Nuffnang Advertisement

Tuesday, August 23, 2011

Mood Raya sulah latang......

Lately ni kalau aku sampai rumah mesti pasang lagu raya kuat2 lepas tu aku joint sekali menyanyi.....sambil masak....kena lagu joget terjongkit2 bahu aku ikut irama. Jiran sebelah rumah aku kena lah terima hakikat yang dia berjiran dgn perempuan giler perasan suara sedap.

Lagu raya yang aku paling suka Mamat (ku pohon restu ayah bonda)......fuh!! aku kalau menyanyi lagu ni feeling habis....sampai bercucuran lah air mata...."duhai bonda....duhai ayahanda dengarlah rayuan anakanda" perggghhh nampak sangat macam banyak dosa. Kalau on d way balik kampung dengar pulak lagu Uji Rashid & Hail Amir......sah2 aku akan berduet ngan laki aku. Waktu tu feeling nak Raya memuncak uolls.

Hujung minggu hari tu sibuk anak2 aku suruh beli kan kad raya.....nak bagi kat cikgu kata nyer. Ok layan jer lah aku dulu2 pun macam tu gaks.....kalau tulis kad raya kat kawan2 harap pembalasan kalau tak balas next year jgn harap dapat kad dari aku lagi....

"pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas"
"pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung"

Ayat ni confirmed ada kat kad raya aku.....kalau tak faham jugak tak tahu lah aku. Bila dapat kad raya asyik kira jer siapa punya paling banyak.....kalau kau dapat banyak kau glamer lah.


Bersungguh2 ni tulis kad raya.....siap suruh aku beli magic colour lagi. Bestkan jadi kanak2.

Ingat lagi dulu Kad Raya 30 sen jer sekarang wa cakap lu RM2.50 "terperanjat boboi".

Malam main bunga api pulak......



Seronok kan...... i mmg suka raya uolls.....

No comments: