Nuffnang Advertisement

Monday, May 30, 2011

Tak marah lagi.....

En Win dah tak marah lagi..... sebab malam tadi dah peluk dia kuat2. Janji2 tak beli handbeg lagi (mampus aku....come up on Elly cuba tahan nafsu tu sikit). Ini lah perempuan..... tangan ada dua jer tapi nak beli handbeg sampai sepuluh tu kenapa ek..... tak tahu lah may be kepuasan kot. Macam lelaki jugak kalau tak jeling kat perempuan satu hari mesti pening or kote berdenyut kot. Sila faham perempuan ada 99 nafsu so salah satu nyer Handbeg (nak menang jugak).

En Win ni dia marah sekejap jer......dia dapat lepaskan apa yg dia nak ckp lepas tu dia mesti gi tidur. Lepas bangun dia mesti ceria and tak nak ckp lagi pasal masalah tu. Orang bersalah macam aku jer tak senang duduk. Tapi yang heran tu aku beli handbeg punya lah banyak tapi gi office satu tu jer lah aku pakai....dgn alasan sayang nak pakai yg baru...... apa lah kebangang aku ni.Tak tahu lah kenapa...... feel dia best bila dapat beli handbeg ni.....cuma orang yg sama perangai macam aku jer boleh faham feel ni. Balik rumah tgk handbeg berlambak tersenyum sorang2. Giler2.....kronik2.

Macam mana nak buang tabiat ni.......pernah cuba bertahan tak beli handbeg tapi benda lain pulak aku beli yg merepek2 nanti aku beli pinggan mangkuk lah, lapik meja lah, kusyen besar lah.....fuh! membazir betul lah aku ni. Korang baca pun mesti korang nak muntah kan..... tak kan aku tak leh kawal diri......tapi mmg x boleh tak tahu lah macam mana nak cakap.....kalau aku tak dapat barang yg aku nak mesti aku tak leh tidur terbayang2 lepas tu aku akan cakap benda yang sama jer kat En Win. Tapi barang2 yg kecik tu aku jarang mintak duit kat dia......mampus pulak aku kena teranjang nanti. Tu sbb aku akan selalu kawal diri supaya tidak pergi ke Shopping complex agar diri tak terjebak. Tapi sekali aku dapat lepas.....siap aku pulun.

Bangang kan perangai aku ni.....aku kena ubah ni. Duit tu aku simpan lagi bagusssss.....tak boleh jadi ni....aku kena cuba bertahan sampai hujung tahun ni......kita tunggu dan lihat. I can do it!!!!

Saturday, May 28, 2011

Sedasssss..... aku kena ngan laki aku

Last aku beli wallet hari tu En Win dah sound aku "Ma ini last yer.....i tgk beg dalam almari tu dah melambak2 u jgn nak beli2 handbag lagi.... tunggu tahun2 depan pulak". Aku ni confident menjawab balik "Yer pa.... I janji tak beli lagi". Betul uolls.... i janji dengan penuh bersungguh-sungguh.
Sebulan jer I boleh bertahan uolls...... lepas tu bila tgk magazine hati aku dah tak senang. Sampailah satu hari my friend Dayang telah post kan kat status facebook dia "Coach handbeg sales from 30% - 70%. Walawei! I dah tak boleh tahan uolls....... terus call Dayang tanya kat mana....Coach kat Garden. Dia beli scaft and may be nak beli beg pulak.

Terus call kawan I Liza ajak dia gi Garden esok......I dah dah set kat mind uolls..... tak kan beli handbeg cuma nak cari beg dinner sebab I tak banyak beg dinner ...... so bawak dalam RM500.00 jer sbb takut terjebak beli handbeg. Sampai sana uolls I dah rambang mata sebab sale dia giler babi murah 30% - 70%. Tujuan tadi nak cari beg dinner kan.... tak ada maknanyer sbb mata aku asyik tgk handbeg. I mmg tidak mempunyai daya tahanan yang kuat uolls.... akhirnyer I terjebak mencapai sebuah sling beg berwarna putih RM1450 less 30%.....mana nak dapat harga macam tu uolls.

Ini bermakna duit yang bawak tadi tak cukup sbb ada RM500 jer kan.... waktu nak bayar laju jer tangan I capai credit card En Win tanpa meminta kebenaran (dalam hati mesti En Win tak marah sbb beli time sales). Bila balik rumah I dah takut uolls.....mana nak sorok beg ni...... takpe2 aku letak dalam kereta dulu. Jiwa I tak tenteram uolls sebab asyik nak pakai jer beg tu.....malam tu pulak ada birthday party so I berani kan diri pakai jer beg tu.....En Win tak perasan langsung uolls lega aku ......sampai lah semalam credit card statement datang i tak sempat sorok kan bil tu dia dah jumpa dulu........ mampusssss aku.

"Ma u beli hanbeg lagi kan......apa pasal u ni degil sangat! I tak faham lah perangai u ni" (dia betul2 marah uolls.....bulat2 mata dia pandang aku). "Sorry pa.....tapi beg tu murah....nanti i dapat bonus i gantilah duit u balik". Sekali lagi i tgk u beli hanbeg...... i akan sangkut semua handbeg kat badan u.....u pakailah semua tu kat badan."Tolong la Ma.... jgn membazir....cuba lah cari hobi lain". "Sorry2 ni last yer Pa..... malam nanti tidur i peluk u yer". (Dalam hati aku......lantak lah asal aku berjaya beli......hahahahah jahat tak?). Nak tengok tak macam mana rupe beg tu.........

-

 -

 -

 -

-

 -

 -

 -
-

 -

 -

 -


cantikkan........ rugi tak beli uolls........


Uolls rasa I boleh tak bertahan tak beli handbeg sampai hujung tahun ni......?????

Thursday, May 26, 2011

Karaoke time.....

Hari sabtu lepas....semua mummy2 nak release tension. We all decide gi makan2 and after that melalak kat karaoke. Menyampah aku masing2 eksyen suara sedap. Waktu makan ni siap praktis....matanya lirik2 selalu.....dengarlah matahari ku.....seumur hidup aku ini yang pertama (tapi ttp nak nyanyi lagu dolo2). Makan kat Bumbu d curve....punya lah nak jaga suara semua minum air suam ni....tapi nasi aku tetap dua pinggan....sedap ko asam pedas patin. Siti ngada makan nasi secubit....lantak lah ko lah lapar bukan aku.

Habis makan dalam pukul 2pm after that proceed gi red box kat curve. Masuk dalam jer Hazel gila kuasa tu terus pegang remote..... punya lah kelam kabut dan gabra tak tahu nak pilih lagu apa? still nak tunjuk ke terror an minah ni telah memilih lagu bernada tinggi.  Hampek kau....putus urat tengkuk kau menyanyi. Tak ada mana nyer ke laut lah jawab nyer.

My turn pilih lagu sedih lah pulak acha....menutup mata. Bodoh kan tetap ke laut tak de makna nyer lagu sedih tapi volume aku tinggi. Dalam hati ni.... mesti diorg terperanjat dgr suara aku yang merdu.

Siti pulak aku ngan hazel tak bagi dia pilih lagu.... agak2 kitaorg tak leh nyanyi pass jer kat dia. Keji kan. We all happy giler kat dalam tu siap nyanyi lagu dangdut menari ikut style goyang Inul. Hazel seperti biasa drama Queen boleh laks semput kat dalam tu sbb menari sampai lupa diri....nasib baik ko tak mati nok.....lagu feminin apa lagi keluar laks step ala2 feminim. Yang menari cuma aku ngan Hazel jer sbb Siti takut boss dia intai dari tingkap karaoke (Ampun En Nahiz).

Paling tak boleh lupa Hazel tlh mendendangkan lagu bertajuk Listen tapi tak ingat siapa penyanyi dia..... tak boleh blah betul..... merdulah sangat.....bila aku tegur marah pulak."I boleh nyanyi lagu ni....tiap2 pagi I nyanyi... sama kak suara dia ngan I tapi u kacau tu suara i dah jadi lain". Dia salah kan aku pulak.....ialah2 sedap sesanggat.

Waktu ni Hazel dah tak leh nyanyi tu yang ajak Siti. Kalau tidak dia punya bolot mic sampai habis bateri (matilah mak lepas ni sbb kutuk dia tak ingat)

Cuba tgk org professional.....sambil nyanyi boleh senyum lagi.

U rock girls.........


Kau ingat bila naik atas kerusi.....suara kau pun akan sama naik tinggi. Tak ada makna nyer nok!!

Aku jeling jer.....sbb suara dia tak boleh tandingi suara aku. Malas betul nak berduet ngan minah ni. Hahahaha

Nyanyi lah ko sorang.

Waktu kejadian semput selepas goyang Inul.

Wednesday, May 25, 2011

Jawapan dari anak2

Mama: Adik.... macam mana exam tadi boleh buat tak?
Adik: Adik rasa ada satu salah lah mama.
Mama : Salah macam mana?
Adik : Soalan tu 3 + 3 tapi adik jawab 4. Eh2 bukan.... adik jawab 6. Entahlah ma....adik tak ingat adik jawab apa!
Mama: Sakit nyer jantung aku.

Mama: Danea macam mana exam tadi.....boleh buat tak?
Danea : Senang sangat Ma..... latihan mama yang suruh yaya buat lagi susah.
Mama: (Dia jawab senang sangat lagi susah hati aku)

Papa : Darling! budak2 boleh tak buat exam tadi
Mama : Dia kata boleh....senang
Papa : Tu lah I dah cakap anak2 I semua ikut kepandaian I.....Kalau ikut u habislah
Mama : ooooooo...... kalau pandai jer ikut u. Tapi yang mengajar siang malam tu siapa. Kalau I bodoh u pun bodoh jugak sbb kawin ngan orang bodoh! hambek kau.......

Tuesday, May 24, 2011

Jeles lah tu.....

Apa lah oulls ni nak kutuk2 kat blog aku..... diingatkan ini blog aku, suka hati akulah nak tulis apa. Kalau rasa nak muntah darah sbb baca blog aku.....jgn baca senang cerita hati korang pun tak sakit. Aku buat blog ni untuk diri aku sendiri sbb cita2 aku nak jadi penulis tapi x tercapai sbb BM aku gagal jadi aku tulis jer lah kat blog sendiri.

Korang nak jeles ngan aku buat apa.....tak habis2 busuk hati....muncung korang terjungkit-jungkit kutuk aku :-

1. Pasal aku beli bvlgari - Lantak lah itu mentua aku yang belikan kalau tak puas hati gi cari mentua macam mentua aku. Kau tak dapatkan itu sbb hati kau panas. Apa ke lembab korang ni aku nak eksyen suka hati aku lah....ada aku suruh mak bapak korang belikan utk aku. Ini blog aku suka hati lah nak tulis or nak eskyen..........

2. Pasal beg LV & sunglasses chanel - Ini duit aku.....aku sanggup main kutu sbb nak beli barang ni. Jeleskan sbb kat office korang tak ada orang buat permainan ni. Itu sbb korang x dapat beli.... lepas tu nak mengata-ngata aku membazir sanggup beli barang mahal sbb nak menunjuk. Aku rasa itu perangai korang kut beli barang nak menunjuk kalau org tak nampak mesti kau sua2 kan beg tu depan diorg. Aku beli utk kepuasan lah BODOH.

3. Bali - Eeeeee.....bangang tahap maximum lah korang ni. Aku nak bercium ker nak tunjuk kasih sayang ker itu laki aku lah....ada aku cium laki korang ker. Ini sah laki korang tak se~romantik laki aku.....itu yang terbakar jer kan hati korang. Hahahahah.....vavi2

4. Karaoke - Ini mmg buat aku mengamuk tahap maximum. Korang boleh kutuk mentua aku gi karaoke.... HELLO! suara diorg sedap macam P Ramlee & Saloma tu sbb aku bawak gi karaoke. Sembahyang x sembahyang itu diorg yang tanggung. Korang tuhan ker nak menentukan dosa ngan pahala. Korang nampak ker diorg x sembahyang. Kelakar....taksub giler babi yer korang. Diingatkan kami adalah keluarga bahagia jadi siapa yg tak bahagia....... JGN JELES.

Benda ni dah lama aku pendam....lagi aku diam lagi sedap korang kutuk. Hidup korang tu tak aman kot kalau tak dapat mengutuk....kalau dapat kutuk org baru lega agaknyer. Sudah lah malas aku nak layan org yang hati busuk macam korang ni!!!!

Sunday, May 22, 2011

Revision....

Hujung minggu ini duduk kat rumah jer.....buat revision ngan anak2. Next week diorg exam. Nasib baik cita2 aku bukan jadi cikgu..... kalau tak sah2 muka aku masuk surat kabar sebab cederakan budak2 yg tak tahu membaca. "Petaling Jaya: seorang guru yang bernam Elly didapati bersalah akibat penyakit meroyan nyer datang....dia telah menampar dan menendang perut anak murid nyer kerana murid tersebut tidak pandai mengeja AYAM".

Aku mmg tidak mempunyai kesabaran yang tinggi....mula2 aku akan ajar sekali....kalau tak faham jugak aku terangkan sekali lagi masuk kali ketiga kalau tak faham jugak.....confirmed aku bertukar menjadi naga. Volume aku tiba2 boleh jadi tinggi sampai jiran sebelah pun terkejut. Anak2 aku dah lali ngan perangai aku ni.... mula2 jer diorg takut....lepas tu bila diorg pandang muka aku mesti diorang gelak. Mmg cari nahas..... mak kau ni tengah mengamuk kau boleh gelak.

Nasib baik lah dua org anak aku ni cepat faham dgn apa yang aku ajar..... kalau tak mmg lah penyakit giler babi aku akan datang balik. Khas utk anak2 mama " buat exam tu jangan kelam kabut, jangan kalau tak tahu jawapan baling dadu pulak..... jangan pura2 eraser jatuh lepas tu jeling orang sebelah.... jangan nak cepat siap tapi sebenarnyer muka surat sebelah tak buat lagi...... ini semua bukan perangai aku tapi perangai En Win.

Friday, May 20, 2011

Mak sentap Nyah........

Baru jer entry aku semalam ckp tak suka sentap..... tapi i terpaksa sentap uolls. Tension tahap gaban. Next week both my dotter exam....uolls tahu lah perangai i yang kelam kabut ni kalau anak2 exam aku yg tension lebih. Mmg tak dinafikan aku kat rumah mmg macam singa + naga yang sentiasa mengeluarkan api.....garang tak ingat. Ialah uolls kalau i tak garang semua benda tak jalan..... budak2 tu tak mandi, mesti tak buat kerja sekolah, mesti mainan...colour pencil bersepah. En Win tak akan marah anak2 punya sbb dia selalu perasan nak jadi bapak yg sporting. Venchi aku..... so kalau aku mengamuk nanti diorg lari kat En Win....sure laki aku yg perangai sporting konon nyer bawak diorg keluar makan ice-cream. So mmg dimata budak2 tu aku garang....bapak dia baik.

