Nuffnang Advertisement

Monday, September 26, 2011

Siti Ayesha Birthday - Theme Bollywood kata nyer

Sabtu lepas cucu boss I....... Siti Ayesha birthay. Cuba korang bayangkan anak dia punya wedding hari tu pun meletup cantik.....ini cucu pertama punya birthday lagi2 bertambah meletup.  Bertempat di One World Hotel.....ko mampu buat birthday kat Hotel.....Theme Bollywood.

Seperti biasa aku kang kelam kabut baru nak cari baju anak2 pagi tu kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Jumpa satu kedai ni dekat dgn Semua House.....baju semua cute2 and cantik....harga pun boleh tahan. Setelah 4 - 5 helai anak aku bertukar-tukar baju seperti artis bollywood.....seperti diorg punya birthday pulak nak bergaya sakan akhirnyer aku ngan En Win telah memilih baju ini :-

Kareena Kapoor & Rani Mukrejee. Ok Baju settled cari gelang tangan n kaki pulak. Aku pulak yg excited...dah beragan ni nak ikat kan tocang dua....pakai puttu (tanda kat dahi tu), letak bunga melur sekeliling tocang....fuh! macam anak aku punya birthday lah hari ni.

En Win: Tak yah ma.....gelang tangan cukup jgn nak over. Membazir jer. Baju ni pun sekali jer pakai nanti.

Yaya: Ma.....Yaya x nak pakai lah tanda kat dahi ni.....nanti berdosa. Bunga ni pun tak nak busuk....

Hancur hati i uolls....anak dan suami tidak mengikut kata....tapi betul gaks buat apa membazirkan.



Ala2 tomei nyer anak mama......I Like

Korang jer nak bergaya....mama pun harus jadi Aishwarya Rai.

Birthday girl Siti Ayesha....birthday yang ke 5 . Cuba korang bayang kan 5 tahun pun birthday meletup cuba kalau 21 tahun sok.....

Salute to Shazmin (Ayesha's mother) idea dia meletup. Cantik sangat.

Cutekan semua kena pakai baju bollywood....lepas tu semua kids kena menari lagu hindustan. Korang siap ada jemputan lagi penari ala2 dalam cerita bollywood...aku yg lebih2 bergoyang sakan kat belakang.

Games

Aktiviti....buat frame kat gambar sendiri.

Aktiviti.....buat gelang

Adik buat Henna.....lepas birthday nangis takut cikgu marah.

Twin.....hahahaha ada pulak baju serupa hari tu.

Me with kids.....

Mak2 pun harus bergaya sama.

Birthday cake.....superb cantik gilers. Berapa ratus agak2 nya yer?

Adik: Mama....nanti birthday adik nak buat kat sini.....nak cake macam tu jugak

Kan....aku dah kata anak aku pun suka berangan macam aku jugak.....kita tak mampu dik. Nak buat kat Mc Donald pun mama pikir 10 kali. Hahahaha......

Kemon pa....theme bollywood bukan kesultanan Melaka. Hahaha.....actually after birthday diaorang continue dgn Majlis Hari Raya so En Win joint Majlis Hari Raya tu yang pakai baju Melayu.

Sayang nyer anak mama ni.....gigit kang!!


Lupa nak kasi tau waktu birthday Ayesha's hari tu ada artis bolly datang.....nak tahu siapa tak??






























































fuh! giler beratur nak ambik gambar....




























































jeng3































Inilah Shah Rukh Khan & Aishwarya Rai (Kuch Kuch Ho Ta Hei)

Datang bersama family nyer......

3 comments:

Anonymous said...

hi elly,blh ke komen kt entry ni?haha
pendapat i,mula2 baca blog u mmg 'macam ada' ciri blog lain,tp bila dh lama2 mmg xla,ok jer,life u pun mmg best nk baca.i pun sronok tgk u update...pasni ni rajin update tau!

Miss Moon said...

haha matik matik ingat betol artis dtg hahahhaha

Liyanaroxx said...

hahahaha kak elly...ingatkan btol2 ada artis dtg ar tadik...hehehe btw comelnya your daughters! =)