Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 6, 2011

Suka uollsss ngan ID rumah I......

Nak tuduh lah tu aku eksyen...... ada aku kisah. Ini kan blog aku suka hati mak lahhhhh. Hahahaha.... semalam aku dgn En Win jumpa our ID yang sangat comel (harus puji supaya dia akan buat lebih meletop tetapi murah) iaitu En Wan. So far dia baru buat plan depan rumah dulu sbb nak kena submit plan tu nanti kat Majlis Pembandaran Ampang Jaya....iyalah uolls harus disaman nyer nanti kalau suka2 buat renovation tanpa approval.

Aku ni buat2 muka terror tapi satu benda pun aku tak faham...."kita akan guna batu mcm ni ....knp kita guna batu ni sebab...bla bla2. Aku yo2 jer angguk mcm paham bebenor.....laki aku dah faham perangai aku balik sure aku tanya kat dia. mcm2 soalan. Aku akan bertambah lagi lembab kalau kau ckp without drawing lagi aku tak faham.....I bukan lembab uollss tapi kurang faham.


Terjojol mata aku sbb cuba kau tgk perkataan kat bawah tu "Elly Residence" kembang kuncup hidung aku.....En Win tendang2 kaki aku  bawah meja....sukalah tu ada nama dia. Ooooo mcm ni org ID buat presentation kat customer..... kalau ada gambar macam ni mmg lah aku faham. En Wan ni bagus uolls lemah lembut kau tanya lah soalan bodoh (itu sure dari aku) di jawab dgn sungguh sopan santun dan sabar. Jom kita tgk apa yg di cadangkan kat rumah aku ni..... 

Gambar design lama.....



Tak banyak actually dia ubahsuai kat depan ni.....sbb dia kata design lama dah cantik....takut kalau aku buat over sangat.... dah lari konsep dan rumah aku akan nampak pelik (sebenarnya aku mmg suka nampak pelik barulah over....riak lah tu). So En Wan cadangkan cuma tambah balcony dan wall besar kat tepi rumah tu. Aku suka sbb rumah aku sorang jer ada balcony so malam2 boleh duduk luar sambil berpelukan dan berciuman bagi jiran semua tension. Dinding tu direka supaya jadi penghalang jiran sebelah tak dapat mengintai aku bila beromen dan dia x dgr kalau aku mengumpat.

Simple and nice aku suka.....both of us agreed dan esok dia akan submit kat MPAJ. Next week jumpa En Wan utk discuss dalaman pulak. We all decide nak pindah hujung tahun jer tapi kena buat dari sekarang so boleh lah beli barang sikit2.

1 comment:

Miss Moon said...

hai elly ...wink wink