Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 5, 2011

Feminim...

Angin bayu membawa diriku
sepintas lalu ku terkenangkan mu
memori silam meresap malam
kenangan bersama kekal selamanya


Kini hanyalah tinggal kenangan
tiada kurasa dalam gengaman
hanya terdaya mengimbas semula
kenangan yang lalu.......


Pergggghh!!! ko mampu nyanyi lagu feminim kat karaoke. Aku kalau gi karaoke mesti cari lagu kumpulan feminim bukan nyanyi jer step tarian pun aku buat sekali. Berbulu jer En Win ngan aku. Feminim group remaja wanita pertama kat Malaysia....lepas tu baru Res 2 & Elite. Tak silap aku group ni popular waktu aku form 3. Aku minat sangat kat fesyen rambut and the way diorg dress up. Ramai yang kutuk aku sebab minat kat group melayu..... tak ada kelasssss lah konon. Ada aku kesah......

Style rambut diorang mmg aku ikutlah.....diorg buat curl, potong bob, potong pendek semua aku ikut. Giler cute aku waktu tu...(hahaha....sila muntah). Ada sekali waktu raya fesyen pakai baju kurung ngan kasut boots. Bapak aku tak bagi....beriya2 aku menangis nak kasut boots gaks. Bapak aku malas nak layan beli kan jugak. Muka bangga giler kat orang kampung pakai kasut boots waktu raya....konon pandai giler berfesyen lah.

Waktu ni lah aku berlajar cabut bulu kening! sebab tgk diorang punya kening nampak cantik jer. Aku kan kalau suka sesuatu benda mesti aku belek satu persatu. Hambek kau! aku gi cabut sampai halus....kalau first time cabut kening confirm muka jadi lain kan....ustazah aku perasan....silap jeling and keluarkan fatwa lagi. Aku cabut kening kat kelas time cikgu sejarah yang buta tu....balik rumah aku dah takut 24 jam aku pakai topi....cakap ngan mak aku pun tunduk jer. Giler  merana. Last2 kakak aku nampak....laju jer gi report....sebulan kena bebel. Berdesing telinga uollls.

Waktu tu mana ada duit nak beli kaset..... bila lagu Feminim keluar jer kat radio cepat2 aku record kat tape kakak aku. Mengamuk perempuan tu sbb tape Siti Fairuz dia aku ambik (hahaha....apa kelasss lah ko long dengar Siti Fairuz). Kalau ada DJ cakap sakit jiwa aku sbb waktu record lagu tu ada sekali suara DJ .....bangang. Tunggu lagi sampai berjaya record keseluruhan lagu tanpa gangguan. Korang pernah tak tape suara sendiri....nyanyi lepas tu dengar balik macam suara tu sedap sangat. Kadang2 sengaja pasang kuat2 bagi orang lain dengar. Nak mintak dipuji lah konon. Mak Bapak aku mmg malas layan anak dia yang tak betul ni.

Kalau ingat2 kan balik zaman dulu memang best.....tu sbb kalau budak sekarang K-pop ker, Punk ker, Lady Gaga ker aku tak kesah....aku sokong lagi adalah.....sbb aku faham perasaan diorang. Aku dulu2 macam tu jugak suka ikut peredaran fesyen. Sekarang time diorang pulak. Yang penting aku mmg minat FEMINIM.



Pernah ikut fesyen rambut ni!!! Terasa diri sangat lah comel....seperti aku jugak ahli kumpulan feminim.

Ada baju and kasut boots ni......suka3.


Pernah gi Sekolah fesyen rambut ni.....habis jel bapak aku.....nak nampak basah punya pasal. Lepas tu pergi sekolah ketua pengawas nampak kena basuh rambut sbb kat sekolah mana boleh pakai jel. Dengki lah tu kan!!

Aku mmg enjoy waktu remaja......macam2 hal aku buat. Nanti kalau mood datang aku cerita yer.

4 comments:

Anonymous said...

Feminin la kak. bukan feminim. kekek kelaka je akak ni.

HappyIrfa said...

kelakar la elly ni..lahir tahun bape awak ni.saya suka gak feminin tapi suka tengok je la tak berani ikut style diorang sbb skolah agama..nanti mak marah.

tp rekod lagu guna tape tu penah buat..pakai tape dikir barat ayah..huhu..kena marah le jawabnya

niena zaar said...

waaahhh!!!suke gile ngan feminin neh..hik3..

Just Feminin said...

Nice entry, very appreciate it!!! Keep on support us... Feminin is OK!