Bagus....banyak merah....terang sikit mata abah nak tgk. Kalau warna biru abah tak nampak sangat. Apa tak suruh cikgu kau letak colour banyak sikit lagi cantik. Tahu2 report card aku dah melayang kat luar rumah.

Bapak aku dulu gaji dia tak lah besar sangat.... adik beradik pulak ramai semua perempuan pulak tu so perbelanjaan mmg banyak. Tapi alhamdullilah we all tak lah susah sgt. Sekarang abah dah tak bekerja so inilah masa kita orang adik beradik membalas jasa....membantu selagi yang mampu supaya abah gembira. Hadiah yang paling besar aku pernah bagi kat abah sebuah kereta itupun setelah aku bekerja selama 3 tahun.... aku nak abah & mak happy.....Jasa abah sampai bila2 pun aku tak dapat balas.


Mohamad Yasin..... father in law. Aku panggil Papa! Bapak Mertua yg paling sporting di dunia. Tak ada hal punya semua ok! Dia tak selawak bapak aku tapi sporting nak mampus. Perkara luar dalam aku boleh borak ngang dia. Tgh duduk2 minum kat coffee Bean.... kalau ada perempuan arab sexy lalu....Perggghhh! Ju (panggilan utk mak mertua aku) cuba kau tgk tetek perempuan arab tu....kalah tetek kau muda2 dulu. Aku dgr terus pitam. Bapak mertua aku ni no hal kalau aku keluar ngan dia pakai sexy2 dia tak kisah sangat  tapi kalau aku pakai depan mak bapak aku alamat....peha aku habis merah kena cubit.

Bapak mertua aku ni suka makan.....sampai aku pun pening. Dia tak kisah duit habis sbb makan...bukan sikit2 uollsss..... kalau tak penuh binatang atas meja tu dia tak akan berhenti order. We all boleh lepak tgk live band and gi Karaoke sama2. Life kena enjoy....tapi agama jgn lupa. Pesanan dari bapak mertua.

Darling!!Cool daddy tak payah nak cerita sangat....sbb i rasa uolls mesti tahu perangai dia yg suka manja kan anak tahap gaban melampau. Kalau anak2 buat salah dia akan panggil dan bagi tahu cara yg positive ala2 motivasion....bukan mcm aku jerit jer lebih tapi tak masuk langsung dalam kepala anak aku... aku bercakap diorg dengar tapi masuk kanan keluar kiri. En Win rajin melayan anak2..... rajin bergurau.....rajin mendengar cerita anak2. Suka lah tu anak sayang lebih kat dia! Itu tak bermakna aku jahat or tak rapat ngan anak2. Cuna pendekatan aku lain sikit kot......garang tapi dalam diam sporting dan lawak uolllsss. Siapa tak sayang anak oooiiiiiii.

By d way Happy Father's to bapak2 kat Malaysia jugak.......luv u