Nuffnang Advertisement

Friday, August 12, 2011

Buka Puasa Day - 12

Konon bulan puasa ni niat sambil berpuasa nak diet sekali. Tak ada makna nyer....asyik mencekik jer kerja aku. Kalau kat rumah makan nasi 2 pinggan tu belum lagi balance2 nasi kat pinggan anak aku....aku habis kan jugak....sayang buang nasi kata nyer. Nak pulak aku penat memasak harus lauk tu aku habis kan.... maklum lah masakan aku kan sedap.

Hari tu buka puasa kat Concorde aku boleh duduk kat situ dari kul 7pm sampai kul 10pm jap2 aku ambik lauk, jap2 aku ambil dessert.....aku gi berak jap lepas tu sambung balik makan. Semalam kat KLGCC melantak lagi laksa lah, mee rebus lah, satay lagi.....fuh giler makan tak ingat.

Sah baju raya aku tak muat......sekejap jer aku boleh pakai skinny jeans dua minggu selepas tu boleh masuk takat peha jer....bukak pelan2 simpan balik dalam almari.....kalau En Win nampak harus aku kena gelak 3 malam berturut-turut. Sekejap jer insaf lepas nampak makanan aku lupa daratan balik. Lepas tu dalam hati confirmed aku cakap "ini last aku makan....esok pagi janji tak nak makan banyak.....aku kena diet". Kelemahan aku nasi dan lauk kampung mmg x pandang kiri kanan.....western ni tak masok tekak aku. Nak pulak kalau ada Patin Tempoyak....perggggghhhh air liur aku dah terkena keyboard ni.

Dulu aku tak macam ni......semenjak aku berkerja kat Yasmin Holdings kawan pulak dgn org2 yang suka makan......terjebak aku. Sebelum joint company ni berat aku 45 - 47kg sekarang ni 53kg (hambik kau). We all sanggup lunch time drive gi Ikan Bakar belakang Istana lah, Gi Sogo cari nasi minang, steamboat lah....mana tak gemuk.

Pagi tadi aku terbayang ketam & ikan pulak.....terus ajak En Win makan luar. Nasib baik dia ok!! We all makan kat Abdullah Chin Seafood meletup sedap sambil menjilat jari kaki....


Azan jer aku terkam satay dulu....giler kau sambil tunggu waktu berbuka aku terbau asap2 satay ni masuk celah2 hidung aku.....


Singapore meehoon

Chinese Fried Rice

Tak tahu nama ikan ni....sbb En Win yang pilih "Deep Fried soya sauce".

Kangkung belacan.....ttp melayu walaupun mkn lauk cina.


Crab Dry Chili.....sedapnyer

Puas hati aku dapat makan semua ni.....separuh jalan makan boleh bangun bukak butang seluar sambung balik makan. Buruk perangai kan. Macam aku sorang jer berpuasa kat dunia ni.....sekejap jer insaf nampak makanan lupa kesusahan....lepas dah kenyang melantak baru insaf balik....boleh ker macam tu. Tak ada makna nyer nak jelita di pagi raya kalau muka dah bulat, perut dah buncit, peha dah membengkak. Jadi elakkan lah berdiri dekat dgn org kurus....harus kau nampak hodoh. Berdiri disebelah org yang berbadan mcm syanie tu.....harus kau nampak jelita kan.



Apa yg terkebil2 kopek ketam tu....guna gigi sudah......

No comments: