Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 5, 2011

Aku akan jadi mental bila....

1. Balik rumah bukak jer pintu tgk spender bersepah macam comel lah sgt gambar rimau kau tu, suratkhabar atas sofa, colour pensil bersepah2.... akan bertambah angin lagi kalau En Win makan malam periuk & pinggan mangkuk dalam sinki tak bercuci. Datang angin giler aku semua aku humban kan dlm tong sampah. Tapi bila hati aku dah sejuk kutip balik.

2. Bilik air penuh ngan tapak kaki hitam sbb bila anak2 aku main kat luar terus masuk bilik air..... dia basuh kaki jer lantai dia tak siram. Ubat gigi tak tutup ngan betul....picit kat tengah2....tak letak syampoo kat tempat yg dia ambik tadi. Aku penat membebel tapi tak ubah pun perangai diorang....kenapa yek! adakah keluarga aku ini otomatik pekak bila aku membebal.

3. Rambut penuh kat sikat atau atas lantai....pantang datuk nenek aku betul. Kau boleh jalan jer......cute lah konon sepak2 rambut tu.

4. Tgh2 rehat dgn anaks dan En Win tiba2 kawan call ajak keluar.....ni memang api akan keluar kat mulut aku....sekali sekala tak apa. Ini baru balik outstation  kawan2 dah cari.

5. Tgh layan cerita baik punya.... tgh dok nangis atau ketawa terbahak-bahak....time tu kau ajak borak bila aku tak layan merajuk laks....kau dah tahu bini kau ni drama queen bila tgk tv  jgn lah kacau.

6. Bila ada duit nak shopping......tapi saiz baju or kasut tak ada. Waktu ni mmg blh mental

7. Lapar bila order makanan lambat sampai atau salah hantar. Nanti aku pandang jer muka waiter tu.....lepas tu buat2 pandang jam tangan.

8. Bila aku cakap orang yg dengar tu tak faham2.... aku masih boleh bertahan kalau kena ulang 3 kali masuk 4 kali kau rasalah air liur aku tersembur kau muka kau dan volume aku akan menjadi nyaring dan tinggi.

9. Bila aku senyum kau buat tak tahu....or bila kau telefon nak cakap ngan boss aku tapi suara nak sombong...memang cari pasal."Boleh sambung kan saya Dato R"....."boleh saya tahu siapa ditalian"
"Tak payah transfer jer....saya kawan dia" Mmg cari pasal sbb aku tanya elok2 kau nak sombong laks.....susah ker nak jawab soalan aku.....

10. Aku cerita dgn lemah lembut kau nak buat muka laks......mmg kau sengaja tekan red button aku.Org mcm ni mmg nahas.

11. Tgh tgk wayang ada pulak dgr suara kat depan tgh explain cerita tu kat awek dia.....lepas ni kan wak.....dia kena tembak tapi x mati. Aku pun harus buat aksi ganas konon tertendang kerusi.....lepas tu buat muka tak bersalah.

12. Bila berjumpa ngan orang ketiak hangit......kenapa lah kau tak perasan ketiak kau tu busuk. Giler ker apa....hidung aku nak tercabut sampai sengau2 lah suara aku nak tahan nafas....lagi banyak pulak soalan kau tanya.

13. Bila cari barang tak jumpa.....tanya anaks buat muka tak bersalah "mana lah Yaya tahu ma". Tapi bila pujuk baik2 bagi upah.....laju jer kau keluar kan benda tu dari dlm pasulah, bawah sofa lah.....mmg aku boleh mental macam ni. Tekanan jiwa

14. Bila aku tgh marah anaks2..... En Win buat lawak bodoh....terlompat-lompat mcm clown.

15. Bila aku masak kau cakap tak sedap..... hahaha ini mmg vodo sbb tak blh terima kenyataan.

No comments: