Nuffnang Advertisement

Friday, November 25, 2011

Salah mengaku jer lah...kan senang!!

Korang pernah tak berdepan dengan orang yang tak pernah mengaku salah....padahal terang2 kesalahan dan perbuatan salah dia orang nampak. Untuk mengelakan dari di persalahkan.....bila orang tanya atau soal...di akan jawab terjerit2 tinggi kan suara macam orang gila.... dan korang tahu sebenarnya alasan yang di berikan sangat lah bodoh.

Aku kalau berdepan dengan orang macam ni.....malas nak bertekak sbb orang macam ni tak guna lawan sbb dia tak akan mengaku salah dan akan menuduh orang lain dengki atau cuba memburukan dirinya. So orang yang berperangai macam ni korang anggaplah dia tak matang dan fikiran seperti kanak2 rebena.

Orang jenis macam ni selalu anggap diri dia sentiasa betul.....walaupun korang nasihat macam mana pun....dan dalam hati dia tahu dia salah tapi dia tetap tak akan memalukan diri dengan mengaku salah atau jangan harap dia akan mintak maaf dengan korang kerana dengan meminta maaf dia rasa amat memalukan. Dia tak akan peduli orang yg dijerit itu pangkat datuk ker nenek ker abang ker kakak ker janji dia dapat menegak kan benang yang basah. Orang yang perangai macam ni selalunya tak ramai kawan dan bila dia dapat berkawan dia akan menguasai kawan2 dia supaya tunduk dan dengar cakap dia sahaja.

Orang jenis ini jugak tak boleh terima kenyataan yang di kalah atau salah....dia tak boleh berfikir positif yang kalau kita diam tak bermakna kalah atau salah. Susah ker nak mengaku salah....kalau mmg dah terang2 kau salah.....kalau malu nak mengaku.....diam kan diri tak payah terjerit nak menegakan benda yang salah......seperti aku katakan tadi org macam ni tak MATANG...orang lain tak rugi kau sendiri yang rugi kerana orang jenis ini selalu nya akan dikutuk dan dibenci orang keliling!

Siapa yang baca dan rasa diri dia dalam golongan ini.....sila lah ubah kerana tak rugi kalau kita melakukan perubahan utk kebaikan.....ini juga utk diri aku sendiri kerana aku ibu kepada dua orang anak....perangai buruk macam ni kalau tak di betulkan akan diikut oleh anak2 aku nanti. So marilah kita ubah demi kebaikan di masa hadapan.

Renung2kan dan selamat beramal.

No comments: