Nuffnang Advertisement

Monday, July 25, 2011

Kang tak support cerita melayu kata berjiwa omputih.....

Last week anak aku Danea merengek2 nak tgk wayang cerita "Tolong Awek Aku Pontianak". Dengar tajuk pun dah tahu cerita ni cerita bodoh.... tapi di sebabkan aku minat kat Sazzy Falak jadi gagahkan jugak tunaikan permintaan anak aku ni.

Maka pergi lah kitaorg empat beranak di TGV Wangsa Walk. En Win tak nak gi tapi aku menyakinkan dia kata cerita ni kelakar....sbb bila baca kat tweet semua kata tak rugi tgk cerita ni sebab best & kelakar. Cerita bodoh uolls..... tapi aku tak faham kenapa satu panggung ketawa terbahak2....aku ngan En Win macam blur. Setakat Mat Rempit kena kejar pontianak mamat sebelah aku boleh tekan2 perut sbb geli hati sangat. Ke aku yang bodoh tak faham cerita melayu????

En Win sampai keluar bila pop corn satu lagi sbb nak tahan mengantuk.....dua2 anak aku bila org gelak dia pun gelak sama bila aku tanya dia ckp ntah....Yaya gelak jer. Pontianak dia tak takut langsung setakat pakai eye shadow hitam kat mata, rambut macam hantu kak limah lepas tu pakai gigi taring....itu bukan pontianak itu macam perempuan giler. Dari awal sampai akhir cerita tak ada satu pun yg logik.... patut lah tak laku. Macam mana lah nak support cerita melayu kalau ini lah rupanyer.....sedih okkkkk....

No comments: