Nuffnang Advertisement

Monday, January 31, 2011

Rumah....at Serenia Ampang.

Actually aku & hubby mmg tengah cari rumah since last year. Tapi tak ada yang berkenan di hati....bukan rumah sekarang yang kitaorng duduk ni tak selesa....tapi kitaorg cari yang lebih selesa (makna nyer ruang yg lebih besar) and more privacy. Yes!!! akhirnyer hujung minggu hari tu kitaorg dah jumpa rumah yg sangat menepati citarasa kitaorg..(ala2 resort & contemperary). Tapi harga nyer ada sedikit mahal....kalau aku beli maknayer harapan nak holiday tahun ni harus dilupakan. Tapi aku tak decide lagi masih berfikir2 masih survey2 tapi hatiku telah terpaut & aku akan berkata Yes!! (bodoh...berangan x ingatkan). May be esok aku akan kasi kata putus dgn tuan rumah kedaung itu. Perbincang & hasutan akan dilakukan malam ini terhadap En Win....aku akan berhias....bergaya sexy ala2 angelina jolie (berlipstik merah) agar En Win teruja dan terus bersetuju. Actually En Win pun teruja sebenarnyer.... bila tgk rumah tu tapi buat2 muka selamba tak nak tunjuk keterujuaan nyer. korang doa2 kan lah supaya semua nyer berjalan dgn lancar. Mesti korang nak tengok macam mana rupa rumah tu kan. Jom....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jeng3
-
-
-
-
-
-
-
-
Ta daaaaaa........


Cantik kan...... ini dari depan.

Dari tepi.....

ruang dalam......

Thursday, January 27, 2011

Percintaan....

Ishhh….malunyer nak cerita. Gatai!!!. Aku nak share ngan korang semua macam mana aku mula2 jumpa ngan laki aku ni En Win. Dolo2 aku suka sangat tgk satu cerita ni tajuk dia kalau tak silap aku Doogie Howser M.D – nama betul  jantan mat saleh ni Neil Patrick Harris. (Alah cerita omputih budak 16 tahun dah jadi doktor tu). Waktu tu umur aku 16 tahun form 4. Aku punya minat gila tahap meroyan kat Neil ni kalau ada jer majalah muka dia mesti aku beli. Zaman tu mana ada internet…. aku pernah tulis surat kat Neil of course dia x balas…mungkin dia x faham English aku kot….hahahah aku sendiri pun x faham apa yg aku tulis waktu tu.

Ok2….enough! kita berbalik kepada percintaan aku. Ceweh!!!. Aku tengah tersenyum malu ni!!. Aku dulu pergi sekolah naik bas sekolah….biasalah budak baru nak naik perasan jelita kan….tempat aku mesti kat belakang sekali ngan geng2 aku. Bas Sekolah ni akan ambik aku dulu baru dia gi kat sekolah lelaki kat La Salle P.J pulak. Perggghh….tiba2 satu hari ni ada seorg lelaki naik bas muka dia iras2 Neil ni!! Aku terkedu…lidah ku kelu…muka ku terasa panas…jantung ku berdebar-debar (mesti gelikan ketiak korang bila baca ni). Dalam hati menjerit aku nak jantan ni!!!. Tiba2 mata bertentang mata aku tertunduk malu dan kami  bertukar senyuman. Waktu tu dia naik bas ngan seorang kawan dia tak silap aku nama kawan dia Alang kot. Nasib baik kawan aku ni kenal ngan kawan dia….so makna nyer aku ada peluang.

Tapi perjumpaan tu sampai dia situ saja….sbb waktu tu aku ada ramai boyfriend ialah waktu tu kan aku jelita, cun & cute (sila lempang diri anda). Aku waktu remaja mmg nakal (nakal ok bukan jahat macam bohsia). So setiap hari sabtu aku mesti gi “Tea dance” kat Piccadilly at Damansara. Tempat clubbing ni mmg utk remaja2 jer dia akan mula beroperasi dari pukul 3pm sampai 7pm. Nak masuk kena  bayar RM7 dapat satu coke bukan beer ok. Selalu nyer aku akan tipu bapak aku gi tuition. Tapi sebenarnyer anak dia terkinja-kinja. So…sekali lagi aku jumpa En Win ni…..maka kami pun berkenalan dan bertukar2 biodata (En Win : “I call u kul 8pm tepat ok”. Aku: “Tapi kalau bapak I angkat u letak tau”!! – nak bercinta tapi tetap takut bapak kan) . Rupanyer dia pun syok kat aku waktu first time jumpa dalam bus tu….giler korang aku kan jelita tahap dewa kalau tak terpikat mmg rugi (sila muntah).

First date aku kat Hard Rock CafĂ© waktu tu aku dah form 5….En Win pulak dah belajar kat College. Janji nak jumpa kul 8pm malam…..tapi aku kan Diva kena datang lambat….so aku datang pukul 8.30 jer dgn harapan dia dah tunggu aku. Bila aku sampai….. aku tak nampak pun En Win ni…aku dah dress up tahap gaban cun ni pakai dress ala2 princess ngan make up bak Kris Dayanti. Waktu tu mana ada handphone nak call nak pakai public phone malu siot…..buat nyer bapak dia angkat mampus aku. Aku tunggu sampai kul 8.45pm tak sampai gak lagi aku bagi peluang sampai kul 9.00pm kalau tak ada gak aku chow berani dia tipu diva ni. Mulut aku dah menyumpah-yumpah ni. Pukul 9.00pm dia x sampai lagi aku dah start tension ketiak pun dah basah sebab asyik kehulu kehilir aku ambik keputusan blah jer lah …. Waktu balik aku kena naik bas mini sbb waktu nak gi tadi aku naik teksi so duit tinggal balance sikit2 jer. Dalam hati siap kau jantan berani tipu aku.  Aku pun tunggu lah bus kat bus stop depan hard rock tu…. Tiba2 dia muncul and berulang kali mintak maaf kat aku sbb lambat….aku x ingatlah dia bagi alasan apa waktu tu. Seperti biasa kan aku kan diva jelita buat2 merajuk tapi dlm hati cepatlah pujuk. Hahahaha…….

Setelah dia berjaya memujuk aku dan memberi alasan yg munasabah so kita orang pun continue our date balik…gi makan2 kat Lot 10…waktu tu seperti dunia kami yang punya…..aku lah pasangan yang paling romantik yg aku rasa kan waktu tu. Aku  masih ingat lagi tarikh keramat tu 10.4.1994. Alhamadullilah percintaan kami berakhir dgn perkawinan dan sekarang kami amat bahagia disamping  2 orang chaya mata.

Korang mesti nak tahu kenapa aku suka sangat kat En Win ni…..dia seorg yang sangat kelakar, romantik (dlm diam), happy go lucky macam aku gak, tak suka fikir masalah, penyayang, penyabar (kau tahu lah aku kan asyik nak mengamuk jer) and alwiz think about our future. I Love u so much darling!!! I hope kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Korang mesti nak tengok macam mana muka Neil Patrick Harris tu kan!!!

Versi Putih....cute  nyer. Cium sikit!!


Versi Hitam....mmg lah sekarang ni korang tengok tak sama sbb laki aku dah gemuk tapi dulu sumpah muka sebijik tu..... nanti aku cuba cari gambar laki aku dolo2



US......

Wednesday, January 26, 2011

Soalan anak yg memeningkan.....

Aku ada dua orang anak yang suka tanya soalan yang memeningkan kepala hotak aku yg memang dah lembab ni!!

Dialog 1

Danea: Mama... Kalau Siang kan ada Matahari... tapi waktu tu Bulan buat apa yer?
Mama : Kalau Siang Bulan Tidur kalau Malam Matahari pulak tidur. (Kau giler tak akan aku nak jawab matahari berpusing bla bla bla... pening pulak anak aku kang...bukan dia jer pening aku pun pening). Jadi itu lah jawapan yang paling senang dan mudah faham. Kau tunggu jer lah cikgu bg jawapan yang betul nanti.

Dialog 2

Ameera : Kenapa India warna kulit dia hitam & Cina warna kulit dia putih?
Mama : Ialah nanti Ameera tgk colour kulit jer boleh lah tahu dia orang apa.
Ameera : Tapi kan Ma, Papa tu hitam tapi kenapa dia melayu pulak.
Mama : Hahaha....bertuah punya budak.

Dialog 3

Ameera : Papa... diorng tengah main bola kan. Tapi kalau dia nak kencing macam mana?
Papa : Dia kencing kat padang jer... cameraman tak nampak dia bukak seluar cepat2. (bernas kan jawapan laki aku)

Dialog 4

Danea : Papa.. Macam mana perempuan boleh merandung (mengandung)?
Papa : (Tertelan air liur sekejap nak jawab). Sebab dia kawin lepas tu dia mengandung. (Hahaha...bodoh giler jawapan laki aku). Betul jugak kan.... takan laki aku nak jawap romen dulu lepas tu baru mengandung...buat nyer anak aku nak taste kang mampus meroyan aku.
Danea : Tapikan....mama ngan papa kan tak kawin lagi macam mana mama boleh merandung?

(Tension nyer aku kenapa lah anak2 aku tak percaya aku dah kawin ngan bapak dia 9 tahun yang lalu....puas tunjuk gambar tak percaya gak...dia boleh ckp waktu tu kenapa Danea tak ada.... meroyan aku. Lantak lah kau...malas mak kau ni nak terangkan....Hahaha....suka hati kau lah Labu!!!

Tuesday, January 25, 2011

S.O.U.P

Dulu aku ada join satu seminar ni..... mengenai Imej. Macam mana kita nak menjaga imej, grooming, kecantikan....dan macam2 lagi lah. Yang bagi speech waktu tu "Norma Norell" (tak tahu ejaan nama perempuan ni betul ke tidak). Perempuan ni adalah perunding imej yang berjaya waktu tu. Sekarang ni kan dah ada Sharifah Shawati yang mata bulat tu. Just nak share apa yang aku dapat bila attend seminar ni. Puan Norma ni cakap ada 4 perkara yang kita perlu elakan apabila kita ingin memulakan perbualan dgn seseorang : -

1. S = bermakna Saya. Makna nyer.....cewah macam pensyarah pencen pulak. heheheh. Ok kita jgn formal sgt dan terlalu mengunakan ayat2 skema...kang korang tak faham pulak apa yg nak aku sampaikan. Saya maknayer kalau korang nak berbual dgn orang jgn asyik cakap pasal diri sendiri jer..macam ni aku bagi contoh
- saya kerja di Hartamas sebagai ekjukutip
- saya pakai kereta BWM
- gaji saya 4 angka (awak ada)
mmg sah2 orang angkat kaki & blah sebab menyampah.

2. O = untuk Orang. Aku bg contoh lagi.... kang tak faham pulak
- Awak kenal tak Siti yg pakai BMW2302 tu. Dia kan asyik gi London jer setiap tahun.
- Awak nampak tak orang yang duduk kat hujung tu....kenapa dia pakai macam tu yer...tak cantik langsung.
- Awak perasan tak perempuan yg borak ngan kita tadi mulut dia busuk kan.
So orang paling benci bila kau memulakan sesuatu perbualan dgn mengutuk dan mengata pasal orang lain. So sila elakan walaupun berckp pasal orang perkara paling best didunia.

3. U = Ugama.
Berbincang mengenai ugama adalah berkara yg paling sensitive sekali. Sebab ia boleh mendatangkan kemarahan & pergaduhan kerana berselisih pendapat. Aku cukup benci bila orang berlagak alim. Bagi aku sebelum kita menasihat seseorang tu kita lihat diri kita balik....kita ni baik sangat ker sampai boleh nasihatkan orang!! (emo pulak aku tiba2...sbb aku banyak sangat jumpa org berlagak alim ni...baru puasa sebulan dah rasa diri dia baik sgt) Contoh....
- Awak sembahyang tak kat rumah. Saya sembahyang 5 waktu tau...itu sbb rezeki saya mencurah-curah
- Kenapa awak tak puasa? Awak tahu tak apa hukum nyer (oi x payah bersyarah lah bodoh...aku dah besar aku tahu apa yg aku buat). Kan... dah gaduh betul tak apa aku cakap...

4. P = Politik
Ini pun sensitive gak....korang bodah ker apa tiba2 tanya orang yg baru korang jumpa....Contoh supaya korang lebih faham
- Awak sokong siapa? Pas ker BN
- Dato' Anwar tu x bagus lah baik awak sokong Dato Samy Vellu boleh dapat highway. Cepat sikit sampai rumah.
- Ini tahun kan BN banyak tipu org oooo....lain kali jgn pangkah itu BN.
Ha....nak mampus buat  nyer orng tu orang kuat Barisan Nasional tak ker hilang leher kau kena tetak.

So....moral yg saya dapat dekat seminar ni jgn sekali-kali cakap pasal  4 perkara di atas (S.O.U.P) bila u all nak memulakan perbualan dgn seseorng.Cuba lah elakan walaupun perkara 4 diatas ni yg paling best sekali bila berborak.

 Sekian...renung2kan dan selamat beramal.

Saturday, January 22, 2011

Perempuan Gemuk mengamuk!!

Ni perempuan gemuk nak mengamuk sekejap.... korang dari awal2 dah baca blog aku yg tulis aku dah berkawin...so tah yah mengada-ngada nak berkenalan ker, nak ajak romen ker... kalau kote tu dah gatal sangat gi cari pelacur kat chow kit tu...tak ada duit nak bayar pelacur gi minta kat bini kau or bapak kau jer.

Lagi satu aku nak gi clubbing ker yang korang susah hati tu sangat kenapa??? aku gi ngan laki aku bukan ngan laki korang. Aku tahulah aku ni vogue vs gemuk kan tak yah lah nak jeles!! Aku tahu limit aku sebagai seorg isteri... tak ada de aku gi clubbing gi picit telor laki kau. Laki aku punya telor lagi best!!

Bodosssss.....kalau nak baca blog orang tapi nak mengutuk...baik kau buka blog sendiri cerita lah pasal kebaikan kau sebagai isteri solehah. Untuk jantan yg gatal.... dgn aku x jalan sebab aku dah ada suami yg lengkap segala-gala nyer. Kote korang panjang kat lutut pun aku tak heran.......berambus dari blog aku.

Friday, January 21, 2011

Chef Elly!!!

Sila muntah darah dgn tajuk diatas.... Aku ni bukan lah tak tahu memasak langsung tapi boleh lah dikatakan setanding dengan Chef2 kat Malaysia ni!! (sila lempang diri sendiri bila baca kenyataan ni). Setakat masak simple2 ni pejam mata jer pun aku boleh buat...lain lah kalau kau suruh aku masak laksa ker, mee bandung ker, Rendang kerang ker....mmg lah aku kena rujuk buku resepi. Cuma aku ni malas n tak ada masa. Cuba korang fikir sampai rumah dah pukul 7.30pm...lepas tu mandi dah dekat pukul 8pm. Bila masa aku nak masak, nak ajar anak lagi, basuh kain, lipat baju. Kerja paling senang makan jer kat kedai depan rumah. Tak payah basuh kuali. Hari minggu pulak time tu lah kena hantar anak gi kelas ngaji lah, tarian ballet lah, facial lah, gi kedai lah... (banyak kan alasan aku) tapi ini lah sebenar nyer. Nasib baik Pak Win tu baik...tak banyak cerita. Dia faham wife dia yg vogue ni busy.

Cuti Thaipusam hari tu aku janji nak masak...berkobar-kobar ni gi Pasar. Tapi bila bangun jer kepala otak aku terbayang-bayang shopping complex.... ingat nak Shopping baju & kasut utk pakai gi office....makna nyer tengahari x jadi  masak. Jimat gas rumah aku yg setahun tak bertukar-tukar. Balik dari shopping dah petang. Alamak!! malam ni nak mkn apa yer...seperti biasa kepala aku laju jer ingat makan kedai jer lah. Tiba2 hujan pulak...padan muka aku... makna nyer kena jugak aku masak. Apa aku nak masak ni!!! Lauk yg paling senang di dunia "Sup Ayam utk anak2".....n ...." Ikan masak Cili utk Suami".

Jom kita tgk Chef Elly masak.....



Bahan2 utk Sup Ayam

Bahan2 utk Ikan Kembung Cili


Lihat lah hasil nyer........

-
-
-
-
-
-
-

Tu lah.... aku dah cakap setanding ngan Chef2 kat Malaysia ni korang x percaya..... menangis Chef Wan tengok aku masak. Dan akhirnyer......jeng3
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
malunyer nak tunjuk
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Licin....sedap giler. Sila angguk kan kepala anda tanda setuju. Nak order sila call saya......

Wednesday, January 19, 2011

Borak2

Semalam borak2 ngan laki aku benda tak masuk akal.....lepas tu aku yang jadi meroyan balik...

Aku : Pa...kalau i mati u cari lain tak?

Pak Win : Tak lah Ma.... tak ada orang yg boleh ganti tempat.

Aku : Sejuk hati aku mendengar nyer.

Pak Win : Tapi.... (dgn muka tersenyum2)... Kalau org nak i tak tolak...

Aku: Ok...jgn harap malam ni u dapat...peluk lah bantal u je.

Pak Win: U  ni gila lah! tanya orang soalan bila orang jawab nak melenting pulak. Kalau u tak bagi i rogol jer lah.

Tuesday, January 18, 2011

Kurang Asam Punya Anak!!!

Semalam tengah tengok TV aku boleh dengar anak2 aku berlakon. Kakak jadi Cikgu adik dia jadi anak Murid.

Cikgu: Ameera! Sila bangun & perkenalkan diri awak?

Student: Nama saya Ameera. Umur saya 7 tahun. Saya tinggal di Keramat. Nama ibu saya Elly. Dia sangat Gemuk. Nama Bapa Saya Yazwin. Dia Hitam macam keling.

"korang rasa macam nak lempang tak... yang dikutuk tu mak bapak dia". sambung lagi....

Cikgu: Awak ada berapa adik beradik?

Ameera: Dua Cikgu.... tapi mak bapak saya tak kawin lagi. Tapi saya selalu nampak dia tidur peluk2.

Aku apa lagi menjeritlah.....Ameera ckp sekali lagi nak kena rotan ker???.... Bahaya ni kalau buat nyer dia ckp kat cikgu sekolah dia macam jawapan tadi mampus aku.....gulpppp..

GYM

Kalau korang baca status kat facebook aku utk Reso 2011 salah satu nyer nak membuang lemak yang suka2 jer nak tumpang kat badan aku ni..... eeeee....venchi tau jadi org gemuk ni. Lemak ni pun satu gi lah kat badan Erra Fazira ker, Eja tu ker....ni badan aku jugak yg kau nak tumpang.

"Darling2 kalau i gemuk u sayang i lagi tak"? "Sayang darling......kalau dagu u berlapis empat pun i still sayang kat u". Perli ker apa ni!!.

So...disebabkan aku menyampah kat badan sendiri yg kalau pakai baju sana sini terbonjol aku pun bertekad lah pergi ke kelas Gym semalam....masuk kelas cardio dance....ala2 menari 8 lagi...kelas tu selama satu jam menari non stop punya....mula2 tu bukan main semangat lagi aku menari...eksyen pun ada jugak konon2 aku lah paling terror maklumlah selalu gi clubbing konon2 lembutlah badan tu.... ambik kau masuk 15 minutes lidah aku dah terjelir keluar sampai kat tetek.....penat mcm setan. Paling best amoi tua depan aku tu steady jer. Malu ko. tak boleh jadi ni... aku sambung lagi 10 min.... lepas tu aku dah pitam. Hahahah buat malu betul.

Tak apa....usaha ini akan diteruskan sampailah aku boleh mengalah kan amoi tua kat depan tu....siap kau amoi lu ingat lu terror ka. Aku punya target sampai boleh pakai skinny jeans aku yg bersaiz 27 tu....(fuhh.....Elly3!!).

Monday, January 17, 2011

My Family

Aku dah ada blog... sbb aku tulis blog ni utk kenang2an bila tua nanti & anak2 boleh lah baca kisah mummy dia yg vogue waktu remaja ni ( tetap nak perasan vogue, siapa lagi nak puji selain diri aku sendiri). Ok... let start dgn perkenal kan family aku...kang aku cerita nama sipolan-sipolan korang tak kenal pulak....(ini lagi perasan mcm ada pulak org nak baca...kata tulis utk diri sendiri).


Ini lah dia sepenulis blog yg pandai sangat menulis... SPM pun BM cukup2 makan ada hati nak jadi penulis... korang boleh panggil aku dgn panggilan Elly (bukan nama glamer) tapi nama sebenar yg bapak aku bagi sebab minat sgt ngan pelakon indonesia... aku ni org nyer sangat2 lah happy go lucky... tak suka fikir masalah lantak lah apa nak jadi, sangat romatik (ni aku yg cakap, tapi laki aku tak ckp apa2 pun), Sangat sensitive (tgk hindustan pun aku boleh nangis, kucing jatuh kat longkang pun aku nangis...hehehe), Suka berckp...kalau x dapat berckp satu hari kepala aku pening...., Suka berkawan, suka hiburan, suka berangan ( aku mmg suka berangan nak jadi pemaisurilah, nak jadi org kayalah) & mcm2 lagi lah...kalau nak cerita perangai aku esok pun tahap habis...NEXT

Ini my darling hubby....kat blog ni kita panggil dia Pak Win jer lah. Aku dah berkawin dah nak masuk 9 tahun...bercinta sebelum kawin 8 tahun so makna nyer aku dah bersama ngan laki 17 tahun..... giler lama kan. Bercinta zaman sekolah dlm form 5 (gatal tak aku waktu sekolah dah bercinta). Laki aku ni sempoi org nyer tak banyak kerenah dia pun mcm aku gak tak suka fikir masalah...tak suka benda yg remeh temeh. Aku boleh cerita semua benda kat dia....Aku sayang giler kat mamat ni (mana lah ada org tak sayang laki)" I LUV U DARLING!!.....Next

Ini anak pertama aku.... Danea. Dah lapan tahun umur dia. Perangai dia sebijik macam aku...takut & kelam kabut tak tentu pasal... tu sbb selalu kena buli. Dia ni manja tak ingat ngan laki aku (dgn aku aku jgn harap boleh manja sbb aku garang kat rumah..kerja aku asyik menjerit jer....so laki aku lah untung konon2 dia lah bapak yg terbaik kat dunia sbb tak pernah marah). Danea ni kalau nak tidur mesti cari bapak dia sbb nak tidur bawah ketiak...tensi aku sbb aku pun suka tidur bawah ketiak laki aku. Hehehe. Tiap-tiap malam kitaorg akan berebut tapi seperti biasa anak aku menang...tapi sekejap jer lepas tu mesti laki aku dtg kat aku balik (maklum lah bini punya ketiak lagi power...hehehe).


Ini anak kedua aku...Ameera. Umur 6 tahun. Anak aku yg no.2 ni selalu buat aku jadi meroyan kat rumah....tak dengar ckp aku langsung. Jerit lah sampai anak tekak nak terkeluar dia buat tak tahu jer... macam tak ada orang kat sebelah dia. Dia kalau dah bersatu padu ngan kakak dia macam2 assigment dia buat nyer... nasib baik aku tak mati minum air coke campur sabun cuci baju....konon2 kalau letak fridge air tu air bertukar jadi... tak tahulah aku. Yang penting nasib baik aku tak mati. Anak aku ni jugak suka tanya soalan mengarut...sampai malas aku nak jawab. "mama kawin lah cepat...kesian papa". Tensi tak kalau aku tak kawin lagi ngan bapak kau...macam mana pulak aku boleh dapat korang berdua.... puas tunjuk gambar tetap tak percaya...lantak kau lah... NEXT



Ini adik ipar aku...Shahira. Ni perempuan giler ni.... malas aku nak layan. Tapi one thing good pasal adik ipar aku ni dia rajin melayan anak2 aku...so bila aku nak bercuti, nak gi clubbing ker pass jer kat minah meroyan gila nak mampus ni....NEXT


Ini my Father in Law & Mother in Law....En Yasin & Puan Juriah. Both of them sporthing giler.... susah nak dapat mak & bapak mertua macam ni. "Mak... malam ni nak gi Clubbing tolong jaga budak2 yer" jawapan sempoi mak mertua aku "gi lah enjoy biar mak jaga budak2" gila babi sporting kan... Bapak mertua aku lagi best..."tak yah balik awal sgt we all can take care your daughter..." best tak??. Kalau gi Karaoke aku siap boleh menari ngan bapak mertua aku ni...hahaha kalau org dgr mesti kata aku gila...dgn laki tak nak menari nak menari ngan bapak mertua jugak. (Bodek kuat tu...)



Ini lah family aku yg duduk kat atas sebalah kiri Kak Long, kak ngah, Mak, Abah, Aku, Wan & Hetty. Ada lagi seorng tapi tak ada dlm gambar ni. Adik beradik aku 6 orang semuanyer....5 perempuan n last sekali lelaki. Kalau tak dapat lelaki mau sebelas kot adik beradik aku ni...Prinsip bapak aku kot cuba sampai dapat...hahahah
Abah - Bapak aku ni garang nak mampus....tapi kelakar pun kelakar nak mampus jugak. Dulu waktu aku kecik2 bapak aku punya pantang... make sure kena balik rumah sebelum matahari terbenam..tapi perangai aku kalau selagi bulan x muncul aku tak akan balik rumah. So bila sampai rumah jer bapak aku dah tunggu depan pintu... dia tak pukul pun tapi mata dia pandang jer kat aku.... aku dah melalak. Giler babi takut kan tapi ttp buat jugak.
Mak - Kerja lain tak ada asyik nak merotan jer... aku rasa perangai mak aku ni dah turun kat aku....dulu kalau mak aku marah mulut aku terkumat kamit menjawab tapi dlm hati jer lah sbb kalau dia dengar mati aku ditonyoh dengan cili. Satu lagi kalau aku memberontak hentak2 kaki...siap!! mesti melayang tali pinggang kat kaki aku. Yg menangis bukan aku tapi Kak Long aku....giler sensitive kan. Tapi tak boleh lawan masakan mak aku goreng telor pun sedap....
Kak Long - Sensitive giler...kalau aku kena marah ngan bapak aku dia pulak yg melalak. Saiko kan....
Kak Ngah - Ni kakak aku yg paling giler dia boleh bawak aku gi clubbing waktu aku form 2.... aku jahat sbb dia lah (ttp tak nak salah kan diri sendiri). Tujuan dia bawak aku supaya dia boleh keluar kalau tak mesti bapak aku tak kasik keluar. Konon2 gi harijadi kawan rupanyer dia bawak aku jumpa boyfriend kat Tea dance.... aku duduk lah mcm patung berjam2 dia sedap jer berpeluk-peluk. (dlm hati tak apa bila aku besar nanti bukan setakat peluk jer macam2 aku akan buat mcm kat cite org putih tu...hahaha)
Nanti aku cerita lagi pasal adik beradik adik aku yg lain..... Kita org ni akan berkumpul sebulan sekali... so bila dah berjumpa mcm2 cerita keluar sampai nak terbalik rumah tu kitaorg buat...laki aku cukup x faham perangai kitaorg sbb kalau berckp terjerit-jerit sampai jiran hujung rumah pun boleh dgr....anak aku pun sampai termuntah2 sbb pening dgr suara kitaorg yg berlumba-lumba nak bercakap.... tetapi selalunyer aku lah menang sbb suara aku yg paling tajam & nyaring.... nanti kita sambung laki ekkk penat lah menaip ni...