Anak aku no. satu tu baru darjah dua.....so laki aku ckp jangan garang2 sangat bagi dia belajar perlahan2. Mana boleh uolls....zaman sekarang budak2 semua pandai2....kesian nanti dia ketinggalan. Sekarang anak aku Danea dlm kelas no 1 buat nyer result dia tak bagus turun class no.2......confirmed nanti kena ejek ngan kawan2. Kesian kan!!. Bukan nyer aku suruh tiap2 masa pegang buku....of course lah ada time belajar....time main....time tidur. Ini En Win sepanjang masa suruh dia main. GERAM!!

Minggu depan Exam.... sure lah this week cikgu buat revision. Tapi semalam anak aku Danea call nangis2 kata tak nak gi sekolah. Aku tanya kenapa??? uolls tahu tak dia jawab apa....nyamuk gigit tepi mata Yaya. Mana lah aku tak meletup nyamuk gigit mata pun dia tak nak gi sekolah. Aku kan garang kalau nak ponteng sekolah diorg tak berani sgt mesti mintak kebenaran aku....takut aku mengamuk balik nanti. Terjerit2 aku kat phone suruh dia gi sekolah jugak.....boleh pulak aku dgr suara kat belakang....takpe2 hari ni papa bagi Yaya cuti....kesian anak Papa sakit yer. Eeeeeeeeeee.......panas nyer telinga aku.

Malam tadi buat revision ngan Danea soal dia sifir.....biasala dia kan drama queen macam mak dia meleleh airmata....aku tak peduli soal sampai dia dapat. Korang tahu tak apa terjadi......En Win boleh datang terus bawak anak dia keluar. "Kesian dia Ma.....apa lah u ni garang sangat". Pa.... anak u nak exam jgn bagi muka sgt. "Takpe2 kalau Yaya tak boleh buat papa tak marah". MAK...... SENTAP NYAH.

Sebenarnyer aku simple jer orang nyer..... time belajar jangan main2 bukan nyer lama uolls dari 8.00pm - 9.30pm. Lepas tu lantak korang nak buat apa. Time cuti sekolah main lah korang sampai lebam ada mama kesah. Tapi laki aku ni yg selalu bagi muka kat budak2 tu....mintak semua dapat....kalau aku mintak banyak pulak soalan nyer. SENTAP! SENTAP! SENTAP..... tak lama lagi confirmed aku giler.

Thursday, May 19, 2011

Jahat waktu remaja......

Aku dulu waktu remaja susah sikit nak keluar malam or tidur rumah kawan. Bapak aku mmg tak benarkan. Aku punya limit time kena balik sebelum pukul 7.30pm. Kalau lebih dari tu.....mmg tali pinggang melekat kat badan lah jawab nyer. Tapi kadang2 biasa lah remaja kan suka memberontak.... tawakal jer lah berani kan diri balik jugak pukul 9.00pm..... zasssss 3 line kat badan cantik jer tersusun. Lantak lah janji dapat lepak ngan boyfriend. Matilah aku takut anak perempuan aku perangai macam ni nanti..... dulu2 kalau mak nasihatkan selalu tak nak dengar "kau buat lah mak...esok anak perempuan kau perangai macam ni baru kau rasa nanti"....jahat giler waktu ni dalam hati jawab balik " siapa nak kawin".....hahahahaha.

Lepas aku form 5..... bapak aku masuk kan aku college. Ini permintaan aku sbb perasan bila masuk college ala2 anak orang kaya lah....jahatkan confirmed dapat boyfriend kaya nanti (pemikiran budak2 tak matang waktu ni) kawan2 mesti stylo nanti....waktu ni jugak aku terpengaruh ngan cerita Beverly Hill 2010 901201. Tapi belajar ttp belajar....nak mampus bapak aku keluar duit aku nak main2. Waktu tu aku ambik Diploma in Tourism and after that sambung lagi ambik Diploma in Secretarial.

Sambung balik kejahatan aku.... biasa lah bila dah join budak2 college diorang selalu keluar malam.....waktu ni aku mula berjinak-jinak ngan disco. Macam mana nak keluar ni???? mmg sah tak dapat. Tapi korang tahu lah kan hati remaja membuak-buak nak ikut kawan.

Satu malam tu aku suruh kawan2 aku stand by depan rumah pukul 12.30 malam sbb waktu ni keluarga aku dah tidur. Ceh! aku punya lakonan tak boleh blah langsung....pukul 10.30 aku masuk bilik kata nak tidur. Hati berdebar2 ni.....pada hal dlm bilik aku dah siap make up.... pakai baju ala2 tarzan lepas tu cover ngan baju tidur. Aku stand by jer dlm bilik dgr bila mak bapak aku nak masuk tidur ni. Yes!! pukul 11.30 lampu semua dah tutup...... walawei waktu ni berdebar-debar siot!! takut nak mampus tapi gagahkan jugak. Aku budget mesti diorg lena pukul 12.30 jer nanti.


Hahahahah 12.30pm aku bukak pintu pelan2...kaki jalan terjengkit-jengkit takut diorg dgr. Lepas tu cabut lah....dlm kereta bukak baju tidur....menjerit-jerit kegembiraan kerana berjaya keluar. Fuh!! best giler perasaan ni. Kalau tak silap aku we all pergi FIRE kat jalan P.Ramlee. Lepas ni kena tempuh satu lagi cabaran.....nak balik rumah pulak. Tukar balik.... pakai baju tidur dlm kereta. Sampai depan rumah pukul 4.00 pagi....takut giler. Bukak pintu pelan2....jalan pelan2 terus masuk bilik. YES!! BERJAYA. Aku buat perangai macam ni adalah dekat 1 tahun....terlepas uolls. Mak Bapak aku x perasan langsung.

Pepatah melayu "sepandai-pandai tupai melompat akhirnyer jatuh ketanah jua". Malam kejadian.....jeng3. Aku sampai rumah seperti biasa pukul 4 pagi.....hambik kau cuba buka pintu tak boleh berkunci dari dalam... dalam hati aku matilah aku malam ni badan mengigil ni....dgn muka aku bermekap tapi pakai baju tidur.. Cekal kan hati ketuk pintu pelan2....sambil baca ayat kursi....konon2 kalau baca ayat2 ni lembut lah hati bapak aku (giler bodoh kan). Pintu terbukak jer hambek kau melekat lima jari kat muka aku kiri kanan.....zass tali pinggang kena kat badan. Aku pun drama queen lah mintak ampun janji tak buat lagi. Esok nyer aku demam uolls.....demam terkejut. Bapak aku cakap kalau aku keluar lagi dia berhenti kan aku college..... i tak berani uolls terus belajar bersungguh-sungguh...tu yg ambik sampai double diploma.

Tapi bagi aku ini semua kenangan indah.....kalau jadi budak baik boring tu....asyik baca buku jer. Tapi sejahat-jahat aku dulu....aku tahu macam mana nak keep a limit....tak ada masa aku nak ambik pil2 dadah ni. Aku suka menari and lepak2 ngan member2 tu jer. Tak jahat kan!!

Tuesday, May 17, 2011

I Luv Bali....

Tgk cerita Awan Danea tapi diorang shorting kat Bali.... tiba2 uolls i teringtkan Bali.

I Luv Bali..... aku mmg suka sangat tempat ni. Bebas.... release.... romantika di amor.....itu lah perasan aku bila sampai di Bali. Aku dah pergi ke Bali sebanyak 3 kali.....tak tak tahu lah kenapa tak pernah boring ngan tempat ni. Every end of the year aku & En win akan pergi ke Bali. Tinggal kan anak2 di bawah jagaan atuk & nenek nyer. Lepas tu aku berdua akan honeymoon di Bali selama 5 hari 4 malam.

Selalu nyer di Bali aku ngan En Win aku cari hotel yg  dekat ngan pantai permandangan "Sea View" ala2 omputih lah konon nak tengok matahari terbenam sambil berpelukan di balcony....waktu tu ayat2 cinta akan keluar dan kami akan meluahkan isi hati masing2 sambil bercium dan disaksikan matahari yg terbenam..... STOP IT ELLY (kau ingat kau pelakon). Tapi tak di nafikan kalau aku ke Bali...aku ngan En Win akan lebih kan budget utk Hotel....we all nak betul2 selesa dan harus tilam dan bilik air nyer meletup!! Faham2 jer kata Honeymoon.

Sampai je Hotel lepas check in semua...tempat pertama kami tuju SPA. Pergggghhhh dah lah murah best giler. Selalunyer kitaorang akan lepak 3 jam kat SPA. Lepas tu balik hotel....siap2 for dinner kat Jinbaran. So romantik tempat ni.... sebab makan tepi laut di terangi cahaya bulan sambil menikmati alunan muzik yg sungguh romantik. Tak tipu uolls waktu ni lah uolls akan rasa betapa cintanyer uolls kat pasangan masing2. Kat sini tak ada hal punya korang bercium lah sampai terguling kat pantai pun tak ada org peduli. BEBAS kan!! balik hotel tak yah aku cerita apa terjadi.....hahahahah.

Hari kedua selalu nyer kitaorang akan ke Ubub....jalan2 cuci mata...kat sini macam2 barang ada dijual. Lepas ke Ubub we all mesti singgah Sukawati.... kalau uolls minat lukisan sini lah tempat nyer. Murah giler... gambar sebesar alam baru RM75.00. Aku tak lah minat lukisan sangat tapi bila sampai tempat ni mesti terjebak beli dalam 5 - 8 lukisan.Selalunyer we all habis kan masa kat sini dari pagi sampai petang. Balik hotel lepak2 jap....malam keluar balik.

Malam kat bali ni Heaven uolls....live band and disco merata. Mat Saleh kat sini melambak tu sbb dulu kena bom tempat ni. Diorg pakai bra ngan short jer berjln kehulu kehilir. I tak nak kalah uolls harus seksi jugak..... kat KL tak boleh tunjuk malu & takut mak nampak....kat sana uolls i pun jadi omputih. We all akan masuk dari satu Pub ke satu Pub....muzik giler bagussss....semua penyanyi diorg berbakat. Ada satu tempat ni nama nyer Raggae Club....Bob Maley (No Women No Cry)..... makesure kalau uolls gi Bali singgah tempat ni...happening.....everybody sporting. Kau yang malu nak menari pun akan terjebak sbb so crowd so happening.....i cerita pun ni pun nak terbayang-bayang. En Win dah jadi separuh giler lah menyanyi....siap bukak baju lagi. Waktu ni mmg rasa realese....confirmed tak fikir masalah....rasa penat setahun bekerja hilang.

Hari ketiga selalunyer we all akan sewa motor gi jalan2 kat town..... gi makan tepi pantai sambil lepak2, massage again.....shopping kat uluwatu (murah giler). Confirmed u have quality time with ur hubby. Waktu ni apa yg korang nak luahkan.....ini lah masanyer.... seperti yang aku kata mula2 tadi korang akan merasa bebas kat sini. Malam selalu nyer we all akan gi romantik buffet dinner kat hotel.....tak tahu nak gambarkan macam mana....tapi aku rasa best sangat sambil makan kau boleh dengar suara penyanyi ala2 hetty koes endang & kris dayanti.....merdu bangat. Lepas dinner berjimba again.....

Hari keempat..... gi mandi kat pantai. Kat sini mmg famous tempat surfing...kalau berminat boleh berlajar sekali. Aku tak berani....berenang pun tak pandai lagi mau berani nak cuba ker... we all akan lepak kat pantai sampai petang....malam sewa motor round2 cari nasi padang. Ini lah routine aku ngan En Win kalau ke Bali.... InsyaAllah hujung tahun ni kitaorg nak gi lagi....

BEst kan uolls.....


Ini hotel kitaorg duduk....sebelah hard rock....depan laut. Tapi tak ingat apa nama hotel ni.....mmg cantik


Sukawati tmpt jual lukisan yg murah giler..... aku beli gambar perempuan bogel nak letak dlm bilik...so bila nak romen pandang lukisan tu.... hahaha. Lepas tu mak aku datang bagi ceremah kat aku.

Nasi Padang.....

Pantai depan hotel kitaorg.... waktu ni nak tgk sunset....

cantik kan.....

pakaian tradisi org Bali....

Balcony hotel....tempat kita org kiss2 (hahahahha)

Sewa motor....round2 kota Bali

Raggea Club...... Happening
Waktu ni dah start bukak baju.....join the group


Really Enjoy..... realease

Bagi aku kalau nak gi Bali ni bawa family tak berapa sesuai.... mmg banyak tmpt nak dilawati macam gunung berapi lah....ubub, sukawati......cuma patung2 kat sana menakutkan sikit. Diorg ni agama hindu tmpt sembahyang dan pemujaan terlalu banyak takut tak sesuai utk budak2. Rekomen utk pasangan yg honeymoon.... budak2 remaja yg kepala giler2 & pasangan macam aku yg  tak ada hal dan open minded.

Jom hujung tahun ni kita gi sama2.....

Monday, May 16, 2011

Speechless....

Wah! tajuk kat atas tak boleh blah betul....... I terharu uolls tak tahu macam mana nak luahkan perasaan hati, gembira....sedih......rasa nak melompat sampai tak turun2.....menanggis dalam kegembiraan (sudahlah kau Elly jgn nak berlakon). Actually our wedding anniversary lambat lagi 22 June.... tapi my in law telah membuat kejutan bagi anniversary gift Sabtu lepas. Pagi tu Mother in Law aku call ajak gi KLCC kata nak mintak teman kan beli baju kerja utk adik ipar aku.....aku ok jer jumpa pukul 6 petang kat KLCC. Macam mana dah cerita ni yer....sbb excited sgt so tak tahu  macam mana nak bina ayat. kalau tersalah tulis orang kata riak pulak..... lantak lah yang penting I teruja uolls.

Minggu lepas aku ada cakap ngan in law kata minat sangat kat cincin bvlgari..... kalau beli pun maybe  tunggu bonus hujung tahun ni. Cincin ni dah aku lama idam2kan since zaman umur 20an lagi. Setiap kali bonus mesti aku tak jadi beli sebab budget lari dan ada jer benda yg lain lebih penting. Impian aku ni aku pendam kan jer.... manalah tahu tiba2 duit turun dari langit jatuh kat riba aku.... boleh lah beli. Mula2 nampak cincin ni sbb teman kan kawan aku beli...... sugar daddy dia presentkan satu set barang bvlgari (rantai,cincin dgn loket) dekat RM15,000.00. Tapi aku tak mampulah nak beli satu set.... kalau mampu pun beli cincin jer lah.... itu pun tak tahu bila.

Sambung balik cerita..... sampai kat KLCC in law aku ajak gi Bvlgari butik kata nak tgk2 cincin kat situ....tengok2 uolls dia suruh aku pilih yg mana berkenan....rasa nak pengsan uolls....SPEECHLESS..... muka kebas sekejap sbb teruja sgt. Aku kan kelam kabut tak ingat.... dah tak tahu nak pilih yang mana (tamak lah tu kan). Of course aku pilih cincin yg aku idam2 kan berbelas-belas tahun yang lalu....terus tak toleh kiri kan....laju jer jari aku tunjuk cincin kesukaan aku. En Win cool jer....aku yg lebih2. "Kalau dah suka ambik jer lah". Panngggggg..... wake up Elly.... wake up (sila lempang dan sedarkan aku yg mengada ni). Ya Ampun sekarang impian aku terlaksana....akhirnyer cincin tu berada di jari aku sekarang. Oh! lupa pulak....En Win pun dapat jugak. Kata Annivessary harus laki bini dapat hadiah.... nak tgk tak...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

jeng3

-

-

-

-

-

-

-



Lupa nak ambik gambar close up..... sbb teruja uolls.

Thank you & luv both of u so muchhhh......

Korang tengok lah laki aku punya lakonan....dapat hadiah terus suap bapak dia makan.

Frame Gambar......

Minggu lepas ada order frame gambar dekat seorang perempuan ni..... tgk2 hari Sabtu dia call kata gambar dah siap. Mmg puas hati uolls.......gambar hitam putih ala2 klasik gitu. Ingat nak tampal gambar2 ni semua kat rumah baru nanti.... siapa yang berminat nak order bolehlah jengok2 kat http://framekasih.blogspot.com/ . Satu gambar dia charge RM65.00. Tak susah nak order..... uolls just email gambar2 yang nak diframekan kalau dah siap nanti dia courier or hantar kat uolls....senang kan. Jom kita tgk hasil2 gambar tu....







Banyak gambar lagi nak buat kalau boleh nak penuh kan satu dinding.....cantik kan.

Wednesday, May 11, 2011

Hari yg memalukan.....

Malu nyer uollls........

Hari ni i pakai baju kurung......perasaan ayu lah konon. Aku kan kelam kabut jalan macam ribut....uolls nak tahu tak apa terjadi. Tengahari tadi i nak gi lunch.... so pergi lah kat lif nak turun bawah...siap lambai2 tangan lagi kat bodyguard boss aku..... tiba2 tak ada angin tak ada ribut kain i terlucut uolls......aku terperanjat bodyguard pun terperanjat nasib baik tak ada org aku berdua jer. I panic uolls.....terus angkat kain masuk balik dalam office pergi toilet.

Tapi tgk balik kat kain tu tak ada pulak penyangkut dia tercabut.....kenapa boleh terlondeh kain aku ni! Sah mesti bodyguard tu jampi aku supaya kain aku terlucut. hahahahah...... Bila bodyguard tu pandang muka aku jer dia tergelak.....mau tak gelak tak pasal kain terlondeh lepas tu nampak kaki aku yg sexy tu....sial betul lah.

Tuesday, May 10, 2011

Mother's Day & Birthday celebration

Actually emak punya birthday 6 Mei (Jumaat) tapi disebabkan aku tak ada kena attend wedding kat Palong so we all decide buat hari Ahad. So pagi tu aku anak beranak just call emak and wish happy birthday jer....macam sedih jer suara mak aku sebab tak dapat datang rumah macam tiap2 tahun aku buat.

Selalu nyer kalau birthday mak or abah hari tu jugak we all adik beradik akan berkumpul bawak gi makan atau emak masak and makan ramai2. Sebenarnyer aku dah pakat adik beradik nak buat party hari ahad....tanpa pengetahuan mak. Kak Long buat kuih....kak ngah order nasi lemak & satay.....Aku paling senang beli buah & bawak air.... hetty ngan Wan kena beli Cake.  Adik beradik plus mak bapak aku semua duduk puchong cuma aku jer tercampak duduk Keramat. So decide buat kat rumah Kak Ngah senang sikit mak aku nak datang.

By 6.30pm semua makanan dah ready and adik-beradik semua dah sampai.... call abah suruh bawak mak datang rumah kak ngah. Mak aku kan tahu dia ingat bapak aku nak bawak gi kedai so pakai T-shirt longgar & tudung yg colour tak match langsung. Suka hati lah mak janji bahagia.  Apa lagi sampai jer rumah kak ngah "SUPRISE". Mak i terperanjat uolls habis muka kakak aku dilempang yer sbb terperanjat.....mak malu ngan menantu2......so sweeetttttt.

Acara dimulakan dengan bacaan doa dari adik lelaki aku.....iyo2 jer lah kau Wan. Lepas tu apa lagi potong cake lah. Nampak sangat muka mak happy......sayang sangat kat mak. Dalam hati aku ni selalu rasa terkilan sebab tak dapat jenguk mak selalu......mak very sensitive kalau aku senyap jer tak call dia dalam 2 hari nanti dia merajuk....mengadu kat abah kata anak2 dia dah tak ingatkan dia lagi. Sorry....elly janji akan luangkan lebih masa ngan mak....selalu ingatkan mak tapi  masa tak mengizinkan. JANJI2 akan call mak tiap2 hari. Tapi emak faham ngan keadaan aku..... kalau aku tak dapat datang rumah mak sbb hujung minggu aku busy handle anak2.....aku akan ajak emak datang rumah mkn malam sama2. Hujung tahun nanti kita cuti sama2 yer....promise. 

Elly doakan agar mak sentiasa sihat....hidup bahagia ngan abah & anak2 hingga keakhir hayat. Amin.....

Potong Cake....



Mak dikelilingi cucu2. Anak kak Long tujuh.... kak ngah ada tiga..... aku cuma dua..... Juli ada dua (tak dapat hari tu). So total cucu 14 orang.

 With anak dan menantu.

With anak2....

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day




setiap kali  menyanyikan lagu ini airmata ku menitis, hati sayu, emak betapa besar jasamu, betapa sukar utkmu membesarka kami 6 beradik Kini kami semua dah beraya dlm hidup, namun emak tetap menganggap kami kecil, setipa waktu, setiap saat, nasihatmu tetap sama. Kami doakan supaya emak sentiasa sihat & hidup bahagia hingga keakhir hayat.....  TERIMA KASIH MAK...

Hazel's Birthday

Balik jer dari Palong hari tu sampai dlm pukul 7.30pm..... malam ada event pulak kat Zeta Bar birthday kawan baik I......Hazelini Ismail (mak letak nama penuh kau nok!!). Dia officemate I...... satu kepala ngan I uolls dia faham lawak I....... I buat lawak bodoh pun dia boleh gelak sampai terduduk-duduk. Both of us tak ada rahsia....selalu share masalah sama2. Lurus bendul......yupe ini lah hazel....dia main cakap jer bukan nak fikir pasal perasaan org (jujur lah tu konon.....). Kau terlalu jujur nok! satu hari kena pukul or penampar mak tak kan tolong kau nok!!.

Tapi kitaorg berkawan kat office jer....balik rumah, hujung minggu we all buat hal masing2. Tak ada masa2 nak calling2. Lepak2 hujung minggu jgn harap....hari minggu hari bersama keluarga kan nok!!. Favourite minah ni colour rambut.....24 jam nak tukar colour rambut tak faham aku ngan kau ni nok!! satu lagi perangai minah ni....colour baju mesti sama ngan colour kasut....anak mami lah kata kan...colour yang dia pilih semua meriah2 uolls....mak tak sanggup nak pakai. Lantak lah ko nok asalkan kau happy!! ada aku kesah....

So Sabtu lepas..... we all decide keluar celebrate birthday Hazel kat Zeta Bar.....minah ni suka menari pantang dengar lagu melentik jer badan tu....kau menari lah sampai pagi nok!! Really enjoy that night dalam 10 orang ada kot semua bini2 terpaksa menderhaka kat laki sbb nak attend birthday kau nok!! rasakan semua jantan2 kena jaga anak2 kat rumah.... tapi laki mak baik (dia kalau aku tak balik pun dia tak sedar).

hazel yang pakai baju pink tu!!



Me & hazel..... Mak sayang kau nok!! Wah gitu....ayat tak boleh  blah.




Sebab malam tu birthday dia....so apa lagi kena naik atas stage lah.....kena menari sampai semua kat bawah tu berpuas hati.... dah macam ulat bulu aku tgk kau menari kat atas tu nok!! Glamer kau kan!!

Wedding kat Palong A.K.A Porland....

Last friday haritu aku gi wedding kat Palong first time pergi tempat ni ingatkan dekat rupanyer Yarabbi jauh nak mampus.... sampai tenggelam tulang bontot aku tak sampai2 jugak. Masuk highway....redah kelapa sawit...jumpa pokok getah.... pekan kecil kuala pilah....redah lagi kelapa sawit baru sampai rumah pengantin. Aku duduk hotel....dari hotel ke rumah pengantin 40 minit. Wah! bersiap ni kat hotel bagai nak rak....pakai masakara 3 kali sapu, lipstik ala2 wonder women.... hambik kau sampai rumah pengantin aku dah rupa macam perempuan giler.....panas nak mampussss.....bahang kau kesian kat anak2 aku lencun sebab peluh. Respect giler orang2 kampung yg duduk kat sini. Baru lah aku terfikir kenapa org kampung anak ramai.... malam diorg tak ada aktiviti jadi salah satu aktiviti projeklah.

Jumaat tu nikah.... sampai jer kat situ aku terus masuk rumah pengantin.....konon2 nyer nak berlindung dibawah cahaya matahari.....hambek kau kat dalam rumah lagi bahang macam duduk dlm oven uolls. Kipas tu bukan mengeluarkan angin sejuk tapi angin panas.... 5 minit jer aku duduk dlm tu....tak larat terus keluar duduk kat khemah. Pengantin lelaki dah bermandi peluh tapi ttp tunjuk kemacho-an nyer. Bergelas-gelas air minum....bawah ketiak, celah tetek, celah bontot semua basah uolls kepanasan.

Malam bersanding.... korang tau orang kampung mesti ada joget lambak. Meriah uolls.....walaupun panas diorg ttp menari tak hinggat.

Pelamin cantik uolls.....


Wah! dah bukak step nampak....anak dah melalak tapi ttp nak menari.

Jgn main2 uolls....tetap ada theme colour warna hijau, ada karaoke jugak uolls. Walaupun panas tapi tetap meriah uolls...sporting sesangat


Bila balik pekena durian kampung....sedap & murah.