Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 27, 2011

Happy Birthday Papa!

Ahad lepas birthday FIL yang ke 66 tahun. Happy Birthday Papa! Semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang bagus...Amin.

Tepat pukul 12 mlm seperti biasa aku anak beranak called FIL menjerit2 nyanyi lagu birthday! Kesian jiran sebelah rumah aku kan kerana mendapat jiran yang sangat giler itu belum lagi suara aku yang mcm petir ni marah kan anak2 tak buat homework atau buat sepah. Aku rasa diorg mesti berdoa supaya aku cepat pindah. Hahahaha. Tak2 jiran aku sangat baik....selalu masak sedap2. Bila aku tegur jer sedapnyer bau makcik masak ...confirmed aku dapat semangkuk lepas tu. Agak2 aku malas masak....rajin jer aku menegur dan berbuat baik "Makcik ni pandai masak lah....teringat kat mak saya". Kejikan perangai aku......

Seperti biasa aku lah yang akan meng organise tempat2 makan.....harus aku fikir tekak aku kan. Hari tu aku rasa macam nak mkn western sebab lately ni asyik makan lauk melayu jer kat open house. So aku telah mencadangkan pergi ker Full House kat The Curve. Cadangan aku telah diterima bulat2 oleh En Win.... So cepat2 call FIL suruh diorg siap2 utk bawak gi The Curve.  Cadangan aku tak diterima.....padan muka aku org keji mmg selalu mendapat balasan yang sungguh cepat. Papa nak mkn Jln Alor nak makan sweet sour fish & tom yam. Ok.....kita haruslah mengikut kata birthday boy!!

So En Win ambik parents dia bawak rumah aku dulu.....sebab aku tak siap lagi. Angin jer En Win kat aku. I banyak kerja ok....u kena faham isteri u ni kan macam Rosmah Mansur. Harus kebajikan rakyat difikirkan dulu.....

Acara penyampaian hadiah dari cucu2.

Adik bagi card jer.....sbb waktu cari hadiah dia sibuk cari mainan utk diri sendiri.....kalau adik beli mainan tak boleh beli hadiah atuk. Selamba jer dia jawab.....baik beli mainan adik.... atuk kita bagi card jer lah.....Yaya kan dan bagi hadiah. Perangai sebijik mcm aku mementingkan diri sendiri.....bukan salah ibu mengandung yer anak2.


Jalan Alor....TERBAIK. Sehingga menjilat jari kaki. Jari En Win pun aku jilat sekali......

Ini lah keluarga in law aku.....selagi tak penuh meja selagi tu mulut tak henti order. Siap org tu yang stop kan kitaorg....saya rasa dah banyak lah encik order. Hahahaha....boleh ker macam tu. Tengah2 mkn panggil lagi tambah satu lagi nasi goreng.....encik ini bungkus ker makan. Makan lah....perli ke apa? Licin ko....walaupun pada mula nyer aku mcm eksyen tak nak makan sbb tak lalu konon....tapi aku lah org yg last sekali berhenti mengunyah.....ma ribut pun dah berhenti.....shut up u

wah! muka aku dah kurus.....Shira why u so demuk!!!

Lepas makan continue gi Coffee Bean kat Pavillion. Minum coffee sambil merehatkan perut dan minda. Disbbkan tadi waktu makan di Jln Alor kitaorg lupa nak nyanyi birthday song sbb teruja melihat makanan. Maka di coffee bean ini lah kita mendendangkan lagu birthday yang mana harus suara aku yang paling merdu. Orang sekeliling begitu kehairanan kerana tiada cake tetapi tiba2 kitaorg menyanyi.

Ishhhh.....anak2 aku ni macam org tua......org minum ice blended....ko blh mintak Hot Tea.....apa kelassss.

Ma....cepat tangkap gambar adik suap kan atuk.....over tau.

Yaya pun nak jugak........

1 comment:

Syielala said...

kat ne kdai tu..bg full address+harga+menu popular..nk g gak..mcm sdap je