Nuffnang Advertisement

Monday, October 31, 2011

Aku tak pandai ker???

Jawapan utk tajuk diatas adalah YA. Giler jujur mengaku tak pandai.

Aku tiap2 malam akan buat revison dengan adik. Yaya blh belajar sendiri kalau dia tak faham baru dia akan tanya. Minggu depan adik exam. Tapi setiap kali aku buat revision ngan adik mesti aku emo atau rasa nak mengamuk.....sbb aku rasa subjek budak2 zaman sekarang melampau susah. Giler ker apa budak 6 tahun dah berlajar pecahan, campur angka ratus2, belajar pasal duit, penjodoh bilangan....agak2 lah wei. Aku rasa zaman aku dulu pecahan semua ni darjah tiga jer baru belajar.

Aku emo plus tension sbb tak tahu macam mana nak explain kat anak aku....mcm2 cara aku guna tapi tetap tak faham sbb diorg ada teknik2 yg digunaka kalau buat kira2....aku still guna cara lama kira guna jari tangan ngan kaki kalau tak cukup jari pinjam mak aku punya jari...hahahaha. Diorg ada pulak teknik simpan 10 kat kepala yg lain guna jari.

Mmg aku tak leh jadi cikgu mesti anak murid lebih pandai dari aku......tapi kalau cikgu lakonan aku pandai. Especially watak perempuan giler. Ok berbalik pada persoalan tadi.....knp ek? sekarang subjek  susah2 .....sbb budak2 sekrg dah pandai kot. Atau otak aku yang lembab tak berkembang.....

Kalau tengok balik kertas exam BM Yaya lagi aku pening kepala.....dah lah jawapan semua hampir sama lepas tu tak ada satu jawapan yang salah....semua aku rasa betul. Kat sini dia nak uji kot mata ngan otak ko tajam ke tak utk cari kesalahan yang kecil. Aku kan kelam kabut kalau macam ni lah zaman dulu.....mmg x jadi sexyteri lah aku sekarang.

Aku rasa budak2 sekarang mmg amat memerlukan bantuan cikgu tuition....nak harap mak bapak mengajar kat rumah mmg tak do....nak pulak dapat mak yg lembab mcm aku. Jadi moral of the story korang sediakan duit lebih2 kalau nak anak pandai. Tak pun aku kena belajar sekali ngan cikgu tuition tu supaya sama2 cerdik ngan anak aku.

5 comments:

fadel said...

setuju!.. dulu waktu aku darjah satu nak exam tak yah study pun... skrg anak aku nak exam kita kena study sekali...soalan exam pun kadang mengelirukam..

HappyIrfa said...

aku juga hadapi mslh yg sama.
kadang2 sian anak aku kena marah sbb aku kata 'camner tak leh jawab?cikgu tak ajar ker?kalau kakak tengok apa yg cikgu ajar takkan xleh jawab'boleh gitu..aku Math mmg angkat bendera la..lain2 mata pelajaran boleh lagi la

Elly said...

Fadel: Betul aku darjah satu relax giler...tau2 ada exam. Hahaha

Irfa: Ko ngan aku sama tahu nak marah jer kalau anak x faham.

Anonymous said...

ye la..betul tu..soklan skang susah2.ke bdk2 skang makin cerdik ha???poning mak nak layan.sib baik dh lepas.result skola agama dh dpt smlm.skola pagi separuh dh dapat separuh lagi this week la kot.

Anonymous said...

me too..bila anak2 nak exam ... i pun akan meroyan sama jugak..sbbnya takut dia org x blh jawab soalan...pelajaran sekarang memang susah..sbbnya murid2 sekarang memang advance!