Nuffnang Advertisement

Thursday, July 14, 2011

Semalam aku meroyan kat rumah.....

Anak2 aku mmg buat aku naik hantu semalam..... selalu nyer aku jarang pukul mulut jer membebel tapi nak pukul aku selalu tak sampai hati. Semalam aku terpaksa pukul  ngan tali pinggang sbb nakal melampau sangat. En Win tak ada so diorg tidak mendapat pertolongan.

Diorang sampai rumah dalm pukul 7.00 malam dekat gate dah terjerit2 lapar..... kesian pulak aku tgk. Ok tak payah mandi dulu gi terus makan sbb aku sempat masak semalam. Settled..... pukul 7.30pm En Win gi kedai....so tinggal aku ngan anak2. Tengah aku basuh pinggan aku dgr diorg main kejar2 kat hall lepas tu bergaduh melalak tak ingat..... aku boleh sabar lagi. Suruh mandi..... tak nak....jawapan 5 minit lagi Ma. Dah pukul 8pm tak mandi lagi.....aku dah naik hantu sikit tapi masih boleh bersabar. Lepas membebel diorg gi mandi...... dalam bilik air bergaduh lagi melalak sekuat2 alam. Bila aku  gi bilik air tgk sabun penuh kat lantai. Volume aku kan tinggi....menjerit suruh diorg mandi dan bersihkan lantai tu balik. Waktu ni tangan aku ringan jer nak pukul bontot diorg tapi aku masih boleh bersabar lagi.

Pukul 8.30pm panggil diorg buat homework.....ulangkaji sama2. Pukul 9.30pm settled. Aku dah boleh rehat diorg dibenarkan main. Badan aku letih...... sambil tgk TV mata dah kuyu.....giler korang bangun pukul 6.00 pagi pukul 9.30 malam baru nak rehat. Selalu nyer aku akan tunggu sampai En Win balik dalam pukul 11.00mlm. Sambil2 tu aku akan lipat baju or kemas2 apa yg patut. Tapi semalam mmg letih.

Baru nak pejamkan mata anak2 aku dah buat hal.....main bola dalam rumah. "Danea.... Adik jgn main bola dalam rumah. Diorg boleh buat tak tahu jer. Sabar2. Kalau main bola jer takpe ini menjerit2...gelak kuat tak ingat.....sekali aku dgr pangggggg......speaker TV jatuh. Huh!!! mmg diorg dah tekan red button aku....apa lagi aku bangun gi cari budak2 tu sbb waktu benda tu jatuh diorg dah lari  masuk bilik menyorok. Waktu ni aku pukul menggunakan tangan jer.....sorang kena 3 kali kat kaki...kuat aku pukul sampai sakit tangan aku.

Dua2 melalak.... "tidur lepas ni mama tak nak dgr bunyi suara pun". Elok aku keluar bilik jer aku boleh dengar diorg ketawa.....tadi bukan main melalak. Ini bermakna diorang tak takut langsung ngan aku tak dgr nasihat langsung.....lagilah panas hati aku. Apa lagi aku ambik tali pinggang kena sorang tiga kali zassss kat bontot.....Ampun mamaaaaaa.......sakit mamaaaaaa.......janji tak buat lagi........

Lepas aku pukul perasaan kesian dan bersalah pulak aku rasa .....tapi kalau aku tak buat macam ni sampai bila2 dia tak hormat & tak takut kat aku. Bila aku dah cool sikit masuk dalam bilik balik.....ckp elok2. "Mama cakap lain kali cuba dengar......mama bukan tak kasi main tapi ni kan dah malam. Yaya kan dah besar tak elok gelak & menjerit kuat2......cuba main sama2 jgn gaduh2".....ok baca doa tidur esok nak sekolah". Sedih uolls tgk muka diorg tapi aku kena buat2 muka selamba....lepas tu terus Yaya datang kat aku "Sorry mama.....Yaya tak buat lagi....cium tangan aku & terus hug aku. "Adik cepat salam mama ckp sorry".....dia nasihatkan adik dia pulak. Bersalaman dan berpelukan lah kitaorg 3 beranak....



Inilah jantung & nyawa aku. Luv them so muchhhhhh...... 

Aku masih suapkan diorang makan....kadang2 mandikan.....sikat kan rambut dan carikan baju utk diorang pakai. Jgn lah masa ni cepat berlalu.....sbb aku akan rindukan saat2 macam ni bila diorang membesar nanti. Danea & Adik janganlah cepat besar huaaaaaa...... mama belum puas bermain & hug2, gomel2 korang lagi.

1 comment:

Chooyaya! said...

terus aku sebak. tengs.