Nuffnang Advertisement

Friday, August 12, 2011

Minggu penuh dgn keinsafan....

Wah! tajuk tak boleh bla..... ala2 Dr Mashita. Manisnyer kurma ini........

Tak tahulah kenapa dua tiga hari ni mood aku tak berapa ceria....nak pulak kawan2 semua berkongsi masalah dgn aku. Diorang cakap aku pelawak so bila diorang luahkan masalah tu dekat aku.....aku boleh mengembirakan hati diorg.

Alhamdullilah kalau diorang dapat rasakan aku boleh membantu sedikit meringankan masalah diorang. Tapi aku yang mendengar nyer kadang2 terfikir dan bersyukur sangat2 dgn kehidupan aku sekarang. Setiap kali kawan2 meluahkan perasaan atau masalah aku bersyukur kerana mendapat pengajaran dari cerita2 mereka. Berat rupanyer penderitaan kawan rapat aku ni.....ini semuanyer berpunca daripada penceraian dan hak penjagaan anak. Setiap malam uolls setiap kali aku pandang anak2 aku....mesti aku akan teringat kan kawan aku ni macam mana dia menempuhi kehidupan tanpa anak2 didepan mata kerana hak penjagaan masih belum diputuskan lagi.

Ayat dia yang sentiasa bermain diingatan aku dan boleh membuat kan aku sedih dan menitiskan airmata "kalau kau nak tahu aku cuba tahan air mata aku dari keluar sbb aku tak nak anak2  tengok aku lemah dan sedih". "Aku redha kalau mmg dia dpt bawak anak aku lari ....aku dah cuba yg terbaik buat anak2 aku".

Sedih giler kan....aku rasa kalau aku kat tempat dia aku nak boleh jadi giler....InsyaAllah dugaan ini akan berlalu...tuhan menduga kau sbb dia tahu kau kuat.

Dia sumber kekuatan aku.....setiap kali aku teringatkan kawan aku ni.....aku akan menjadi lebih kuat dan berjanji akan menjadi yang lebih baik dari sebelum nyer. Aku tak boleh nak bagi tahu siapa kawan aku ni tapi kalau kau terbaca apa yang aku tulis ni apa yang aku boleh cuma berikan kata2 semangat.

"Aku tahu kau kuat semangat.....kau jgn sekali-kali putus asa......jgn lari dari masalah....ingat anak2 dan kawan2 sentiasa ada disisi kau. Aku bangga dgn kesabaran yang kau ada.....kalau kau rasa perlukan hiburan datang jumpa aku tau".

Huaaaaaaa.... i sedih uolls. I mmg mengada uolls tak dapat beg, kasut or baju baru dah jadi masalah besar bagi I....i janji uolls x nak mengada lagi.

No comments: