Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 24, 2011

Bapa Mithali......

Hari ni mood nak puji En Win.....ialah tak kan korang pulak yang puji laki aku harus ada makna tersembunyi kalau korang yg puji. En Win mmg seorang ayah yang baik dia suka betul melayan kerenah anak. Aku kalau gi holiday berhari2 pun tak risau tinggalkan bawah jagaan En Win. Pernah dulu dia kerja kat Brunei selama setahun dia sanggup balik dan berhenti kerja sbb tak boleh tanggung rindu dgn anak2 dia. Bila berckp ngan aku kat telepon biasa jer......bila borak ngan anak berjam2. Anak aku yang pertama tu sampai pelajaran dia drop habis.... tak ada semangat nak gi sekolah. Aku jangan cakap lah kurus kering sbb kat sini semua aku kena handle sorang2.

Both of my dotter mmg rapat giler ngan En Win.....bukan ckp diorg x rapat dgn aku cuma aku ni kat rumah garang sikit so diorg tak berani sangat. Kalau dua2 lembut nanti tak hormat pulak. Both of them kalau dapat exam result ngan En Win diorg tak takut nak tunjuk dgn aku kalau result tak berapa bagus cakap suara perlahan jer. Tak ada lah sepanjang masa aku garang....kalau time berlajar ngan rumah bersepah jer suara aku macam petir....yang lain lantak korang lah.

Hari tu ada bincang2 ngan En Win nak tambah anak lagi sorang tahun depan....lepas tu tutup kilang terus. Doakan yer supaya hajat tercapai....kalau blh nak anak lelaki ada tips tak uolls......





Dengan father pun En Win rapat giler.....jln gi mana2 mesti pimpin tangan .....sweetkan. Mintak2 aku dapat anak lelaki mcm perangai laki aku jugak....ambik berat teramat sgt kat parent. En Win ngan bapak dia mmg rapat waktu gi Brunei dulu sampai FIL aku jatuh sakit. So terpaksa lah En Win bawak dia duduk sekali kat sana.....Alahai baik nyer u darling (wah puji husband melambung tak ingat). Pasal semua ni lah I sayang kat u sangat..

No comments: