Nuffnang Advertisement

Friday, April 29, 2011

Muka I ..... 20 tahun akan datang. Tak sanggup uolls....


I tak sanggup uolls tgk muka i sendiri...... lagi 20 tahun I dah tak vogue lagi uolls tapi lipstick I ttp warna merah. Mulai sekarang i kena kumpul duit untuk buat suntikan botox....supaya muka i akan tegang seperti Anita Sarawak....tapi i takut doktor salah cucuk uolls nanti muka i jadi macam Rohana Jalil pulak.

Thursday, April 28, 2011

Baju Raya....

Giler semangat tajuk ni!! Benar dan betul!! Baju kurung utk anak2 I dah siap 3 pasang sorang. Baju kurung I bulan depan siap. Giler cepatkan!!. I mmg suka buat cepat2 uolls....supaya tak kelam kabut nanti. Cuba korang fikir kalau korang nak tempah lagi 2 bulan nak raya confirmed penuh....pakai baju ready made i tak suka & tak selesa. Ini ala2 perbelanjaan sistematik.....

Selalu nyer I mmg start berbelanja 4 bulan sebelum raya...kalau korang dgr macam perempuan giler tak meyempatkan tapi ini lah i selalu buat uolls.....Kata lah raya bulan 8.....bulan 4..... I dah start tempah baju anak2, En Win & of course I punya uolls....kain dah beli waktu gi Bandung hari tu - so settled

Bulan 5 - Baju utk mak & abah dan anak2 buah.

Bulan 6 - Ketepikan sikit2 duit untuk kuih raya dan barang2 rumah.

Bulan 7 - Baju & Kasut utk anak2....utk diri sendiri, Sediakan duit raya utk budak2

Bulan 8 - Duit utk beli barangan utk masak2 hari raya nanti, duit standy by takut emergency.

So tak ada lah pening kepala nak cari duit selonggok bila nak raya nanti. Selalu nyer En Win akan handle barang budak2 & mak budak sekali plus barang dapur. I handle barang rumah & duit raya. Kalau nak buat open hse selalu kitaorg share2. Tapi En Win punya tagline lain pulak "Kalau ada Duit Hari2 boleh Raya" lantak u lah....mungkin sebab keluarga dia kecik kemeriahan hari raya tu di tak rasa sangat.

En Win mmg pening kalau balik rumah Mak aku... Adik beradik jer dah 6 orang campur menantu 4 orang campur anak2 buah lagi 12 orang plus mak bapak aku semuanyer dekat 34 orang. Adik beradik aku 5 orang perempuan kalau berckp terjerit-jerit semua berlumba nak cerita....menantu ngan bapak aku duduk luar malas nak layan. Pernah sekali tu anak aku Danea tak boleh tahan dgr kita org terjerit-jerit sampai termuntah sbb pening hahahaha.....

Selalu nyer malam or pagi raya kitaorg akan bertolak balik Melaka.....tengahari Raya pertama balik rumah my mum duduk sampai petang. Malam pergi side En Win pulak uncle & auntie dia yang bilangan keluarga kocik jer. Raya kedua my side.....meletup dan meriah uolls selalu nyer konvoi adik beradik gi rumah mak & bapak sedara.....mula lah muka En Win macam taik sbb malas nak beraya....ooooo mula2 kawin cukup kau suka yer ikut dah masuk 3 tahun kau nak buat muka....jgn nak ngada ikut jugak. Ialah keluarga En Win kan tak ramai selalu nyer bila raya pertama dia berkumpul dgn pakcik makcik dia lepas tu settled. So selalu nyer raya kedua dia duduk rumah jer....tapi bila dia kawin ngan aku yg vogue ni bertukar lah life dia yg tak busy jgn jadi busy....siapa suruh kau kawin dgn keluarga adik beradik ramai rasakan.......

Dulu aku kalau nak cari boyfriend mesti tanya latar belakang dia....kampung kat mana? itu pertanyaan aku yang pertama....kalau dia jawab Kelantan ker, Trengganu ker confirmed aku reject...jgn salah faham aku bukan tak suka orang Kelantan or Trengganu..... aku cuba cuma malas nak balik kampung jauh2 bila raya nanti sbb aku nak raya rumah mak aku jer (giler selfish). Nasib baik En Win org KL selamat aku.

Eh! apa cerita raya ni lambat lagi lah.....nanti bila raya aku sambung lagi yer.

Tuesday, April 26, 2011

Hari bersuka ria bersama My Darling....

Lepas selesai jer Majlis Aqiqah.... aku terus balik rumah & pack barang2. Uolls ingat tak I ada tulis kat blog hari tu nak spend time ngan En Win berdua so we all decide pergi Concorde Hotel. Harus anak2 dihantar rumah neneknyer....kerana mak ngan bapak kau ni nak berdua-duan tanpa ada gangguan menjerit2 nak makan atau suruh basuh kan berak. 

Lepas hantar anak2 gi rumah nenek nyer sambil merasuahkan setiap sorang RM50.00 aku ngan En Win terus gi Concorde hotel utk merehatkan kepala yg stress & tension ni. Mula2 nyer we all ingat nak pergi PD Avillion tapi fully booked so duduk jer lah Hotel KL ni. Dah lama aku tunggu masa macam ni....both of us busy sangat lately ni.....so En Win suruh aku booked hotel utk aku ngan dia berehat.

Suka  nyer dia anak2 tak ada...... cuba korang tengok muka En Win....kesian kan muka letih sangat.

Lepas dah check in we all terus book utk gi SPA. Aroma terapi massage selama 2 jam. Superb...betul2 dapat rasakan relax sekejap kepala ni....En Win siap berdengkur lagi. Lantak lah u berdengkur ker...nak keluar air liur basi yg penting u relax.

Sebelum masuk  SPA...


SPA habis dalam pukul 6.00pm so we all relax2 dulu dalam bilik. Perut dan berkeroncong lapar ni tapi terpaksa tahan sbb dinner kat hotel ni start pukul 7.00 jer. Tepat jer pukul 7.00 we all terus turun for dinner....korang tahu lah kesukaan aku terus gi tempat Salmon... Lega uolls we all betul2 enjoy ourself kat hotel ni....dapat makan dgn aman...lepak, chit chat tentang banyak benda.....We all lepak kat restaurant samapai kul 10pm. Lepas tu naik balik....mandi2 terus gi tgk live band kat bawah. Happy sesanggat....menari sama2.....hug2...kiss2....macam bercinta uolls. We all lepak sampai pukul 2 pagi lepas tu sambung lagi menari dalam bilik ....heheheh giler2 dah lama tak slow dance uolls (sila muntah). Tapi kenapa nak malu dgn semua ni.... aku rasa sekali sekala kita kena buat benda yg lain....benda yang jarang kita buat kat rumah. Benda2 small thing macam ni lah yang boleh mengeratkan lagi hubungan kita suami isteri. BETUL TAK???

Cross Road at Concorde Hotel.
I suka uolls....dah lama tak lepak macam ni berdua-duaan. Dah dekat 2 bulan rasanyer.

Kesian anak mama kena tinggal....tak apa nanti bulan 6 kita gi cuti  yer.

Tun Dr Mahathir Mohamed

Dalam banyak2 Perdana Menteri yang paling aku sayang ialah Tun Mahatir Mohamed. Aku suka sangat dgn Tun..... segala apa yang dicadangkan confirmed akan membuah kan hasil. Dari dulu aku selalu pasang kan angan2 ingin berjumpa dgn Tun dan berborak. Tak tahu macam mana aku nak luah kan betapa aku suka sangat dgn Tun Mahathir. Kalau boleh aku nak dia semula menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga akhir hayat nyer. Aku penyokong kuat Tun Mahathir.

