Nuffnang Advertisement

Tuesday, October 4, 2011

Potluck lagi.....

Seperti biasa aku kalau lepak ngan kekawan office tak ada topik lain makan, makan, makan. Memandang kan dah hujung bulan dah dapat gaji sekali lagi potluck dilakukan. Theme potluck pada hari Isnin adalah makanan kampung. Thumb up to kekawan semua korang masak mmg giler vavi hebat. Sampai kan kalau ada budak lelaki yang makan boleh terkeluar ayat power "kalau laki korang cari perempuan lain aku tak tahu lah".....menangis dengar. Hahahaha. Ketua masakan seperti biasa Cik Jasmani......dan ketua mengarah adalah aku.

Seperti biasa tugas aku ada lah sangat simple...membawa beras utk di masak kat office dan mengoreng ikan masin. Malam ahad pukul 10 mlm semerbak bau ikan masin sepat aku goreng.

En Win : U masak apa mlm2 buta ni.
Aku: Goreng ikan sepat masin nak bawak gi office ada potluck.
En Win: Eeeeeee......malu nyer bawa ikan masin. Nampak sangat tak tahu masak.
Aku: Shut up u...... bukan i tak nak masak.....diorg yg suruh i bawa ikan sepat masin (menyibuk jer laki aku ni)
En Win: Malu ma.....baik esok u beli apa2 buat tambahan lauk. Kalau I lah malu giler!
Aku: Sebelum i mengamuk baik u pergi....jangan sakitkan hati I boleh tak? (venchi tau selalu nak mengecilkan kebolehan I).

Tepat pukul 12.30pm semua dah berkumpul kat pantry.....perggggghhhhhhh melampau sedap giler.



Ulam2.....Kacang botol, ulam raja, pegaga & timun


YaAllah sedapnyer...... gulai tempoyak ikan patin. Ko mampu masak tempoyak bawak kat office. Sedapnyer Jas...kau memang pakar masak lah kalah Chef Wan.

Ehem2 ikan masin I uolls.....berpeluh masak malam2 buta.

Sup tulang dari Chef Liza.....meroyan tak korang tengok. Ko mampu kat office boleh main masak2.

Ayam masak merah dari Chef Lin......ni sorang lagi perempuan aku kagum....cakap jer nak makan apa....esok siap.

Sambal belacan.....beli kat kedai.

Agar2 dari Chef Mory....

Jemput makan.....2 pinggan aku bantai. Harus butang seluar kena bukak. Korang mesti tak percaya Jumaat ni ada potluck lagi.....confirm hujung tahun blog aku tutup sbb aku malu gambar dah tak muat camera.

*sekian*

2 comments:

Golden Rose said...

sedap je tengok...teringinla plak

Mummy Aidil Iskandar said...

sonok kan kalo keje ramai pmpn melayu sure selalu ada potluck lagi2 yg ngam kepala
ermm rindu keje ofis lama :(