Nuffnang Advertisement

Thursday, October 20, 2011

Berdikari......

Aku mmg dari kecik diajar oleh ibubapa aku hidup berdikari....kalau nak sesuatu.... usaha sendiri utk dapatkan.... jangan sekali2 mengharapkan pertolongan dari diorang melainkan benda tu betul2 susah atau aku tak boleh nak handle.

Korang bayangkan aku darjah satu bapak aku suruh bayar yuran sendiri....letak duit dalam sapu tangan ikat lepas tu suruh aku bagi kat cikgu....adik beradik ramai...bapak jer bekerja so aku kena pandai buat semua benda ni sendiri tanpa susahkan mereka. Kadang2 rasa kecik hati sbb waktu balik sekolah nampak parents ambik anak masing2 aku kena jalan kaki sendiri walaupun panas atau hujan. Pukul 6 pagi dah keluar rumah jalan kaki kesekolah. Budak zaman sekarang naik bus takut, naik teksi takut, kalau parents tak hantar atau ambik tak nak pergi sekolah.....ko tak fikir ker ko ni menyusahkan hidup diorang terpaksa terkejar kesana kemari.....kalau parents ko sihat tak apa....kalau yang sakit. Diorang tak pernah merungut....tapi ko sebagai anak boleh tak berfikir!!!!!

Kalau dulu raya nak baju lebih sikit...aku terpaksa kerja part time utk beli baju yang aku inginkan. Aku rasa benda2 macam ni buat semangat aku lebih kental. Ingat lagi duit belanja 50 Sen..... 30 sen beli nasi lemak balance 20 sen simpan utk sekolah mengaji petang pulak. Tak pernah merungut sebab tahu parents aku tak mampu dah sediakan banyak2.

Bila aku dah besar baru aku dapat rasakan betapa terima kasih aku kat mereka sbb aku menjadi seorang yang berani, tidak mengharapkan bantuan orang. Insyaallah aku akan didik anak aku benda yang sama nanti.

Cuma aku nak fokuskan kat sini....perangai budak2 zaman sekarang yang masih mengharap bantuan ibubapa, manja tak kena tempat semua benda korang harap parents sediakan dan selesaikan....macam mana ko nak matang kalau semua benda korang harap parent selesaikan. Masuk college jer ibu bapa dah sediakan kereta....pakaian dah digosokan, makan ibu sediakan....tahu nak gi college baju dah siap, makan dah sedia, minyak kereta dah penuh, duit dah ada dalam wallet. That way budak2 zaman sekarang tak boleh nak handle masalah or benda yang susah sbb dalam kepala diorang sure parents akan membantu.

Cuba korang bezakan zaman dulu dan zaman sekarang....mana ada banyak kes buang bayi, dadah, bercerai, bunuh sbb aku rasa pendidikan orang dulu2 dan zaman sekarang amat berbeza. Budak zaman sekarang tak tahu membezaka baik dan buruk, tak tahu nak fikir secara waras sbb selama ni segala keputusan korang harapkan ibu bapa yang selesaikan. Jadi bila tak dapat meminta bantuan dari mrk jalan yang mudah yang korang ambik bunuh diri, buang bayi atau membunuh.

Kemon lah.....diorang dah besarkan korang dari kecik sampai besar....boleh tak korang sebagai anak jangan menyusahkan kehidupan diorang lagi. Selagi korang boleh selesaikan masalah tu korang selesaikan jangan libatkan mereka. Aku menulis ni bukan tujukan kepada sesiapa tetapi peringatan utk diri aku sendiri dan anak2 bila besar nanti. Wei! wake up lah....berdikari lah....lemas lah tengok budak yang manja2 ni, melalak tak kena tempat!. Boleh tak sematkan dalam hati tu.....aku boleh buat!.....bukan aku ada parents or adik beradik boleh selesaikan! Kalau ko ada pikiran macam ni sampai bila2 korang akan jadi tak matang. Ada faham.....renungkan dan selamat beramal.

* Utk anak buah aku yang baca ni dgr dan ubah....jgn menyusahkan mak bapak korang. Utk anak2 mama...please mulai skrg ubah perangai pemalas dan mengada-ngada tu...nak tgk mama jadi singa buat!!!.

5 comments:

si cokelattte said...

serraaaammm....

Anonymous said...

Salam Elly... suke dgn enty u yg ini... teruskan menulis ye...

- kak elita

fadel said...

Hi Elly...i setuju dgn ckp u tu. Anak2 zaman skrg memang manja lebih. Nak apa saja mak bpk boleh belikan. Now i baru rasa azabnya sbb anak sulung i darjah satu tp perangai macam budak pre school sbb manjakan dia lebih...dpt adik pun lambat naik lemak lah dia...now i kena ajar dia lebih berdikari ...masih belum terlambat rasanya.Anyway i enjoy baca blog u...

HappyIrfa said...

fuyoooooooo kagum.
ingat lagi belanja 50sen.20sen nasi lemak 10 sirap..20 sen simpan nak beli eskrem depan pager balik skolah nanti..sekarang anak aku belanja rm2.pdahal dah bayar rm50 utk makan tengah hari kat skolah.

lagi kagum..ada mak bapak bila anak kawen siap pagi rumah sebiji.
best gile kan?

Yati Ali said...

As salam Elly, suka dgn entry you ni. Anak2 skrg mmg senang benar hidup dia org. apa nak aje dapat...
salam kenal..