Nuffnang Advertisement

Friday, February 25, 2011

My Birthday.....

Happy Birthday to me…..Happy Birthday to me……..Happy Birthday to me…Happy Happy Bithday….. tooooo meeeee….. It’s my birthday today. Seronok nyer…. Aku dah 34 tahun ( masih muda remaja lagi). Wah! Dah macam2 impian aku tercapai. Aku dah ada kerja yg sempurna, mempunyai keluarga yg sangat  bahagia, mempunyai kereta yg diidam-idam kan (bukan berlagak cuma bangga dgn diri sendiri), impian untuk bercuti keluar negera terlaksana, Aku dah mempunyai 2 cawangang butik Danea Dani…Alhamdulillah3. Tapi banyak lagi perkara aku harus lakukan banyak lagi impian yg harus kucapai. Yang paling penting aku sentiasa berdoa agar memberi aku kesihatan yang sentiasa sihat……

Korang mesti nak tahu kan apa yang aku buat on My Birthday….. hehehehe. Seperti biasa malam 22 Februari tepat pukul 12.00 mlm seperti sebelumnyer En Win & dua monster aku akan wish happy birthday kat aku. Aku kan Drama Queen so pukul 11.30 malam aku pura2 mengantuk….and terus masuk tidur (ngadakan….lempang sikit). Bila tepat jer 12.00 malam telefon aku berbunyi…..oh FIL & MIL called and wish Happy Birthday kat aku. Thank you2. Mana En Win & anak2 aku ni dah pukul 12.05 minit ni….aku dah nak start mengamuk ni…mesti diorg lupa. Dgn hati yg panas aku pun keluar bilik (padan muka tadi bukan main kau pura2 mengantuk). Korang tau tak apa yg terjadi….. Rupa2 nyer laki aku tengah berusaha memasang lilin kat atas birthday cake aku…berpeluh-peluh sbb nak pasang 34 batang lilin keliling cake…itu yg terlambat tu. So sweeeeeetttttt. “Bila diorg nampak jer aku terus jerit “Happy Birthday Mama…We luv u”. So kami pun seperti pelakon drama bersiri berpelukan & bercium each other. Dgn laki aku lebih lah sikit cium nyer. I’m so happy…….

Esoknyer….sampai jer office kawan2 aku dah menjerit2 nyanyi kan lagu happy birthday utk aku (wah! Perasaan aku seperti di awang-awangan seperti seorg artis yg dipuja oleh peminat2 nyer). Kat office aku ni pelik sikit sbb siapa yg punya Birthday… dia yg kena belanja. So aku pun bawak lah diorg gi makan  Asam Pedas Muar kat Mon’t Kiara (itukan favourite food aku…harus lah korang ikut tekak aku) jgn harap nak makan hotel….kau ingat aku kaya…tak ada nyer.

Petang dalam pukul 4pm kawan aku call suruh turun bawah ada hal katanyer…..ishhh malu nyer nak cakap….rupanyer ada surprise party for me…..my cake so cuteeeee…….gambar tetek aku….korang nak tgk tak….jom. Thank you Liza, Reahan, Jas, Mory, Lin, Kak Mutimah, Hazel & Enny sbb buat surprise party utk aku. Alhamdullilah……aku dikeliingi org yg sayang kat aku.


Korang ada cake macam.....tak ada kan. Size agak sama cuma aku punya lebih meletup lagi.

Seksi tak.....ready tooo tiup cake tetek sendiri

Ini lah perempuan2 yg bertanggung jawab mengorder cake yg meletup ni....

Sampai jer rumah aku kena bersiap utk dinner mlm ni….masuk jer bilik wah! Ada present atas katil from En Win….korang nak tahu tak apa dia……(diulangi bukan eksyen yer cuma nak kongsi kegembiraan).


Jgn jeles....isi dlm nyer x yah korang tgk...biarlah rahsia


Malam…..
En Win bawa aku gi dinner pulak…..we all pergi Restoran Menara Kuala Lumpur….superb & so romantik. En Win pilih tempat berdekatan dgn tempat org bermain piano so blh request lagu2 yg aku suka. Food….so nice. Thank you…..darling. I Luv u so much…..


Excited.....depan Restaurant Menara KL.

I Luv U.....Darling!!!

My two monsters

Kiss from Ameera

Kiss from Danea....

Kiss from my Darling.....apa pasal muka u mcm tak suka jer.....cuba dlm bilik habis tak bernafas aku kau cium

Esok nyer (24th Februari)
Betul tak aku cakap tadi…..aku ni mmg artis (sila muntah). Petang nanti  boss (boss lain department)  pulak ajak gi Karaoke to celebrate my birthday. Thank Dato’.

Saturday (26th Februari)
Dinner with my FIL & MIL….oh lupa ngan adik ipar aku yg mereng tu jugak. Actually birthday dia on 19th February hari tu….nanti aku story kat blog pasal celebration budak mereng ni.

After that aku ada party kat Zeta Bar (Hilton Kuala Lumpur)…Meh lah datang kita enjoy ramai2. Party ni aku arrange sbb nak lepak ngan kawan2 clubbing pulak….kalau tak buat bising pulak member2 nanti…

Sunday (27th February)
Wah! Aku ni mmg giler kan….macam pemaisuri pulak sambut birthday 7 hari 7 malam (Siti Nurhaliza pun kalah)…Hujung minggu ni mak aku suruh datang rumah dia ada buat makan2 sikit utk aku….cuma adik beradik & anak buah ajer yg dijemput.


Bila sambutan macam ni barulah aku perasan yg aku mempunyai Family & kawan2 yg sangat menyayangi aku….aku sungguh terharu lalu menitis kan air mata (hahahah drama queen betul).  Tak dapat nak diucapkan dgn kata2.….thank you so much….. & I luv all of u.

Wednesday, February 23, 2011

Kalau nak mencarut, mencarut betul-betul

Kenapa filem-filem P. Ramlee masih kekal dalam ingatan semua orang? Sebab bukan saje cerita die best, tapi dialog pun macam haram. Kalau dibuat balik zaman sekarang, mau kene banned. Antara dialog paling aku ingat adelah :


"Khadam tua, khadam betina, khadam bodoh nak mampus, sekarang dengar sini.." - Tiga Abdul


"Bile aku suruh eksyen, kau kena cakap. Bodoh. Kecik-kecik taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang." - Seniman Bujang Lapok


"Ini bukan rumah haram. Ini ANAK HARAM!" - Laksamana Do Re Mi


 "Yang ini tukang pegi pasar, yang ini tukang kebun. Yang tua ini pulak pencacai tua pengangkat najis." - Tiga Abdul 


"Pahhh... Butang baju aku mane daa?"
"Eh, baju kot kan ade butang?"
"Butang baju melayu daa... Dah tua pun bodohh.." - Madu Tiga


"Aku mintak apilah, bodohh..." - Do Re Mi


"Mambang kepala otak kau berjambul!" - Pendekar Bujang Lapok


"Unta padang pasir pun takda malas macam ente." - Ahmad Albab


"Eleh, muka macam di sana tu, sekali di sini ketik, sepuluh yang datang tau..."
"Kalau sepuluh tua-tua berjanggut nak mampus buat apa tau.." - Tiga Abdul


"Dah sampai, bahlol." - Kene maki dengan teropong ajaib, Laksamana Do Re Mi

"Bodoh! Setan!" - Labu Labi 

"Alamak oi, kedi.." - Ali Baba Bujang Lapok


"Saya selalu doakan encik panjang umur, tapi kalau encik nak mati, alhamdulillahhh..." - Labu Labi


"Aku suruh kau cari orang yang gagah."
"Inilah dia orang yang gagah tuan. Sekali makan, habis 5 pinggan."
"Itu bukan gagah, itu gelojoh, bodohhh.."
- Seniman Bujang Lapok


"Lawa dia ada macam bapak kau masa muda-muda dulu tak?"
"Mak ni bodohla. Masa bapak muda-muda dulu Puspa mana ada lagi!" 
- Musang Berjanggut


"Kau ingat kau cantik ya? Pegi dahh... Pompuan jual nasik lemak lagi cantik kau tau?"
"Apa kau pikir kau banyak lawa? Keling botol lagi lawa."
"Shadap you!"
- Masam-masam Manis


 Dan yang paling best :

"Ini bukan nasik, ini NENEK KAU!" - Laksamana Do Re Mi


Aku tak tau kenapa, tapi setiap kali diorang mencarut, memang nampak macam datang dari hati setepek kene kat muke. Tu yang best tu.

Tuesday, February 22, 2011

New Look....

Hi uolls..... rindu tak kat I (knp lah aku perasan mcm artis ni). 23rd February ni birthday i tau. Jgn lupa wish kat i tau. Entah tak tahu kenapa tahun ni aku rasa aku perlukan perubahan kat diri aku... nak nampak kelainan sikit jadi tak ada lah suami aku boring nanti (maklumlah dah meningkat usia...kang dia pandang budak2 remaja jeles pulak aku)....so aku ingat pun nak jadi remaja balik lah.

Dah 3 tahun aku rambut pendek. Actually aku mmg suka rambut pendek senang sikit nak bergerak. Kalau rambut panjang nak kena basuh dah dekat 1 jam belum lagi blow....so aku malas. So aku decide tahun ni nak tukar style rambut yg meletup (meletup ker???). Semalam petang aku gi Saloon " i nak rambut i jadi panjang macam artis ala2 Kris Dayanti & Fazura (buang tebiat agak nyer aku ni.) "siapa tu Kris Dayanti....budak cina tu tanya balik".(bodoh betul lah aku  ni mana lah cina busuk ni kenal artis melayu)."oooo u tak kenal ka? tak apa u buat rambut i sampai i jadi cantik...boleh kan". Setelah berbincang demi perbincang dilakukan...aku telah bersetuju membuat rambut ku seperti yg dicadangkan cina ni. Korang nak tengok tak......malu nyer


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

sabarmyer 1, 2, 3



Ta daaaa....cantik tak. Yang penting En Win suka bangat. Aku pun suka dgn rambut ni. Tapi susah sikit nak jaga rambut ni tapi tak kisah asal meletup (sila muntah darah sebab aku tgh perasan lawa ni).

En Win: Kalau ON malam ni i nak tarik2 rambut u...
Aku: Wahh!!!! I like it

Saturday, February 19, 2011

Pengalaman Bersalin....

Kalau perempuan yg dah berkawin aku confirmed diorg ada pengalaman bersalin yang sangat manis. Ini lah pengalaman yg aku rasa tak boleh di lupakan....jom aku cerita pengalaman bersalin aku kat korang. Of course bila first time korang tahu korang mengandung mesti gembira nyer tak terhingga (wah! projek aku setiap malam akhirnyer menjadi). Bila doktor sah kan aku mengandung tak ada pulak laki aku cium dahi or peluk aku depan doktor ala2 dlm filem tu... yg dia sibuk kan tak sabar nak balik & ceritakan kat mak dia (nak eksyen lah tu....makna nyer dia x mandul). Aku mengandung setelah tiga bulan selepas kawin (maknayer aku x pernah projek yer sebelum kawin....hahaha anak sah tau). Morning sickness aku memang teruk pagi2 macam nak terkeluar anak tekak aku muntah tak henti2....aku jadi malas asyik nak membuta jer...MC jgn ckp lah (korang tahulah mulut org melayu "org lain mengandung jugak tak lah macam si Elly ni" (lempang kang baru tau. Aku betul2 tak larat lah bodoh. Mengidam...tak ada pulak.

Cut it short.... doktor kata aku lagi 2 minggu nak bersalin. So doktor kata makesure nak dekat2 bersalin ni anak aku kena aktif (ala2 baby kena selalu tendang2 perut aku). Aku dah 38 weeks pagi tu aku rasa anak aku dalam perut tak aktif langsung... dia tak tendang aku macam selalu...hari ni dia cuma tendang sekali jer itupun setelah aku pujuk & ckp ngan dia. Korang tahu bila aku cakap ngan laki aku pasal benda ni dia jadi kelam kabut macam taik....terus bawa aku jumpa doktor. Nasib aku mmg baik....setelah doktor check jantung baby aku lemah....terus masuk dlm labour room....aku kena induse (betul ker spelling ni...biarlah). Tak pulak aku rasa apa2...x sakit pun. Doktor datang lagi check aku...kali ni aku nampak dia bawa gunting panjang...mengigil kepala lutut aku. bedebusssss....aku rasa macam air keluar. Rupa nyer dia pecah kan air ketuban aku. Hambikkkk kau lepas 1/2 jam sakit nyer tuhan saja yang tahu....

Aku siap boleh bergaduh nya laki aku dlm labour room tu....sebab dua2 panic. "Sabar yer Yang...I tahu u sakit". Aku menjawab dgn perasan yg marah " Tipu.. I yg sakit..u mana tahu. Meleleh air mata aku tahan sakit..."Darling i tak nak mengandung lagi...sakitttttt". Setelah aku menahan sakit dari pukul 8am pagi akhirnyer aku berjaya melahirkan anak pertama aku Danea Irfan pada pukul 2.45ptg... Hari Jumaat (cuba korang kira berapa jam aku tahan sakit). Itu pun setelah doktor takut kan aku nak vacuum anak aku kalau aku tak nak push baby keluar. Kali ni laki aku mmg macam pelakon dlm TV....anak aku keluar jer dia terus kiss aku dan menangis "Thank you sayang".(Wah! macam Remy IShak pulak...)

Ok itu cerita anak pertama. Bila mengandung anak kedua...aku dah ada pengalaman dari anak pertama so tak adalah panic sangat bila melahirkan nanti. Pagi tu aku dah rasa sakit2 kat pinggang tapi aku diam kan ajer sbb tak nak laki aku panic. Petang tu sakit dia bertambah tapi aku ttp diam kan diri. Korang tahu tak kenapa aku tak nak pergi hospital awal2....aku takut dia seluk pepek aku sbb nak tahu dah bukak brp CM. Sakit siot...bila dia seluk. Laki aku kan tak tahu aku sakit so dia sudah bawak aku gi Giant...beli barang2 dapur. Tgh jalan2 aku rasa macam benda nak terkeluar dari pepek aku... apa lagi aku terus duduk atas lantai...hahahaha semua org kat Giant tu kerumum aku. Aku ckp ngan laki aku rasa macam nak berak...cepat2 laki aku bawak aku gi toilet...masuk jer toilet tengok2 darah dah penuh panties aku. Apa lagi kita org zassss...terus gi Hospital. Sampai jer hospital doktor kata kemungkinan besar aku akan bersalin esok. So aku mintak kebenaran dari doktor untuk balik rumah dulu nak kemas brg. Sampai rumah aku mandi dulu...make up (aku kena lah bersalin in style). Tak ada lah pucat macam hantu. Kita orang pergi makan Fatty Crab lagi. So aku decide nak gi hospital esok pagi jer. Ambik kau pukul 3 pagi aku dah tendang2 dinding sbb pinggang & perut aku sakit sangat. Bila pergi jer hospital rupanyer dah bukak 7cm terus kena tolak dlm labour room pukul 6 pagi aku dah bersalin anak kedua aku Ameera Dani. Korang tahu tak laki aku kat mana waktu aku tengah berhempas pulas nak beranak. Dia boleh tertidur dlm kereta sebab kepenatan. ohhh...anak pertama bukan main kau tunggu yer. Anak kedua kau boleh tidur...anak ketiga nanti tak datang langsung kot aku yg drive sendiri gi hospital."Sorry Yang...doktor suruh i tunggu kat luar so i decide lepak dulu dlm kereta sbb i tahu mesti lama...tak sangka pulak boleh tertidur (aku rasa macam nak lempang jer)". Bila gaduh sampai skrg aku ungkit...pasal tak tunggu aku bersalin...tapi dia tak rasa bersalah pun..di blh ckp"yg pengting u dah selamat kan"...

Anak ketiga...... jgn harap sbb aku rasa aku nak besar kan dua monster kesayangan aku ni dulu. Biar diorg boleh manja lama2 sikit ngan aku & hubby dulu baru boleh fikirkan anak ketiga. Sekrg korang tahu lah expenses bukan nyer murah. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti baru aku akan fikirkan anak ketiga.

Thursday, February 17, 2011

Bandung....

Penat tapi enjoy bangat....sepatut nyer we all pergi 4 hari 3 malam tapi di sebabkan ada masalah yg tak dapat dielakkan kitaorang cuma dapat pergi 3 hari 2 malam (jadilah....dari tak pergi). Kitaorg bertolak hari Khamis flight pukul 9.40am. Korang tahulah kan kalau org tua ikut risau dia mengalahkan nak pergi London.
"Kau ambik Mak pukul 5.30am kang tak sempat naik Kapal Terbang". "Eeeee.....apa lah awal sangat. Ellis (ni nama panggilan aku kat rumah) ambik mak pukul 6.30am jer". Tetap jugak call pukul 5 pagi takut aku tak bangun. Layan je lah....diorg tengah berkobar2 tu....Aku sampai rumah Mak aku 6.30am diaorg dah tunggu depan gate......"Cepat sikit tak ada Kapal Terbang nak tunggu kau jer". Hahaha.....lawak2

Muka happy giler sbb sempat naik Kapal Terbang.....

Kitaorang selamat sampai pukul 10.40am waktu Indonesia ( diorg lambat satu jam dari waktu Malaysia). Dah settle semua urusan kat Airport dalam pukul 11.30am. Perut nak berbunyi.....apa lagi makan lah


Nama Restoran ni Raja Sunda....makanan dia mmg superb. Sedap bangat....Harga makanan kat sini pun tak adalah mahal sangat. Maklum lah kita kan jutawan kat sana.....

Lepas makan sepatut nyer kitaorg check in hotel tapi disebabkan sikap aku yg tak menyempat nak shopping...terus zassss ke Pasar Baru....Yahoooo shopping kain utk buat Baju Raya (giler semangat kan puasa selalunyer tak pernah cukup....lagi mau fikir pasal baju raya). Macam perempuan meroyan aku kat kedai kain tu.....kelemahan aku mmg tak boleh tengok kain semua nyer cantik. Setelah dihitung adalah dekat 15 helai aku beli (ni mmg nak raya sakan). Yang paling bapak aku x faham aku boleh beli kain France Lace (yg ala2 pengantin tu...). Aku pun tak tahu kenapa aku beli....bila pulak aku nak pakai. Lantak lah janji meletup Raya nanti. Aku beli dua helai France Lace tu....siap gi tempah sekali (sbb kat Indonesia diorg boleh jahit dlm masa 1 hari). " Saya nak u buat kain ni design dia macam baju pengantin Cinta Bunga Lestari" (giler perasan aku kan).

Ini salah satu kedai kat Pasar Baru....(meroyan tak korang tengok!!)

Lepas Pasar Baru....still tak check in hotel lagi. Sambung laks gi Rumah Mode (Factory Outlets). Heaven..... shopping lagi. Kat sini kebanyakan diorg jual branded item....apa lagi serangggggg..... Aku banyak beli T-Shirt & Jeans Guess, Armani, Zara. Baju utk anak2 aku jgn cakap lah sorang 6 helai jeans aku beli....murah giler beb!!. Kalau nak banding kan ngan harga KL.

Muka happy sbb dapat shopping..... sebenarnyer kitaorg letih bangat. Cuba korang bayangkan dari pukul 1pm sampai pukul 10pm malam baru balik hotel. Check in jer hotel terus panggil orang datang bilik massage kaki (wah!! seronok nyer hidup macam ni. Bukan selalu kan. Siap lulur badan lagi).

Ini gambar hari kedua.... sambung lagi nak shopping kat Pasar Baru. Baru teringat nak belikan mak mertua, adik ipar, kawan kirim lagi. So sambung lagi beli kain. Lepas gi Pasar Baru we all pergi kat Dago pulak ni pun Factory Outlets jugak....aku borong baju utk dinner pulak (manalah tahu kalau ada function2 mengejut tak yah kelam kabut cari baju nanti) .
So....seperti semalam setelah penat berjalan Massage lagi. Aku siap buat cream bath, padicure & manicure, foot massage (enjoy2.....)

Ini gambar hari ketiga..... sebelum balik kitaorg sambung lagi shopping kat Rumah Mode......flight pukul 3 petang jer. Mmg seronok sbb kat Bandung ni kitaorg asyik makan, massage, shopping.... tapi yg paling penting my parent happy .Lepas shopping we all balik hotel berkemas utk gi airport (ambik kau....utk aku sorang jer dah 3 bag ). Confirm aku kena tax nanti sbb over weight. Setelah dia timbang berat beg aku hambir 38 kg....nasib baik tak kena tax sbb tumpang kat mak & adik aku. Thanks Darling!! sbb bagi i duit shopping...i beli banyak baju untuk u jugak tau....

Hahahah....kepenatan yer....waktu pergi tak ada pulak kau tertidur. Balik pengsan nampak......By d way walaupun kitaorg terkejar-kejar shopping sbb masa tak cukup tapi kitaorg happy. Next trip nak gi Phuket pulak.

Monday, February 14, 2011

Happy Valentine's Day....

Happy Valentine's Day......orang melayu cakap hari berkasih sayang. Biar lah apa orang nak kata :- "Sambut hari valentine's ni tak baik macam org kristian", "kenapa nak kena ada hari kasih sayang pulak. Tiap2 hari bukan ker kita mesti ada kasih sayang?". But bagi aku......hari2 mcm ni mmg perlu ada. Mmg lah tiap2 hari kita berkasih sayang tapi kita kena make it satu hari untuk kita berkumpulam and show our love. Macam hari ibu dan hari bapa jugak kan!!. Selalu nyer Hari Valentine's Day...my hubby akan bagi Choclate & Flower. Malam we all akan dinner satu keluarga (special dinner).

For my hubby :- Happy Valentine's Day Sayang.....I love u so muccchhhh....... I harap kasih sayang kita akan sentiasa kekal hinggal ke akhir hayat. Thank you sebab sygkan I & give me kekuatan utk move forward.

Untuk anak2 mama : - Anak2 adalah nyawa mama & tiada apa yg berharga selain kamu semua. Mama luv u so much. 

US

Wednesday, February 9, 2011

Dengki plus busuk hati.....

Laki aku ni kan mmg dengki plusssss....busuk hati tau. Aku selalu gi gym setiap hari Isnin & Jumaat (giler nak gi tiap2 hari kat jelita sangat pulak kang) ....so selalu kalau aku balik Gym aku jarang makan malam. Giler korang buat penat jelah aku melompat, berlari sampai bergegar gym tu, penat aku bengkok kan badan aku ni kekiri ke kanan korang lagi nak suruh aku makan.

Tapi disebabkan laki aku ni mempunyai hati yg sungguh busuk..... bila aku sampai rumah je mesti ada makanan yg best giler atas meja (dia tahu bini dia ni mmg x tahan godaan). Kadang2 tu diletak Ayam Mas seekor, Nasi Minyak (yg famous kat Kampung Baru tu), lebih setan lagi dia akan beli Asam Pedas Ikan Pari. Korang rasa macam nak lempang tak kat laki macam ni...

Ayat dia yang selalu di gunakan
" Makan je lah Ma....kalau u gemuk pun i still sayanng kat u "
" Meh lah kita sama2 gemuk "

Itu belum lagi dia kejutkan aku kul 12 malam ajak gi Kampung Baru teman kan dia makan "Ma jom gi Kampung Baru teman kan I makan....i lapar lah". "U sanggup ker tengok suami u ni mati kelaparan...buat nyer esok i accident...... mati i kempunan x makan". Seperti biasa aku akan terjebak makan sekali sbb laki aku yg hati penuh hasad dengki ni akan suap kan makan kat mulut aku....eeeeee...tension nyer.


Buat nyer aku gemuk macam ni....u sanggup ker Darling. Kang mati pulak kena hempap ngan aku bila romen nanti. Aku tak tak sanggup jadi genukkkkksssssss......tolonggggggg

Tuesday, February 8, 2011

Tak faham betul lah......

Aku cukup tak faham betul lah perempuan yang ada laki ni still nak main kayu tiga lagi.....kalau lelaki yg main kayu tiga ni aku still boleh terima lagi....tapi ni perempuan. Tak cium syurga lah kau....mati esok tak diterima tanah baru tahu.

Aku bukan nak cakap besar (simpang malaikat 44 supaya benda2 macam ni tak terjadi kat aku) kenapa lah kau kena cari jantan lain....laki kau tu tak puaskan kau ker? ingat lah kat anak2 tu sikit. Kau tu perempuan esok bawah tu dah busuk baru tahu. YaAllah jauhkan benda2 maksiat ni kat aku & anak2 aku.

Dunia dah moden ....sekarang perempuan pulak yg mencari jantan....cari yang kaya agar hidup senang. Tapi sampai  bila??? Kalau dari awal niat dah busuk.....senang nyer pun sekejap jer lah. Hissshhhhh....benci lah aku perempuan yg mendua kan suami ni. Aku pun pemikiran moden gak....tapi tak ada lah niat sampai nak mendua kan suami. Kau enjoy jelah ngan suami kau.....kenapa mesti nak cari jantan lain. Tak faham betul lah. Eeeeee.....lempang kang baru tahu.

Borak2...

Dah satu kemestiaan pulak menulis blog ni!! best jugak yer sebab kita dapat luahan apa yg tersimpan dihati....ni aku nak cerita kan kat korang 10 benda2 yang aku paling tak suka :-

1. Tidur rumah orang - aku mmg tak biasa kalau kena tidur rumah orang....mungkin sebab dari kecik kalau aku nak tidur rumah sedara or kawan2 bapak aku tak izinkan. So bila aku tidur rumah orang jer aku akan rasa kurang selesa. Salah satu nyer lagi aku tak suka menyusahkan tuan rumah yg kena menyiapkan sarapan pagi utk aku, pakaian yg aku pakai sesuai ke tidak, nak kena bangun pukul berapa?, so benda2 macam ni aku malas nak fikir jadi aku lebih selesa duduk rumah sendiri atau tidur hotel (lantak lah orang nak kata aku eksyen...menganda2 yang penting aku selesa & senang menguruskan anak2 aku yg nakal sampai aku tiba2 boleh jadi perempuan giler).

2. Tak suka guna tandas awam - ini mmg kepantangan aku...aku sanggup tahan berak & kencing sampai balik rumah...tak tahu kenapa. Melainkan tandas tu betul2 bersih. Aku mmg cukup tension kalau anak aku nak kencing atau berak kat tandas awam sure muka aku muncung macam babi......aku sanggup beli air mineral basuh berak anak2 aku tu.

3. Jgn membebel atau marah waktu tgh makan - ini satu lagi benda boleh buat aku jadi meroyan and menjadi perempuan giler secara tiba-tiba. Laki aku cukup faham dgn perangai aku ni. Korang kalau nak membebel atau marah tunggu sampai aku habis mencekik dulu. Kalau tak.... mahu terbalik or terpelanting pinggan tu aku kerjakan. (giler garang....)

4. Pengotor - aku bukan lah cakap yg aku ni pembersih sangat.....tapi aku mmg pantang kalau rumah berselerak.....mula lah mulut aku tak behenti berckp....especially tandas. Anak2 aku & hubby bila start jer aku membebel diorg cabut....pura2 nak gi kedai lah...gi taman lah. Setan...bukan nak tolong kemas.

5. Wish - aku mmg cukup sensitive part ni.....aku akan rasa sedih bila hubby aku lupa tarikh2 penting dalam hidup aku. Aku bukan nyer nak hadiah tapi cukup lah sekadar wish. So far nasib baik laki aku ingat. Mati dia aku kerjakan kalau lupa. ooooo.....time bercinta pandai pulak wish pukul 12 tepat, beli bungalah, teddy bear lah  so lepas kawin kena buat benda yang sama gak....(tadi kata tak nak hadiah...penipu kan....)

6. Ckp Besar - Eeeeee..... boleh muntah darah kalau kawan ngan orang macam ni. Semalam aku baru jer beli  beg baru.....berjenama tau....tak mahal pun. U pakai kasut brand apa? Setan!! aku peduli apa kau nak beli. Tapi orang macam ni elok ajar balik.....kau tunjuk pulak apa yg kau ada bg dia telan air kahak sikit. Actually aku bukan orang mcm ni....sbb selalu nyer aku akan beli sesuatu barang tu sbb aku suka bukan nak berlawan siapa punya barang paling mahal and kalau aku beli pun itu salah satu nyer cara untuk aku merewardkan diri aku yg penat bekerja.

7. Jgn kutuk keluarga aku - berani kutuk aku lempang kang....teleng kepala.

8. Jgn kacau - Bagi aku hujung minggu hari aku bersama keluarga....aku cukup menyampah kalau ada kawan2 yg call atau ajak keluar waktu cuti ni (sekali sekala tak apa lah). Tolong jgn call or datang rumah aku time cuti hujung minggu ni sbb bagi aku hari bersama keluarga hari yg sangat penting dan membahagiakan. Korang bayangkan lah...aku cuma dapat jumpa laki aku malam jer itupun 1 jam waktu makan...sbb lepas tu dia kena gi kedai & balik pukul 11 jer....bila dia sampai rumah aku dah nak membuta sebab esok nak kerja. Ngan anak2 pun sama...aku cuma ada masa dgn diorng dari kul 7pm sampai kul 11pm jer. Jadi hujung minggu lah waktu kami berkumpul & waktu tu jelah aku boleh melawat mak & abah.

9. Jgn masuk campur hal rumah tangga aku - Aku sejak berkawin kalau bergaduh ngan lagi aku kitaorg jarang ceritakan masalah kitaorang kat family atau kawan2. Paling lama kalau aku gaduh ngan laki aku pun malam sebelum kul 12 kita orang mesti berbaik semula. Aku & hubby mmg x suka fikir masalah remeh temeh ni....sbb kalau dua2 tgh marah memang tak ada penyelesaian so baik buat dekkk...jer. kalau dua2 dah sejuk baru kitaorg bincang balik. Cuba korang bayangkan kalau korang asyik mengadu kat kawan pasal masalah korang....benda ni akan menjadik kutukan suatu hari nanti. Selalu nyer kawan2 ni akan bagi nasihat yg negatif (maksud aku bukan semua nyer)....lagi pun apa yg kawan korang boleh tolong....tension kan korang lagi ada lah. Baik tak yah.....

10. Pinjam Duit - Aku tak kisah bagi orang pinjam duit sbb bagi aku kalau kita senang apa salah nyer kita membantu orang yg memerlukan kan. Tapi yg menjadi kepantangan aku bila time nak bayar balik... kau tak jawab phone....hilangkan diri...nampak aku cabut lari. Pukimak!! betul aku yg kena cari kau....waktu nak pinjam boleh laks kau datang jumpa aku tiap2 hari.Orang macam ni sekali je lah merasa duit aku.

Monday, February 7, 2011

Bercuti di Bandung

Hari Khamis ni aku akan bercuti ke Bandung selama 4 hari 3 malam. Yang seronok pasal percutian ni yg pergi hanya adik beradik dan kedua ibu bapa aku saja. Suami2 semua tinggal n jaga anak2 dirumah. Aku rasa last kita orang satu keluarga bercuti sebelum kakak aku yg pertama kawin rasa nyer...... lama kan. Actually ini permintaan mak aku untuk gi berjalan-jalan ngan anak2 dia yg seramai 6 orang tu. Takut!! pulak aku bila mak aku buat permintaan macam ni.....

Untuk Mak & Abah kitaorang adik beradik akan buat apa sahaja asal kan Mak & Abah sentiasa bahagia (eee....sedih nyer). Kitaorang adik beradik berjanji akan menyediakan hotel yg terbaik di Bandung nanti khas utk Mak & Abah. Special dinner untuk kita semua agar percutian ini akan menjadi kenangan yg paling indah buat kita semua (huaaaaaaa huaaaaaa).

Macam2 perancangan kitaorang atur kan utk Mak & Abah (nanti aku ceritakan bila sekembali nyer aku dari Bandung). Salah satu nyer (nak jugak cerita kan...ngada) Massage.....shopping....dinner....dan macam2 lagi lah. Tak sabar nyer!!! Untuk my hubby jaga anak i elok2....check homework diorg tiap2 malam....jgn lupa kemas rumah, cuci baju.... nanti i belikan kan u & anak2 present dari Bandung. Luv u darling sbb bagi i pergi.

Oklah kalau aku cerita lagi banjir pulak office ni dgn air mata gatal aku ni!! C U

Friday, February 4, 2011

Gambar Dolo2.....

Petang tadi balik rumah mak & abah kat Puchong...tengok2 abah tengah mengemas gambar2 lama. Aku pun apa lagi rembat lah gambar aku kecik2 utk disimpan dan buat kenangan-kenangan. Tapi sebelum tu aku nak cerita kan masakan mak aku tengahari tadi...YaAllah kenapa lah sedap sangat...seperti biasa kalau aku datang mak aku mesti masak makanan kegemaran aku...Ayam bercili...Kerabu taugeh....Dendeng daging...pergggghh!! sehingga menjilat lutut. Ok2 jom kita tgk gambar aku dolo2....

Ini gambar aku masa gi PD. Umur aku 2 tahun kalau tak silap...disebab kan waktu tu tak ada duit nak beli swimming suit jadi pakai jelah spender....comel tak aku

Ini waktu umur aku 4 tahun. Wah !! rambut ikat dua tu....

Ini gambar waktu Raya. Gambar aku ngan Kak Long. Asal lah kau buruk sangat Long!! aku jugak yg comel. Gambar tepi pasu bunga lagi. Nasib baik bunga tu tak masuk lubang hidung aku...waktu ni umur aku 4 tahun.


Ini gambar aku  ngan Kak Ngah. Korang perasan tak rambut kak long ngan kak ngah aku fesyen dia sama. Kelakar2!! macam tudung periuk.


Ini waktu umur aku 6 tahun. Waktu ni birthday aku ngan budak lelaki yg kat tepi sekali tu. Nama dia Umar. Waktu kecik2 dia lah kawan baik aku. Kecik2 aku dah sexy kan...rambut tak kalah ada bulu2 tu.... so jangan salah kan aku kalau sampai besar pun aku still sexy...kedua kakak ku still mengekalkan rambut tudung periuknyer....

Menyayanyi lah pulak!! kira waktu ni suara aku sedap gila lah...waktu ni aku masuk pertanding menyanyi akhir tahun sekolah tadika. Tak ingat lagu apa aku nyanyi tapi yg aku ingat aku nyanyi lagu ni berulang-ulang kali sebab aku lupa lirik...orang dah tepuk pun aku still menyanyi lagi sebab aku tak ingat lirik akhir lagu tu...lama2 cikgu tarik jer aku suruh keluar.... hahahaha malu2


Ini pun waktu Sekolah tadika...pertandingan pakaian beragam.....aku pakai baju ala2 nak gi pantai lah konon...ala2 omputih. Betul tak aku cakap budak lelaki tu kawan baik aku. Mana2 aku gi dia mesti ada....gila gatal kan tak nak kawan ngan perempuan....nak kawan lelaki je kan!! Tak ada lah sebenarnyer dia sepupu aku....aku ingat lagi kalau time balik sekolah mak aku terlambat ambik sikit dia menangis macam dah kena culik....aku lah jugak yang memujuk ala2 orang besar. "jgn lah nangis...kejap lagi mak sampai lah...mak tengah melintas agak nyer...kereta banyk itu sbb mak lambat"....baguskan alasan aku.


Ini waktu aku darjah tiga...kurus macam lidi kan. Budak perempuan yg aku peluk tu nama dia Aliza. Sampai sekarang aku masih berkawan...still contact each other...and still gi clubbing sama2.

Tuesday, February 1, 2011

Beg...

Waktu aku remaja dulu (sekarang pun remaja jugak.... sebab aku tak akan tua & sentiasa vogue) aku mmg giler dgn handbag.....pantang nampak mesti beli. Yang besar....yang kecil....semua colour beg aku ada. Tak tahulah kenapa aku x leh tgk handbag tangan aku gatal jer gi beli. Katalah tgh aku window shopping aku ternampak beg & tak cukup duit nak beli.....malam tu aku mesti termimpi beg yg aku minat tu & satu kerja pun aku tak  boleh buat asyik teringat jer (ngada kan bila mengaji satu baris pun aku x boleh ingat lansung) & esok pagi2 aku nak terpancul kat depan pintu shopping complex tu nak  beli handbag yg aku nampak semalam.

Sekarang hobby beli handbag ni dah kurang sikit. Aku had kan setahun 2 kali saja. Aku akan cari yg berkualiti (yang ada brand) and mahal sikit. Ini cara aku sekarang utk merewardkan diri aku yg penat bekerja. So bila aku nampak handbag yg aku beli tu so aku tahu betapa gigihnyer aku mengumpul duit utk mendapatkan beg yg aku inginkan (salah satu cara dgn main kutu & satu cara lagi bodek En Win suruh hadiahkan waktu birthday). Sekarang hobby remaja aku telah diturun kan kepada 2 orang anak perempuan aku. Bila aku mengemas bilik anak2 aku semalam barulah aku perasan yg diorg pun mempunyai banyak koleksi handbag......patutlah duit aku selalu kurang rupanyer anak aku yg habiska. Jom kita tgk apa koleksi yg diorg ada....




Ini beg sekolah diorg....anak perempuan aku Danea mmg minat tahap gaban dgn Brand GIRL ni....bukan nyer murah....menyampah aku kalau masuk butik GIRL ni mmg terbanglah duit aku. Kalau aku x beli muncung dia macam aku rasa nak gunting jer. Ameera pulak minat Dora & Princess. Tu sebab anak aku 2 jer buatnyer 8 tak kena mampos aku nak membelinyer....kalau x beli cakap x adil pulak. Aku bukan nak manjakan diorang tapi sebenarnyer aku pun suka tgk beg kat GIRL tu comel2 sgt....maklumlah kecik2 dulu mana aku berasa nak beli ni semua.....jangan harap bapak aku belikan. Selalu nyer aku akan pakai beg yg kakak aku dah x gunakan lagi "second hand". Aku ingat lagi beg sekolah aku dulu yg macam kotak tu belang2 hitam merah. Kira waktu tu paling lawa lah. Lenguh giler tangan aku bawa beg tu sbb dia mana ada tali nak sangkut kat bahu.....beg tu ala2 beg James Bond. Giler eksyen kau....kalau dapat pakai beg tu macam ikut trend lah konon.

Ini beg sekolah Danea. Cuba korang tgk satu set di beli. Wallet, Pencil case ada lagi botol air, file. Rabak2 poket aku. Kalau tak pandai jugak tak tahu lah. 

Ini  beg travel diorg. Mengada kan.....aku dulu kalau ikut parent aku jalan tumpang jer kat beg mak aku. Budak2 sekarang mana boleh.....nak beg sendiri konon....lempang baru tau. Ni laki aku lah melayan sangat.


Cuba korang tengok bertapa banyak nyer handbag budak dua orang ni. Gi KLCC ada beg khas....gi tgk wayang beg lain....gi travel beg lain. Menyampah.....pandai fesyen lah konon nyer. "Mama ni x pandai bergaya lah ada ker bawak handabag yg sama jer gi office". Ialah kalau bapak kau cop duit bolehlah tiap2 hari  mak kau ni beli handbag.


Atas rak tu handbag lagi......

Ini hobby Danea waktu cuti.....main IPAD. Aku nak pegang jgn harap dapat.

Ini pulak hobby Ameera....main computer. Jgn kau chatting ngan mamat Bangla sudah. Kena pantau ni....buat nyer dia terclik gambar bogel.....mampus aku. Bukan betul budak2 sekarang ni. Tapi selalu nyer diorg akan main games atau cari information. Kesukaan Ameera main games barbie tu yg boleh tukar2 baju, colour rambut, tukar warna kasut. Kalau zaman kita dulu guna patung kertas jer.....tak silap aku harga patung kertas tu 20 sen...bapak aku beli kat pasar malam (bapak aku mmg cari mainan murah jer untuk kitaorg...maklum lah anak ramai perempuan so belanja kenalah berhemah). Best patung tu boleh tukar macam2 baju, handbag, kasut. Aku ada bertin2 patung tu waktu kecik.