Nuffnang Advertisement

Monday, October 10, 2011

Karoke time.....

Hari Jumaat lepas.... budak2 habis mengaji dalam 9.30pm (sengaja nak bagi tau anak2 aku mengaji...muahahahaha mak dia jer tak insaf2 lagi) .....rasa bosan pulak tak ada aktiviti. Tanya budak2 nak pergi mana....terus jawab karaoke. Balance tak mengaji lepas tu karaoke.....hahahaha.

Best jugak idea anak2 aku ni....suara aku kan merdu harus cadangan ini di terima baik oleh aku.

Aku: Pa...jom gi karaoke
En Win: Tak ada tempat lain ker nak pergi....malas lah nak menyanyi.
Aku: Jom arr....u tak nak nyanyi tak apa...u makan kitaorang nyanyi. Kesian birthday girl nak menyanyi.
En Win: Ok....i tak nak nyanyi tau.

Pukul 10.30pm.....we all dah sampai kat Redbox the Curve. Di sebabkan aku yang menguruskan pendaftaran kat kaunter.....tanpa bertanya ngan En Win terus aku book utk 3 jam....nyanyilah korang sampai lebam.


Sebelum masuk karaoke.....smile.....


Ma.....pilih kan kitaorg lagu Boney M, Justin, Kerispatih & Ashiteru. Fuh! giler dah besar anak aku ni....dah tak nyanyi lagi Twinkle2 ni. Aku ingat diorg main2.....betul ko diorang nyanyi dgn selamba jer. Hafal lirik pulak tu....bila masa diorg dengar radio.....bahaya2 kena pantau mana boleh diaorg lebih terror daripada aku.

Korang ingat tak tadi sebelum gi karaoke.... En Win kata tak nak nyanyi kan......benci tau tgk2 lagu dia penuh kat screen....aku pandang jer muka dia.....tak ada perasan malu or bersalah langsung!

Ini lah dia Ella and the girls..... aku jadi perempuan rock malam tu. Baju jer rock tapi pilih lagu sedih....Di persimpangan di lema.....hahahaha ko mampu nyanyi lagu nora.....aku jer boleh bawak sbb suara aku bernada tinggi...muahahahah. Sengaja pilih lagu lama2....jadi budak2 tak tahu lagu tu.....kalau tidak asal ku menyanyi yer diorg sibuk nak ikut. Kalau sedap tak apa.....pasal diorang suara aku jadi kelaut. Tetap salah kan anak kan!

Dia lagi.......

Dan lagi....... u dah tak boleh nyayi dah. Apa kelasssss nada tinggi suara halus keluar. Muahahahahaha

Waktu ni dah start boring.....korang bayangkan lah nak habiskan 3 jam. Cuba korang tgk mic tu kat tangan siapa??? dia lagikan.....

Pa....cukup2 lah tu.

Dia tgk aku dah malas nak dgr.....pandai pulak kau pilih lagu berduet yer......
Jangan pisahkan aku dan dia......tuhan tolonglah kucinta dia. Biarakan kami hidup bersama di dlm suka dan duka.....


Anak bosan sbb mak ngan bapak dah mengusai kesemua carta lagu....maka terjadilah aktiviti tangkap gambar sendiri. Ameera dan memekak ajak balik.

Kalau berpacaran jangan tunggu lama2.....pandai tak En Win ambik hati anak2. Dari awal sampai.... sampai nak balik....mic tu tak lepas kat tangan En Win.

Nyanyi lah korang sampai lebam.....sampai 1.30 pagi baru ingat nak balik. Lepas tu memasing kebulur kelaparan.....3.30pagi sampai rumah. Tak sempat tukar baju semua dah terbongkang tidur...terjadilah kejadian tidur berhimpit2 satu katil....angin aku.......

6 comments:

Anonymous said...

Hahaha...x sedar diri punya Yazwin

HappyIrfa said...

kalau hubby awak jumpa hubby saya mesti berebut mic..:-)

Anonymous said...

hahahahaha.klakarla hubby awak.beriya2 xnk nyanyi...tup2 muka dia aje yg nyanyi

Filla ~ Kasihs said...

hahaha ko nie, meh sini aku ajar ko cemana nak setting kat komen ko.. gila, blog sendiri, sendiri tak leh komen!!!!

Elly said...

berjaya....I lap u Filla

eynda said...

Boleh nampak mic sentiasa ada kat tangan sape hehehe...