Pernah sekali aku terjumpa Tun Mahathir & Tun Hasmah tengah berjalan di KLCC. Waktu tu I terkejut beruk uolls....tapi tak berani nak dekat sebab waktu tu banyak bodyguard ikut Tun. So pandang jer lah uolls sambil telan air liur.

Aku masih ingat lagi pada 22 June 2002 (ini tarikh nikah aku) waktu tu aku tengah bersiap-siap di Armada Hotel (jgn jeles uolls I make up kat hotel tau.....kelassss mak nyah....) utk bersanding...tiba2 bila aku buka TV1 uolls tgk2 Tun tgh istihar kan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri di persidangan UMNO. I menanggis uolls....i pulak yg berkobar2 menjerit kat bilik Hotel tu suruh Tun tarik balik perletakan jawatan tu. Pak Adam I heran uolls....kenapa pengantin yg vogue ni begitu emotional sekali. I mmg sedih uolls waktu tu....nasib baik selepas 1/2 jam Tun menarik balik perletakan tersebut. Lega....uolls dan I kembali ceria dan sambung make up balik.

I tak lepas kan peluang uolls bila ada teater mengenai Tun Mahathir. Waktu tu i pergi tgk bersama-sama boss I.... Dato Rahmat & En Win. I teruja uolls banyak mengenai Tun I ketahui dlm teater ni.

Alhamdullilah....tak sangka pulak i mendapat kerja dgn org yang kenal rapat dgn Tun.....so peluang utk bertemu dgn tu amat lah tinggi......

So cute.... buku Tun ni dihadiahkan oleh anak boss I - En Hairi

Wah!!! pada 23 April 2011 impian sejak kecil lagi akhir nyer tercapai. Yes... i dapat bersemuka dgn Tun one by one. Thank you so much....En Hairi krn telah merealisasikan impian I. Seharian uolls I tersenyum....hidup i ceria uolls. Asyik2 tgk jer gambar dalam camera tu. Selang  sepuluh minit jer i tgk gambar tu. Sampai jer rumah dgn bangga nyer I menunjukan gambar tu kat En Win....jeles lah tu.

Ta daaaaaa...... Tun tulis nama I uollssssss......lidah ku kelu...otak ku tidak berfungsi dalam masa 15 saat. I terharu uolls..... I bangga uolls bernama kan Raja Elly Yusnita. Bertambah meletup lah hidung En Win krn jeles.

Majlis Aqiqah.....

Hari Sabtu lepas I busy uolls.... macam2 benda i kena buat. Early in the morning....i pergi rumah my boss utk Majlis Aqiqah. Uolls ingat tak Majlis yang sama hari tu I attend kat Kedah....now diorg buat kat KL pulak. Seperti biasa Majlis boss I ni meletup dan grand sangat. Tetamu VVIP dia Tun Mahathir & Tun Hasmah. Decoration dia superb.....mmg meletup cantik.

Cantik kan uolls tempat berendoi ni.... i dah mula perasan uolls rasa macam nak campak jer buaian tu lepas tu I akan duduk ditengah2 pelamin sambil menunggu En Win datang menyarungkan cincin...Hehehehe

Tun Siti.... yang sebelah baju kuning tu isteri Boss I Datin Yasmin Mashahor. Datin ni dengan Tun Mahathir pangkat anak sedara. Bapak Datin iaitu Mashahor ni adik beradik Tun Mahathir. Tapi Datin ni di jaga oleh atuk nyer iaitu bapak Tun. That way dia dgn Tun sangat rapat.

Tun with anak2 yatim.

Tiba2 I menjadi wanita muslimah uolls....harus bersopan uolls sbb majlis ni ada bacaan yassin.

Sue, Me & Hazel.

Friday, April 22, 2011

Jantan Macho....

Aku mmg tak boleh  tahan tgk jantan berlagak macho ni.... kalau hensem tak apa lah jugak. Ini muka busuk tapi perasan hensem. Kalau bercakap suara ala2 control macho.....senyum buat2 macam manis....lepas tu lirikan mata buat2 macam mengoda, Eeeeeee......aku tak boleh hidup ngan jantan macam ni Nyah. Tak boleh ker kau bersikap natural....kan senang. Ini nak kena berlakon depan perempuan padahal kau kat rumah busuk sebenarnyer....malas mandi & pengotor.

Lain lah badan kau dah semula jadi macho.....ada 6 pax pac boleh lah jugak bila aku pandang stim sikit. Ini kalau setakat suara kau nak control2 baik tak yah. Aku dulu pernah keluar dgn seorng mamat berlagak macho ni (sebelum kawin yer.....kang mati pulak laki aku hempok bila baca blog ni). Minum  kat coffee bean tak main kedai2 mamak ni.....lepas tu bila order minum sambil borak ngan aku mata asyik tenung jer muka aku....ala2 romantik lah konon. Lepas tu ayat tak boleh blah langsung.....u sooo beautiful sayang. Bibir u so cute....kecik jer. Eeee....rasa nak  muntah darah aku kat situ....kan senang kau cakap terus terang. Kote i dah tegang sayang....boleh tak I cium u. Nak berfalsafah bagai buat apa!. Satu lagi jantan macho ni...cuba kau cerita pasal masalah kau kat dia....dia punya muka macam itu pun masalah dia lah (berlakon tak ingat). Mati aku kalau dapat jantan macam ni.

May be sebab aku brutal kot....that way jantan2 macho ni tak boleh masuk ngan jiwa aku. Ialah jantan tu punya lah macho...jalan ala2 control...tapi aku jalan bersepah-sepah ckp sekuat-kuatnyer macam borak ngan 10 orang. Ada satu lagi mamat macho yang pernah keluar ngan aku (tadi ckp tak minat tapi byk kali pulak aku keluar ngan jantan mcm ni...penipu betul lah aku ni) punya lah dia nak jaga ke macho han dia keluar kan rokok pun ada style.... tengok2 bila hisap rokok terbalik.....hahahahah bodoh2. Hah! malu engkau....tu lah siapa suruh hisap rokok pun nak control macho.

Aku lebih senang keluar ngan jantan sempoi....senang sikit aku borak tak yah berlakon nak kepit2 suara. Tak pening kepala aku nak cari baju nak make up bagai bila keluar. HIDUP MESTI SEMPOI.....

Iklan jap.....

Semalam borak2 lah ngan En Win kat atas katil. Tapi seperti biasa 2 org monster aku ni...mana boleh tgk aku bersenang lenang sikit ngan En Win.... terus datang kat kitaorg. Dah berimpit-rimpit kat atas katil tu.

Danea : Mama...ustazah kata tak baik duduk berdua-duaan...berdosa
Aku: Boleh lah... mama kan dah kawin
Danea : Tak boleh lah (ini sah ustazah dia ajar separuh jalan)

Aku sengaja nak mengusik terus kiss lips laki aku (laki aku mmg menunggu jer....nyampah)

Danea: Mama....kan yaya dah ckp berdosa. (terus pergi bilik air ambik air sembahyang....sengaja doa kuat2. YaAllah ampuni lah dosa kedua ibubapa ku).

Hahahahahah........

Thursday, April 21, 2011

Letih & Stress.....

Dah 2 minggu aku rasa stress & terlalu letih. Aku penat buat kerja sama setiap hari. Pagi pergi kerja....petang kelam kabut kemas rumas, masak (kalau ada masa), basuh baju, lipat baju, hantar dobi, hantar anak tuisyen, tolong tgk anak buat kerja sekolah, hantar mengaji & mcm2 lagi..... aku LETIH & STRESS..... semalam aku lagi stress dgn jalan jem tak ingat....lepas tu bawak budak2 gi makan, tgk kan homework....pukul 12.30 pm baru semua benda settle. Dgn susah hati lagi Danea nak exam pertengahan tahun...dia relax jer. Esok pukul 6.00 pagi kena bangun balik & buat semua tu sekali lagi. Aku tak nak kacau En Win sbb dia pulak busy ngan kedai....dia pun melambak kerja nak handle. After dia ambik anak2 dari sekolah lepas makan dia akan keluar rumah dari kul 8 - 12.00 mlm.... yang membuatkan aku lagi stress masa aku ngan dia terlalu sedikit......tapi aku kenalah faham dan bersabar sbb ini semua utk masa depan kita sekeluarga.

Hari sabtu ni aku ngan En Win ingat nak berehat sekejap.....berdua sahaja....nak spent time together2. Nak book hotel yang cantik sikit..... just 2 of us (anak2 seperti biasa hantar rumah nenek dia) sbb hujung bulan 5 ni diorang punya turn pulak aku bawak bercuti. Nak gi SPA, nak gi romantik dinner, nak borak2....best2! Kau bayangkan betapa busy nyer kitaorg berdua sampaikan nak jumpa pun kena set kan time & day. Walaupun sehari aku rasa cukup kot..... utk aku ngan En Win..... just nak lepaskan rindu & nak bermanja-manja. No hanphone......yer Darling!!!.

Wednesday, April 20, 2011

Buang anak......18SX

Aku cukup menyampah betul kalau baca surat khabar.....kes buang2 anak ni. Bangang ker aper??? Romen tau....pancut luar tak tahu.

Selalu nyer kalau korang baca yang buang2 anak ni mesti student U....or budak2 muda. Korang2 ni belajar bukan main pandai...tapi part romen bodoh lah pulak. Tak boleh ker korang sebelum romen tu beli condom dulu....alasan tak sedap kalau pakai condom tak rasa kenikmatan nyer....kepala hotak korang. Habis tu kalau mengandung nikmat lah sangat. Lagi satu kalau korang tak nak anak tu waktu usia kandungan sebulan gi lah clinic buang (bukan ajar benda jahat yer).

Tapi dari sudut lain.....mungkin perempuan ni rasa bila dia mengandung lelaki ni akan bertanggung jawab...itu sbb agak nyer dia meneruskan kandungan tu.....may be waktu romen tu lelaki tu janji akan bertanggung jawab...mungkin perempuan tu nak pegang lelaki tu supaya tak akan tinggal kan dia. Tapi bagi aku alasan tu semua mengarut....tuhan bagi kita otak berfikir kalau lelaki tu betul2 sayangkan kan korang dia tak akan buat macam ni. Nafsu....yes! mmg x boleh kawal tapi tolonglah....jgn sampai mengandung. Jaga lah sikit maruah keluarga. Aku pun takut jugak sebab aku ada dua anak perempuan....tak blh nak ckp besar & kena sentiasa berhati-hati.

Tapi aku perasan kes2 macam ni selalu nyer terjadi di kampung or budak2 kampung yang baru datang KL. Sbb aku jarang dgr budak2 bandar buat perkara2 macam ni. Aku rasa mungkin cara pemikiran diorang lain kot. Aku bukan nak sokong orang bandar tapi betul tak apa yang aku cakap. Kalau ya pun korang nak teruskan kandungan tu.....jgn lah bunuh budak yg tak bersalah tu. Korang bagi lah kat mana2.....letak lah kat masjid ker, rumah kebajikan ker....ini yg buang kat tong sampah tu kenapa!!!Aku pun dulu jahat....tapi aku blh fikir mana baik mana buruk.....maruah keluarga kena jaga.

Yang penting budak2 muda kita kena bagi kesedaran..... Kerajaan kena bersikap terbuka....pelajaran ttg seks harus berikan....tapi kena bagitahu akibat nyer sekali ap bila kita mengadakan seks terlarang. Dah kawin esok romen lah korang sampai pengsan....

Monday, April 18, 2011

Kepuasan....

Sebelum uolls mengata baik I terangkan...I bukan nak menunjuk uolls…. cuma nak kongsi kegembiraan dan kepuasan .…setelah I penat bekerja uolls…I telah merewardkan diri I ini dgn membeli barang yang I idam-idamkan selama ini….iaitu sunglasses “Chanel” & wallet “LV”.

Sunglasses ni I dah lama idam2 kan ada lah dekat setahun….. Asyik belek2 jer magazine tgk sunglasses yang Angelina pakai…..bila gi butik Chanel tgk dr luar jer uolls. So I pun berusaha kumpul duit uolls…..sanggup tak beli baju kerja semata-mata nak simpan duit beli sunglasses itu….. I perasan uolls kalau pakai sunglasses tu muka I akan bertukar menjadi Anjelina. I mmg budget nak beli sunglasses tu on my birthday….konon2 bagi present kat diri sendiri lah. Tapi terbabas uolls I cuma dapat beli 2 minggu selepas my birthday….lantak lah yg penting dapat. Bila duit dah cukup I terus gi KLCC uolls ngan my friend Zura….dgn penuh bangga masuk ke Butik Chanel dan menuju ketempat sunglasses….waktu tu hati I berbunga-bunga bila mencuba sunglasses yg I minat tu …..terus I muncungkan bibir I seperti Angelina uolls. Jom uolls I tunjuk kan sunglasses I beli tu…..




Mesti korang heran knp I ada dua sunglasses Chanel……kejutan uolls….yang sebelah kanan tu I dapat hadiah dari anak boss I …. Puan Wawa. Kalau korang friend kat Facebook I….waktu nak dekat birthday I uolls……I ada tulis kat status nak hadiah sunglasses Chanel on my birthday….tak sangka dia baca dan penuhi impian I…..cuma hadiah tu I dapat setelah I membeli Chanel yg I idam2kan itu. Thank you so much Wawa……



Satu lagi brg yg I idam2kan……wallet LV. Wallet ni I beli waktu dapat duit kutu bulan lepas…..I sanggup main kutu uolls demi memenuhi impian I. Wallet ni beli kat Paris kirim kat kakak ipar Hazel sbb waktu tu dia ada kat Paris gi Honeymoon…..kalau beli kat sana mmg berbaloi sbb harga dia murah beza harga kat KL dekat RM800 I untung uolls.
 
Alhamdullillah uolls….apa yg I hajati dapat dimiliki….cukup kot utk tahun ni…..sbb hujung tahun ni nak renovate rumah pulak….so duit banyak nak guna. I dgn En Win akan bekerja lebih kuat lagi utk mendapat kan design rumah yg we olls inginkan.

Zaman Sekolah

Tiba2 teringat zaman sekolah. Waktu aku form 3 aku dah start jahat. Korang ingat tak dulu2 dekat Semua House ada "Roller Skates" tak silap aku tingkat U5 yang sekarang dah jadi tempat jual barang pengantin. Aku belajar gi tempat2 macam ni pasal Kak Ngah aku selalu bawak...korang tahu lah kan dia nak keluar ngan boyfriend.... bapak aku tak bagi so dia terpaksa angkut aku konon2 nak gi birthday party...so dia seronok2 berpeluk ngan boyfriend dia..... aku duduk sorang2 macam budak bodoh. Hahaha....bila aku dah tahu tempat tu aku eksyen lah ngan kawan2 sekolah aku....semua respect lah ngan aku sbb pernah gi tempat glamor macam tu. Padahal baru gi sekali tapi aku cerita macam dah pergi tempat tu 10 kali.

Minggu depan nyer pulak aku hangkut lah geng2 pergi sana. Tapi tempat tu tak best sangat sbb banyak mat hippies..... so we all lepak sekejap jer. Siapa nak kawan ngan mat hippies...busuk dowh. Form 4 aku semakin nakal... waktu tu "Honeymoon Year" sbb tak ada exam yang nak kena redah. Every saturday aku akan gi T-Dance dari pukul 3pm - 7pm. Still remember bayaran nak masuk t-dance ni RM7.00. Korang tahu lah zaman tu RM7.00 dah kira besar. So....sanggup tak makan ni gi sekolah sbb nak simpan duit. Balik rumah kebuluran cari nasik. Geng2 waktu tu Liza, Ita, Myra, Nini dan ramai lagi lah. Waktu tu famous group Feminim....so dress up pun ala2 feminim pakai boot "Dr Cardin" ke "Dr Martin" aku dah tak hinggat. Bapak aku sampai tak terkata.....mereng ker apa ana aku ni..... sbb aku boleh pakai kasut boot ngan baju kurung. Giler stylo.

Aku mmg nakal.....kalau tak ada duit nak masuk T-dance mula lah aku tackle lelaki yang kaya sikit utk aku lepas masuk....bila dah masuk aku blh couple pulak ngan jantan lain....berani gilerkan aku waktu tu. Bab baju aku tak ada masalah....sbb time tu kakak aku dah kerja....so boleh belasah baju diorang. Besar pun besarlah asal kan bergaya.

Cuba korang bayangkan kan aku akan keluar setiap hari Sabtu....ini bermakna setiap hari Sabtu macam2 alasan aku kena bagi kat mak aku....antaranyer
1. Nak keluar beli buku
2. Birthday kawan
3. Study Group
4. Rombongan bersihkan rumah anak yatim
5. Kelas tambahan.
aku akan keluar rumah pakai t-shirt and seluar jeans. Tapi bila sampai rumah kawan tukar baju. Giler kan....Tapi jahat aku setakat menari jer lah....tak lebih dari itu. Seronok giler zaman tu....tak payah fikir masalah....masalah aku cuma nak cari duit & cari alasan menipu sbb nak keluar. Actually duit pun tak menjadi masalah sbb kitaorang kan ramai kawan so siapa ada duit lebih share sama2.

Waktu tu aku ada group..... so bila nak keluar setiap hari Sabtu kitaorang ada pakaian khas (poyo giler). Minggu ni pakai jeans koyak so semua kena pakai jeans koyak, minggu depan pakai rantai yang ada nama...contoh macam aku pakai huruf "E" besar giler locket rantai tu tempah kat Central Market, minggu lain pulak pakai seluar jeans yang gunting sendiri sampai kat atas lutut.... kalau ingatkan balik fun tu. Menari pun macam tu jugak lepas balik sekolah lepak rumah kawan practise menari.....so bila gi t-dance step semua sama...cool kan!!Sanggup uolls practise...macam nak mampos hafal step. Kitaorg bukan apa nak glamer so kalau menari sama nampak gempak lah (bodoh2). Rambut jgn cakap lah macam2 style buat....sebelah jer panjang lagi sebelah pendek, satu lagi style belakang pendek depan panjang. Selalunyer kitaorg combined ngan group lelaki bila kat t-dance.....mmg fun menari sama2. Tak pernah pun terfikir nak buat benda2 tak senonoh waktu tu......bukan mcm budak2 sekarang kepala otak ingat nak romen jer. Ada satu masa tu ada fesyen jeans bootcut....alah yang seluar jeans atas kecik bawah besar tu. Hampek kau punya lah nak bootcut sampai tak nak nampak kasut lah bila berjalan....habis jalan raya aku bersih kan sbb seluar tu terlampau besar dan labuh. Tapi sayang zaman dulu mana lah ada camera nak snap2 gambar ni (bukan macam budak sekarang kehulu kehilir bawak camera) ada pun bapak punya tak berani nak mintak. Balik2 ambik gambar orang kawin.

Tapi aku jahat setakat form 5 jer. SPM tu....giler nak main2. Mati aku kalau tak pas...malu dowh. Tapi lepas habis SPM aku jahat lain pulak....we all cuba disco pulak....tu nanti aku cerita.

Friday, April 15, 2011

Bangang...

Malam tadi....En Win seperti biasa tak ada kat rumah so aku pun bawak anak2 gi makan kedai sebab malas masak. Sampai jer kedai terus duduk kat meja dekat dgn TV. Tak perasan pulak sebelah meja aku ada lelaki janggut panjang sampai ke dada.....dengan bini dia pakai tudung labuh sampai kat lutut. Lantak korang lah nak pakai apa kan ada aku kesah.

Biasa lah uolls aku kalau gi kedai makan pakai short and t-shirt jer.... nak pulak kalau bawak dua monster aku tu selesa sikit pakai macam ni......kalau aku pakai baju kurung mau tersunggkur pulak kang depan kedai tu...aku mana lah tahu jalan sopan santun.

Bila aku dah order makan..... aku perasan dia laki bini jeling2 kat aku.....mulut terconggek2 mengumpat. Hati aku dah panas....tapi aku masih boleh sabar lagi. Lepas tu bini dia ambik suratkhabar and sengaja baca kuat2 "mana lah budak2 sekarang tak kena rogol..... tengok jer lah pakaian yg diorang pakai mmg macam disuruh diri tu dirogol". Lelaki dia konon2 ala2 sedih terus geleng2 kan kepala. Terus suami balas balik kenyataan isteri dia "Kita kalau dah jadi isteri kena tahu batas2 berpakaian dan jaga maruah suami bila diluar. Pantat lah.....salah ker aku gi makan tanpa suami....kalau nak tunggu En Win mau mati kebuluran pulak aku anak beranak. Jaga maruah suami........Eh! bodoh aku makan jer lah itu pun dgn anak2 bukan nyer aku bawak jantan lain. Sebenarnyer kau jeleskan sbb isteri kau tak seksi macam aku.

Dalam hati aku diorg ni mmg cari pasal.......selesai jer aku makan....aku cepat2 bayar... bila aku bangun aku sengaja cakap kuat2 ngan anak aku. " Esok kalau dah besar kalau nak jadi isteri mithali make sure masak utk suami....tak baik bagi suami makan lauk kat kedai"." Kalau nak tutup aurat nanti....jangan lupa mulut pun kena tutup sekali". Lepas tu aku terus blah...... diaorang pandang jer muka aku. Peduli apa aku yg penting I puas uolls.....

Anak aku pun terpinga-pinga waktu aku cakap tu....mesti dia ingat aku giler cakap sorang2.

Thursday, April 14, 2011

Aktiviti Kelab Sukan Kumpulan Yasmin


Tak tahu nak update apa hari ni.... i bagi uolls tgk gambar aktiviti kelab kat office I (korang tgk lah sampai muntah yer). Sorry uolls.... I silap sebenarnyer i pasukan hijau bukan kuning.....patut lah I kalah uolls sbb diorg tak bagi pasukan rumah mengikut aura I.

Pertandingan Dart




Walaupun dapat tempat ketiga we all tetap gembira.

Pertandingan Carom

Partner with Jasmani

Kalah tengok jer lah orang lain main.....

Betapa control Cun nyer waktu i main uolls.....


Pertandingan Ping Pong

Tepuk tangan jer lah uolls....takpe kita ttp sokong walaupun ntah apa2 korang main.

Bertungkus lumus aku main....partner with Jas again. Aku kalah sbb Jas...ttp salah kan orang
Aku dapat tempat kedua.

Majlis Buka Puasa


Keluarga Yasmin Group



Majlis Hari Raya



Semua hijau....

Me, Liza & Yan

I nyanyi uolls....lagu Raya. Suara sedap uolls...terus dapat offer artis rakaman



Dato' Rahmat Birthday


Theme "Bollywood"



So romantik.....






Birthday Chairman....Mohamad Nuhairi


Theme "Black & White"



Futsal




Nahiz's Birthday (anak Dato')




Waktu ni makan kat Restoran Arab.....

Congrats to.....all the AJK this year aktiviti superb!!!