Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 12, 2011

Rainforest Concert kat Sarawak.......

Last Saturday I, Shoki ngan Hazel telah buat kerja gila..... kitaorang gi Sarawak semata-mata nak tengok Rainforest concert. Perasan uollss ingat masih remaja lagi....tinggal anak semata-mata nak melompat-lompat kat concert tu. Takpe uollss sekali sekala perangai gila macam ni ia satu kepuasaan.

Rabu lepas tgh lunch ngan Hazel borak2 dia cakap kawan dia Fetty Sabtu ni gi Sarawak tengok Concert.... lepas jer habis topik tu I pandang muka Hazel terus cakap jom kita pergi...... Hazel yg giler meroyan setuju ngan cadangan aku yang bernas tu. Dalam masa 1/2 jam Flight ticket & hotel dah booked. Ticket Concert kitaorg beli kat Curve. Giler babi kan dah booked semua baru nak called En Win.... nasib baik laki mak sporting. Shoki adalah budak yang sangat baik.....tetapi dia telah termakan hasutan kitaorg dan telah bersetuju utk ikut bersama. Shoki adalah perempuan yang sangat pemalu dan terlalu cantik disebabkan kan dia terlalu cantik aku ngan Hazel telah bersepakat tak nak letak gambar dia kat blog ni ( tak lah dia mmg pemalu dan tak nak glamer macam aku ngan Hazel).

Rainforest Concert aku dah dua kali pergi ngan En Win......mmg happening. Concert tu dekat Santubung.... 1  jam perjalanan dari tempat kitaorang duduk. Concert dibuat ditengah-tengah hutan Santubung. Semua pemuzik dari serata dunia berkumpul. Best uollsssss..... harus aku perasan mat saleh bila berada di sana.


Kat Airport flight pukul 10.00 pagi. Aku dgn baju harimau bintang ala2 perasan comel. Hazel memakai topi perasan pelajar kolej. Shoki tukang ambik gambar.

Sampai Sarawak dalam pukul 11.30 pagi.....check in kat Merdeka Palace. After settled terus tukar baju ala2 pelancong luar negara jln kat waterfront. Panas uolls tapi we olls tetap jln macam pelancong omputih yang suka kan matahari. Makan lunch kat waterfront.....First time makan laksa Sarawak. Tak suka sebab rasa macam jamu. Seperti biasa Shoki tukang tangkap gambar.

Shopping time.... tak shopping pun sbb tujuan utama nak gi Concert.

Gambar wajib.... konon2 pakai topi aku kelihatan sangatlah comel.

Malam
Yahoo gi concert!!...... we all naik bas gi Santubung pukul 7.00 malam sampai dalam pukul 8.00. Harus pakai sexy uollss.....sanggup aku ngan hazel cari baju semata2 utk gi concert  ni. Seronok waktu ni rasa bebas sangat.....betul2 perasan remaja. Dah lama tak keluar ngan kawan2 tengok concert. Waktu utk melompat-lompat.


Tunggu bas....waktu ni muka baik lagi....perangai masih sopan lagi. Cuma baju jer  tak sopan. Hahahahah





Happening.....ramai giler. Really enjoy!!!





Menari tak hinggat punya.....habis semua tempat berpeluh.
Bukan main happy minah ni.....seperti biasa dia tetap drama queen. Uolls tahu tak minah ni sesak nafas sbb terlampau ramai orang. "Kak jom kita keluar I tak ada nafas".


Tgk couple tu....berdancing2 lagi. Aku ngan Hazel tunjukan kepakaran dalam tarian. Habislah lenguh2 kaki and kepala sbb bergoyang tak berhenti.

Temporary tatu. Aku nak buat kat tetek tapi segan pulak.....harus pengsan org yang buat tu nanti sbb terlampau power.

We ollss dah tak larat menari, makan, menari, duduk, menari.....concert habis pukul 1.00 pagi. We olls chow dalam pukul 12.00 mlm sbb nak continue gi disco kat Kuching. Sampai disco kat Merdeka Palace org tak ada..... boleh kira dalam 10 orang jer.....sbb semua gi Raiforest agaknyer.
Balik hotel dalam pukul 2 pagi terus tidur.......esok kul 11.00 pagi jer bagun. Heaven!!!

Bangun tidur....check out terus cari tempat makan seafood.....sedap giler and murah. Ketam, Udang, tomyam, Sayur campur & sotong. Baru RM80.00 hinggit. Lepas makan gi urut kaki sbb letih giler. Org tua remaja mcm ni lah....menari sikit sakit pinggang....letih kaki.

Lepas urut makan lagi.......minum2 kat tepi Sungai Sarawak. Pukul 4.00 chow gi Airport.

Next trip Bali or Phuket....... tungggu.

No comments: