Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 14, 2011

Peringatan utk diri aku.....

Fuh! giler tension. Lately ni status korang sungguh menikam kalbu ku yang sangat pemalas dan kuat makan ni.

* On d way to gym
* Berjaya tak makan nasi hari ni
* 48kg just nice
* Berjaya kembali ke S size

Tapi apa yang korang buat ni semuanya bagus....yang tak bagus nya aku tak sedar2. Sedar bila jeans tak muat...stop makan beberapa hari....lepas tu bila boleh pakai balik.....makan balik.

Korang lately ni banyak dgr cite kat radio (topik pagi) or suratkabar pasal lelaki curang. Takut wei! tapi nak salahkan lelaki 100% pun tak leh gaks.....cuba korang selidik balik may be kesalahan tu ada kat diri korang. Aku tak lah cakap diri aku ni bagus sangat....apa yang nak aku kongsi kan ni jugak adalah satu peringatan untuk diri aku. contoh nya

1. Kebanyakan perempuan yang dah berkawin kadang2 rasa diri tu tak perlu berhias....alasan dah ada suami. Tak payah nak diet sbb rasa suami kita kena lah terima kita seadanya. Korang tak boleh berfikir macam tu...kita wanita kena selalu nampak cantik dan berhias di depan suami sedap sikit mata memandang....ini kang balik jer rumah....rambut macam Kak Limah, bulu ketiak panjang, badan hangit.....mana nak stim. Lepas tu bila suami asyik keluar....mengamuk kata laki dah tak sayang dah tak peduli rumah tangga.

2. Kadang2 yang dah ada anak....rasa malu pulak nak bermanja dengan suami...takut anak2 lihat katanya. Ini mmg aku tak setuju....we should show our love infront of the kids biar dia tahu yang mak bapak dia sungguh loving dan berkasih sayang. Kadang2 yang dah berumur tu malu nak jalan pimpin tangan...lentuk2 kepala kat bahu....kata bukan budaya orang melayu. Tak semestinya korang kena buat depan public.....tak salahkan sambil tgk tv....manja2 sikit baring kat peha suami tu....usap2 kepala dia.....sejuk hati suami korang. ahaks!

3. Malu nak pakai seksi depan suami.....bukan lah aku suruh korang terdedah sana sini....tapi kadang2 malam2 tu cuba seksi ala2 manja sikit ngan suami. Ini bukan nya apa utk mengeratkan lagi hubungan tu. Tak kira lah macam mana korang nak buat tapi kepuasan suami sangat lah penting. Ini pun salah satu sebab penceraian atau berlaku nya kes main kayu 3 kerana laki korang tak dapat layanan yang diinginkan. Dah korang 24jam ngan anak....satu katil sampai 4 - 5 anak tidur sama....mana nak datang anja2 nyer.

4. Makan, pakaian dan kebersihan kena lah jaga....ini kang suami balik dgn muka kau tension sbb penat, rumah berselerak, makan tak dihidang dgn betul....itu sbb kadang2 suami selalu keluar sbb selesa jumpa kawan diluar. Aku dulu mmg mengaku pemalas dan bodoh memasak....tapi lama2 aku mulai sedar....sampai bila aku nak jadi macam ni.....aku kena berubah demi suami dan anak2. Alhamdulillah....sikit demi sedikit aku dapat rasakan perubahan kat diri aku. Rasa lebih bertanggungjawab dan aku sangat gembira dgn perubahan aku. (giler puji diri sendiri....betul lah)

5. Bila keluar asal dan jer korang pakai lepas tu muka pucat lesu tak bermake up langsung....tapi bila suami jeling perempuan lain tahu pulak jeles. Susah ker nak pakai bedak ngan lipstik. Kalau bukan utk suami pun kepuasan untuk diri korang sendiri.

6. Kurang membebel.....kerana lelaki tak suka perempuan kuat berleter. (ini mmg peringatan utk aku).

7.  Jgn cemburu buta atau mengongkong suami. Biarlah dia nak jumpa sesiapa pun janji balik rumah dan kejujuran sangatlah penting dalam hubungan. Tak baik selalu berprasangka buruk kerana ini akan membuatkan ketegangan dalam rumah tangga.

8. Sentiasa menjadi pendengar yang baik....ini kang baru dia nak berborak jer ngan korang....ko pulak sibuk mengadu benda remeh temeh. Bawak berbincang.....bukan bawak bertekak. Lelaki ni korang nampak macam tegas.....tapi sebenarnya diorg suka dibelai dan dimanja.

9. Sekali sekala luangkan masa utk suami.....kadang2 perempuan ni bila ada anak....lupa jap tanggungjawab kat suami. Maksud kat sini sekali sekala keluar berdua....tgk wayang sama2. Tinggalkan anak2 tu sekejap ngan mak dan ayah. Bila korang berjalan berdua ni dapat bangkitkan kasih sayang tu balik. Kalau tak percaya cubalah.....

10. Alwiz sms....ayat cintan cintun walaupun korang dah kawin berbelas tahun....susah ker nak taip I love u....or miss u. Kadang2 ada jugak suami yg tak suka jiwang2 ni tapi cuba sms hari2....dia pun akan jadi jiwang jugak.....hahahaha.

11. Hubungan dgn mertua dan hubungan dengan ibu bapa jgn sekali2 ada perbezaan. Berikan layanan sama rata....kalau bulan ni korang belanja mertua makan....bulan depan belanja mak bapak korang pulak.

Bagi pendapat aku lelaki ni bukan susah nak jaga....korang jaga makan, pakaian dan hubungan yang baik....InsyaAllah aman bahagia perkawinan korang. Kalau korang dah cuba buat semua ni tetapi masih tak dapat mengekalkan perkawinan ini.....atleast korang dah cuba buat yang terbaik.

Korang aku bukan nak tunjukan diri aku bagus.....dlm 11 perkara diatas ni pun bukan semua ada kat diri aku....tapi kalau boleh aku cuba perbaiki utk jadi isteri yang terbaik kerana ini pilihan aku....jadi aku ngan En Win kena sentiasa berjuang pertahankan hubungan kami hingga ke akhir hayat....Amin.

Kalau korang ada petua kebahagian rumah tangga....meh la kongsi kat ruang cik sri siantan ni.

Cuba korang fikir balik kenapa Haris pilih Izzah..... hahahaha tetap ombak rindu.

4 comments:

Anonymous said...

tsentap uolssssss baca n3 akak kali ni... ade beberapa mcm ai tuuuuuuu.. mkn dlmmmmm.. tp sgt2 stuju la dgn ko kaaaakkk...

pas baca rase mcm... krrrriiinggggggggg!!!! fire alarm..

tq kakkk...

-anna-

Liyanaroxx said...

Tq kak elly...entry pedoman utk saya even masih membujang lagik.... ;P

Irfa said...

setuju semua di atas..aku tahu ko bukan nak berlagak bagus elly..
tabik sbb ko berani tulis.aku ada jugak rasa nak tulis tapi tak berani..takut kena komen pedas..

tu psl tengh kumpul duit nak bermalam kat sepang goldcoast macam honeymoon ko tu ari.keh keh keh

anak2 aku transit umah ko semalam boleh?

Elly said...

Anna : Kriiinnnggg utk i jugak. Sendiri tulis sendiri terasa.

Liyana : Enjoy ur zaman bujang! Haha

Irfa : No hal jgn anak ko....gi lah bersuka ria....aku mmg suka kerja amal ni!muahahahaha