Nuffnang Advertisement

Monday, July 18, 2011

Shopping Raya & Makan2

Korang nampak tak semangat aku nak raya........ berkobar-kobar ni bangun pagi2 sbb nak shopping baju utk anak2. Yes! aku mmg suka bersiap awal..... tak ada makna nyer aku nak berebut2 waktu bulan puasa. Harus aku jadi singa bila tak jumpa baju nanti. Bulan puasa aku suka duduk rumah dan membuta.

Bulan ni aku ngan En Win memang buat peruntukan utk shopping baju anak2, aku dan En Win sekali. Sbb bulan puasa En Win akan busy berniaga. Bulan depan peruntukan utk duit raya, kuih raya, barangan rumah dan barangan dapur. Baju anak2 buah dan mak bapak aku dah settled bulan lepas. Sangat berhemahkan.

Macam nak patah kaki aku berjalan.....mula2 gi KLCC lepas tu Pavallion. Aku dah tak larat balik rumah tidur sekejap. Malam Lot 10. Banyak buang masa sebenarnyer sbb En Win asyik berhenti makan jer. Aku kalau nak cari barang cari sampai habis lepas tu baru fikir makan. Anak2 aku pun dah pandai pilih baju sendiri.....semua aku tunjuk dia kata tak cantik....sakit jiwa uollss. Yaya buat perangai nak beli short.....giler ker aper nak raya rumah orang pakai short. Lepas tu bila pilih kasut nak beli kasut boot. Ya Ampun kau ingat kau nak gi menyayi ker. Sakit nyer jantung aku.....hujung2 aku tgk laki aku belikan sebab air mata dah meleleh. "Biarlah Ma....bukan selalu. U remaja pun macam tu jugak".

Adik pulak semua baju aku tunjuk dia kata tak cantik.....semua uolls tak ada satu pun dia berkenan. Aku pun tak tahu dia nak apa sebenarnyer. Last2 aku pilihkan tanpa tunjukan kat dia. Kau degilkan pakai jer apa yang aku beli. Since nak shopping baik angkut semua sekali baju tidur, baju kecik semua aku rembat.  Settled semua dapat 5 pasang sorang & 3 pasang baju tidur. Baju tidur penting uolls....tak kan nak pakai baju lama malam raya.

Sampai2 KLCC makan dulu kat Aseana

Muka masih lagi ok masa ni....kejap lagi aku jadi perempuan giler dgn rambut aku ikat tinggi2. Itu belum aku terjerit2 suruh diorg try baju. En Win duduk jer kat counter sambil gelak2 kan aku.

"Pa baju ni cantik tak utk Yaya"
"U ni kampunglah nak bagi anak pakai dress..... mama tak pandai pilih kan Yaya"..... kita kena pakai short & boot barulah stylo"
"U cari sendiri....malas i nak layan"

Aku bukan saja kena melayan anak2 tapi yang lebih menyakitkan hati aku adalah En Win.....lepas ni U bagi I duit biar I cari sorang2.... u jagalah anak2 kat rumah.

Pandai kau bodek bapak kau yer.....

3 orang ni kalau combined aku mmg meroyan.

Lepas habis shopping kat Lot 10 lepak makan kat Jalan Alor

Dah tak kuasa nak bergaya....

"Hello..... boleh tolong culik saya......sudah tak tahan dgn saya punya bini asyik shopping saja".

Kat depan Bukit Bintang hari tu ada Concert so lepak2 ngan anak2.



Apa yang best sangat ni sampai mencangkung korang anak beranak.

Orang Arab menunjukan kan belang nyer.... menari di khalayak ramai

Lepak kat Arab Restaurant..... anak aku tercengang sbb tak sangka tempat tu tiba2 jadi hapenning. Semua orang bangun menari bila dgr muzik di mainkan. Enjoy  bangat waktu ni.

Ewah!

Aku kan pantang dengar muzik apa lagi joint sekali lah......


Suka kau yer dik..... berdancing2


Yahoo! next week shopping lagi. Iyolah bapak ngan mak kau kan cop duit.

No comments: