Nuffnang Advertisement

Wednesday, September 28, 2011

Makan dan makan dan makan.....

Jumaat lepas Company Open House seperti biasa aku kan Ahli Jawantakuasa harus aku yang menghandle segala urusan majlis ni.....bukan aku sorang yer semua ahli jawatan kuasa.....ayat mula2 propa jer lebih sbb aku mmg giler kuasa. Muahahahaa

Aku seperti biasa handle tempat dan makanan....utk menyenangkan kerja sekali lagi aku memilih KLGCC dan makanan pun dipilih oleh aku mengikut tekak biawak aku. Mudah kan! Setelah perbincangan dibuat dgn ahli jawatan kuasa yang lain bukan sahaja makan tapi kita juga menyediakan aktiviti2 yang berkaitan dgn raya di majlis tersebut....harusssss boss bangga ngan idea aku. Confirmed bonus 3 bulan.....

1. Petandingan Karaoke - Live band uolls tak main pakai screen2 ni
2. Pakaian Baju Raya tercantik - sengaja tau AJK tidak dibenarkan bertanding takut aku menang lah tu
3. Teka tajuk lagu Raya - Perempuan band tu nyanyi lepas tu korang teka tajuk lagu. Meletupkan idea aku!
4. Buat perkataan yang berkaitan dgn raya. Contoh Bunga Raya
5. Acara yang ditunggu2 - Poco2 dan Joget Lambak. Hahahahaha......

Setiap pemenang akan mendapat duit raya yang di sediakan oleh Kelab Sukan. Sorry uolls gambar tak banyak maklum lah AJK very d busy.


Seperti biasa ini kan Majlis aku.....harus aku beramah mesra dgn staff yang hadir. Disini sahaja korang boleh nampak mcm mana berkuasa nyer aku di office ini. Hahahahaah (gelak syaitan).

Lawatan diteruskan.....

Pertandiang karaoke bermula....

Kenapa suara mengigil nok! Tempo tu jaga.....

Pertandingan pakaian tercantik....

Poco2.....follow step please. Ishhh lintang pukang aku tgk.

Joget lambak....sampai melengkung badan aku menari....ko boleh. Matilah boss aku tgk jer perangai sexyteri dia yang giler.....yang penting tarik boss nari sama. Berani kan....Perempuan baju hijau tu aku rasa dia dah giler.....ko lupa ko ngandung kan! dengar lagu badan bergoyang....stop lagu nak muntah pening katanyer...

Ala2.....kenan anak ko esok muka aku baru tau! tapi tak apa aku stock jelita. Muahahahahah


Isnin 26 September 2011

Makan lagi....potluck raya kata nyer. Orang lain aku arah kan bawa makanan sedap2 aku seperti biasa hanya membawa air dan cake. Budak2 office ni dah masak sangat perangai aku kalau tak bawak buah sure aku bawak air. Untuk tidak nampak bersalah....selalu nyer aku akan bagi duit dan upah diorg masak. Janji bawak kan!!!!.

Fuh! macam pesta makan. Sedap korang... ada laksa, Lontong, lemang, sambal goreng, rendang ayam, sambal sotong, kuah kacang, satay, ayam golek, rojak buah, kuih muih.....banyak2 tak tertulis. Giler sedap!. Kita makan dulu....esok2 jer lah pikir diet.

Meriah2....

lazat2......

No comments: