Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 20, 2011

Kenapa perempuan cepat Tension?????

Semalam on da way gi kerja pasang Hot FM dgr topik pagi kat radio pasal Perempuan yang tension di Malaysia menduduki tempat ke 16 (ala2 mcm tu lah topik nyer). Suka lah lelaki2 yang mendengar tu...diorg mmg punya niat nak buat kita giler lepas tu kawen lain. Siap u Darling...... u buat i giler u pun sekali i jadikan giler!!!

Mana lah perempuan ni tak giler macam2 diorang kena fikir. Lelaki senang jer cari duit lepas tu settle bill benda2 remeh temeh bo...layan. Perempuan ni tak cantik risau, tetek kecik tension, tak dapat baju, kasut, tukar perabot sedih, anak ramai sakit jantung, tak ada anak murung.....bla bla..bla.

Lelaki dia tak heran semua tu. Pagi gi kerja....balik main2 jap ngan anak.....makan....mlm layan bola or keluar ngan kawan. Tu sbb diorg muda jer selalu. Bagi diorng life is too short, let's enjoy life to the fullest!! (tapi tak semua lelaki mcm tu yer ada juga sama2 pikul tanggungjawab).

Aku pun heran perempuan2 ni termasuk aku sekali.....knp lah tak boleh buat  benda tu jadi senang... ini nak berkerut dahi.... tension..... pada hal cuma nak fikir malam nak masak apa jer. Tu sebab berkedut cepat. Prinsip aku senang..... Monday & Saturday masa ngan anak2. Sunday ngan hubby, sebulan sekali or 2 minggu sekali ngan kawan, 6 bulan sekali holiday. Kalau ada masalah buat tak tahu jer cause by end of the day mesti settle punya. Suka berkawan ngan orang giler supaya aku boleh sentiasa gelak.

Dulu2 aku mmg bodoh.... kalau ada satu masalah beriya-iya menangis, fikir sampai nak hantuk kepala kat dinding....sekarang aku dah semakin matang just ikutkan jer....boleh settle kita settle kan tak  boleh mengaku jer kalah.....tak pening kan. Cari duit utk anak2, utk diri dan family tak payah nak berlumba2 siapa kaya. Senang kan.....

Cuma sikit jer aku kena control lagi.......macam mana nak handle anak2. Sbb ini satu2 perkara yang buat aku selalu tension.....tak apa bg aku setahu dua lagi mesti aku leh handle. Masih dalam proses pembelajaran.

Dulu2 kalau gaduh ngan En Win berhari-hari merajuk.....masam muka. Letih dowh. Sekarang dia marah ker dia membebel ker aku dengar jer. Tegur macam biasa....macam x ada apa2 terjadi. Sbb nak jerit2 pun bukan masalah leh settle. Kalau aku x tak tahan sgt aku tidur.... En Win keluar dlm masa 1/2 jam mesti ok balik. Aku selalu takut kalau gaduh2 tgk ada satu benda yg tak elok terjadi.....aku tak nak menyesal seumur hidup. So life aku sekarang enjoy jer....lantak lah apa org nak kata. Nak kawan2 tak nak kawan sudah.

Aku rasa paling besar masalah perempuan zaman sekarang ni..... takut suami main kayu tiga. Ini diluar bidang kuasa kita. Nafsu diorg kan satu hanya utk perempuan. Korang bergaya mcm mana pun kalau dia nak gatal tetap diorg buat jugak. Dulu aku nyer cemburu jgn ckp lah asyik check jer mana dia pergi sekarang tak ada hal aku dah bersikap terbuka kau gi lah mana janji kau jujur. Macam tu jugak dia kena buat kat aku dia kena percaya kat aku. InsyaAllah kita masing2 akan tahu tahap kita kalau dah berumah tangga. Aku tak nak ckp besar tapi minta2 DIA tetap kan iman kami berdua.

Tak moh yer tension2 perempuan semua......yang bercinta enjoy zaman muda anda (jgn sampai mengandung), Yang dah kawin eratkan kan kasih sayang (jgn terlalu control & cemburu), Yang dah tuo (kena lagi vogue supaya tak nampak tuo....hahahaha).

INI AKU CKP UTK DIRI AKU, INI LAH AKU.....JGN LEPAS NI KORANG KOMEN KATA AKU CAKAP BESAR DAN X ADA PERASAAN LAKS.....lantaklah aku malas fikir.

No comments: