Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 14, 2011

Perlantikan Sultan Kedah....

Sembah Tahniah Diatas perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung XIV. Daulat Tuanku!

Korang mampu buat ayat macam aku....hahahahaha. Riak2. Lately ni macam malas nak update.....lagipun tak banyak cite nak di riakan kat korang....busy pun yer gaks....macam2 kena selesaikan sebelum bercuti panjang.

Selasa lepas kan ada Perlantikan Sultan.....mesti korang heran kenapa aku yang sibuk....nak kata anak Agung bukan...entah aku mmg suka sibuk pulak. Korang....boss aku ni kan orang Kenamaan so bila ada function2 macam ni....dia kena attend. Boss aku ni orang Kedah....macam tahun2 yang lepas semua function akan dibuat di Kedah....so aku tak ada lah sibuk sangat sbb Boss aku ni ada seksetari kat Kedah jugak. So apa2 function kat Kedah seksetari sana akan uruskan.

Since....tahun ni Sultan Kedah jadi Agung jadi semua majlis akan diadakan di KL pulak.....maka segala tanggungjawab dibawah bahu aku pulak. Jadi banyak lah aku kena belajar protokol2 ni dari Kak Ros (seksetari kedah). Macam hari Selasa lepas aku kena tahu baju apa yg boss aku kena pakai....macam mana nak letak susunan lencana dgn betul.

Ini lah boss aku Dato Rahmat....Alhamdullilah dia dah sihat sepenuhnya. Hari tu tak ada lah aku kena belajar bnyk sangat sbb tak banyak lencana kena letak kat baju.....aku kan kelam kabut sikit silap2 aku letak lencana sekolah nanti....selendang instead of biru aku letak pink pulak. Hahahaha. Takut korang sbb sebelum boss aku kena attend any funtion aku kena confirmkan betul2 baju apa yg dia kena pakai....buat nyer aku dapat salah info....dah boss aku pakai baju lain.....waktu tu baik aku tender cepat2. Baguskan boss aku Seksetari suruh bergambar dia ikutkan jer.


Ini lah dia Seksetari Kedah nama dia Kak Ros. Lemah lembut jer bila cakap ngan boss aku....berbeza ngan aku yang macam petir ni.

Sila abai kan rambut aku yang macam baru lepas kena romen ni. Cite dia macam ni.....ada jer alasan kan dah tak cantik tu mengaku jer lah. Malam tu aku dah set alarm 6.30 tapi instead of am aku pi letak pm. Ingatkan nak bangun awal2 sikit boleh blow rambut tu and make up sweet2 (korang tengok muka aku dah tembam tapi aku sikit pun tak heran...makan dan terus makan). Sambung cite balik.....bila aku tersedar jer tgk2 pukul 8.00 pagi....boss aku kena attend function kul 9.30 pagi....aku kena ada kat rumah boss aku kul 8.30 pagi. Apa lagi meloncat macam perempuan giler....takut ko...boss aku garang. Maka ini lah terjadi muka seperti perempuan busuk tak mandi pagi.....aku redha!!.

Nak dekat 80 kali aku tgk gambar ni....sah aku dah gemuk....lengan aku dah besar. Ok fine! no rice for 1 week. Knp 1 week.....knp tak 1 month. Tapi kan  uolls orang kata I tak gemuk tak tahu kenapa dalam gambar nampak gemuk...berat i maintain 52kg. Ker camera ni dengki....I pun rasa begitu.. takpe lah...makan jer lah.. Kalau seluar jeans aku tak muat baru aku stop makan. Bolehkan macam tu!! BOLEH.

2 comments:

Irfa said...

mesti bos ko sporting ye elly.
gemuk sikit je..eh aku cakap gemuk ker?52 kg..jauh sgt beza ngan aku.

nana asri said...

this are my uncle, icall him uncle ramli :D