Nuffnang Advertisement

Monday, September 19, 2011

Graduation Day!!!

Saturday lepas.....adik punya Graduation. Sekolah ni buat awal sikit....bagus gaks tak ada hujung tahun kelam kabut.

Ala2 tomei anak mama.....next year dah darjah satu. Adik ni nakal sikit kat rumah....tak ada kerja lain asyik bully jer kakak dia. Si lembut tu pulak ikut jer apa yang adik dia suruh. En Win kalau baring or duduk depan tv habis di loncat2 nyer. Nak marah tak sampai hati sbb badan kecik sangat.

Perangai adik :-
* Bangun pagi muka ceria giler...."Hai Mama". Perkataan pertama yang akan dia cakap
* Senang suruh mandi (tak macam kakak dia pemalas mandi)
* Makan apa sahaja.....semua dia nak cuba
* Tak susah pilihkan baju or kasut....semua dia ok
* Rajin gi sekolah and tuition
* Suka buat homework and latihan....beli jer buku latihan haritu jugak dia nak habiskan.
* Suka membaca

Perangai Adik berbeza betul ngan kakak dia....tu sbb kat rumah 5 minit jer baik yang lebih tu bergaduh. 24 jam datang mengadu....."mama...Yaya x nak kawan adik". Aku dah faham sangat buat penat jer tanya....sbb kejap lagi confirmed baik balik.

Wah! Adik dah tamat belajar.....


Paling kecik dalam kelas.....mana nak cari baju sekolah tahun depan. Confirmed kena hantar tailor jahit. Kalau bawak beg sekolah pun x sampai hati aku tgk....terhuyung hayang. Risau aku darjah satu esok mesti tak dapat beli makanan kat kantin sbb asyik kena tolak jer kan.

Bangga tu......sijil kat tangan. Seperti biasa aku ngan En Win kan over dan giler.....bila cikgu announce nama anak aku utk ambik sijil....kitaorang ni siap bangun nak bersorak....tepuk giler kuat. Lambai2 macam anak ko sorang jer dapat sijil kan.

Kencang betul budak2 ni menari.....hafal laks tu step.


Anak aku main "Angklung". Kalau x silap diorg main lagu gelang si paku gelang......apa lagi nak pulak anak aku yang buat persembahan.....harus semangat aku laki bini berkobar2.....wah! tepuk tangan macam nak rak badan aku bergoyang2 ikut irama.....support tak ingat uolls.

Berangan lah tu......kemon dik......goncang kuat sikit.

Negaru Negara ku......

Adik with principal.....

Yaya & Adik

Adik ngan best friend "Puteri". Balik sekolah jer mesti cerita pasal Puteri. "Ma...puteri kan dia ada colour pencil baru.....dia ckp esok dia nak beli kan utk adik".


2 comments:

Anonymous said...

asal ko suke tiru cara org blogging haa?ko xde idea sendiri ker..aku baca ko nye blog rase macam baca balik blog blogger kesayangan aku..pleaseela tolong jadi diri sendiri..jangan tiru org boleh tak???sedih aku tengok ko nih..!

Anonymous said...

ehhhh.. nie ke kak yg kater tiru blog org 2??? hahhahah... rasa xder same mane pun.. emo bebenor.. xpe kak.. lantak p jer org cenggitu... go kak elly!!