Nuffnang Advertisement

Sunday, January 1, 2012

Day 3.....Beijing

Seperti biasa bangun seawal 6 pagi.....lepas bekpes kitaorang di bawah tempat perubatan cina....foot massage. Fuh! sedap giler hilang sikit kepenatan selama 2 hari berjalan ni. Budak2 tak boleh urut so diorang cuma rendam kaki jer. Sambil massage nanti ada sifu datang check kesihatan korang.

Dengar jer lah....sebab dia akan promote ubata-ubatan diorang. Bukan murah yer....beribu-ribu lemon. Ko angguk jer lah. Dia org paksa aku belikan ubat utk bapak aku....dalam RM6000. Giler ker apa?. SO kalau korang pergi ketempat ni nanti dgr boleh beli jangan. Hahahahaha

Aku tak akan bukak telinga besar ni....boleh jadi keras ok kalau tak pakai.



Tengah tunggu turn urut kaki


Heaven!


Ambik peluang tangkap gambar kat tempat sifu ni! Building dia cantik.



My family!

On day way nak gi Fobiden City lalu dekat Stadium Beijing!


En Win....I Luv u.....Eh! tiba2 jiwang. Bawak jalan jer I lap u kan!


Forbiden City

Forbiden City......Istana Maharaja Cina dahulu kala. Raja ni mempunyai isteri seramai 99 orang. Kesemua isteri dia duduk di satu kawasan yang sama. Istana dia besar giler kalau tak ikut short cut korang ambik masa selama 1 hari utk melawat kat dalam tu.

So kitaorang semua ambik short cut dalam 2 jam jer.....jalan laju2 sebab sejuk....tak ada nak singgah kat dalam buat lawatan kat luar pun dah cantik.

Jeng3.......korang tahu tak apa terjadi kat Forbiden City.....adik diserang asma. Takut giler ok! Nafas dia berbunyi kuat....muka dan mata dia bengkak.....nasib baik ada bawak ubat.....tapi aku ttp panik takut ubat tu tak dapat membantu. Selalu nya kalau adik kena asma kita orang terus bawak dia gi hospital pakai oksigen tu. Ko bayang kan kalau apa2 terjadi kat sini mana aku nak bawak dia...dah lah diorg tak pandai ckp omputih....buat nya dia bagi salah ubat....habis aku.

So sepanjang jalan....aku ngan En Win bad mood...takut terjadi apa2. Macam ni lah kalau ikut group ko kena joint jugak kalau apa2 pun terjadi sbb kesian ngan orang2 lain...takan pasal kita diorg tak berjalan. Sepanjang jalan...aku ngan En win berdoa supaya adik tak apa2.


Forbiden City dari luar!


Waktu ni adik still ok lah!



Waktu ni nafas dia dah berbunyi sikit


Yaya terpaksa tangkap gambar sorang2....adik tak ada mood masa ni!



Waktu ni nafas dah berbunyi sebelah mata dah start bengkak.


Suka tengok abah ngan mak.....sepanjang kat Beijing ni pegang tangan jer. Kalau kat KL jauh2 jer jalan. Cute kan!



Forbiden City ni ada 9 hall....isteri2 dan anak2 tidak dibenarkan keluar dari istana ni.



Waktu ni muka adik dah teruk....nafas dia berbunyi kuat...cepat2 bagi ubat. Sepanjang kat Forbiden City tak bagi dia berjalan takut semput dia lagi teruk. So aku ngan En Win bergilir-gilir dukung. Cuaca pulak tu sejuk so semakin risau aku ngan En Win. Mmg berharap sangat ubat yang diberi tu dapat membantu.



Mak ngan Abah pun dah tak larat berjalan.



Waktu ni turn En Win dukung.....aku dah tak larat.



Dalam banyak2 tempat yang kitaorg pergi....fobiden ni tempat yang paling cantik dan banyak cite2 sejarah....tapi tak sempat sangat nak baca



Ini baru hall ketiga.....waktu ni adik nampak ok sikit.....nafas dah macam biasa. Cuma batuk sikit2. Alhamdullilah. Tapi still berdukung.



Baru kitaorang dapat bergambar.



Dapat jer bergambar terus aku jadi over.....budget gambar utk shooting. Ko mampu!



Sian anak Mama....but mata still bengkak lagi. Selalu kali jadi macam ni satu hari baru bengkak dia surut.



Yaya pun tak ada mood.....kesian kat adik dia. Ni pun suruh dia tangkap gambar buat kenangan.


Sekali lagi perempuan over ni bergambar.



Ni nak tunjuk bukti betapa sejuk nya kat korang.....sampai semua sungai2 beku. Jadi ais uollsssss



Tadaaaaaa......malam tu adik dah ok. Syukur tak ada apa2 serius yang berlaku. Panik mak....ayah ko ni sekejap. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Terus En Win decide pergi Rome bulan 9 nanti bawa anak2.... tak berani nak tinggalkan anak2 bawah jagaan orang lain. Takut apa2 terjadi orang tak blh handle.

1 comment:

Anonymous said...

kesiannya adik..
kenapa ye mata dia jadi bengkak macam tu?kalau kena asthma attack mmg akan jadi begitukah?
comel gambar last tu.
hope she's fine.

-hana-