Nuffnang Advertisement

Monday, June 13, 2011

Nyawa mama.....

En Win tak ada minggu ni outstation.... nak dekat2 raya ni En Win akan bertambah busy.... macam ni lah adat orang berniaga selalu nyer kalau raya lah rezeki berlipat ganda sikit...alhamdullilah. En Win mmg busy kesian laki I....mana nak jaga 3 kedai lagi.... hujung minggu pulak kena jenguk2 pekerja kat Tengganu sbb joint exhibition selama sebulan kat sana. Next week gi Bangladesh pulak ambik order for jualan Hari Raya nanti.

Since En Win busy tanggungjawab aku lebih kat anak2..... hantar diorg gi Sekolah, Ulangkaji sama2, Tuisyen, Mengaji, memasak (sekrg aku kena masak sbb kesian diorg sebelum gi tuisyen takut lapar....tak kan nak makan kedai tiap2 hari), mengemas mcm2 lagilah....kalau nak diikutkan penat dia tak boleh cakap. So masa akan aku mmg banyak dengan anak2.

Luv being a mother..... satu kepuasan. Aku tak suka pakai maid walaupun penat jaga anak tapi dapat lihat diorg membesar depan mata. Tak dinafikan aku mmg garang....suara aku mmg macam petir. Kalau aku tak garang, tak mengamuk semua benda tak akan berjalan. En Win cuma yang dia tahu kerja dan cari duit ..... selebihnyer aku akan uruskan.....gi pasar, beli barang dapur, settle bil, settle anak..... semuanyer aku buat..... tapi tak ada hal sbb aku enjoy buat semua tu.

Anak2 mmg rapat ngan En Win sbb aku kan garang .... lagi pun aku mmg tak ada masa nak layan dgn kerenah diorg sbb busy ngan kerja rumah tapi kalau En Win tak ada akulah tempat diorg bermanja. Hujung minggu lepas bawak diorg gi KLCC park bagi diorg berpeluh sikit kesian asyik main kat rumah jer....tengah sibuk2 perhatikan diorg main tiba2 rasa sedih pulak sbb tgk diorg dah membesar..... anak mama dah besar tapi mama rasa tak puas lagi bermain dgn Danea & Ameera. Rasa tak puas lagi peluk2, cium2, gomol2..... jgn lah besar cepat sangat sayang....

Setiap  malam sebelum tidur aku selalu berdoa dan sematkan dalam hati.....esok pagi aku bangun aku mahu jadi ibu yang baik utk keluarga dan kawan2 (tak tipu uolls mmg tiap2 malam I berdoa mcm tu). Tapi semua benda ni aku harus lalui dan teruskan cuma tak sanggup nak tgk diorg meningkat remaja terlalu cepat....Huaaaaa miss waktu diorg baby dulu.

Kalau Danea or Ameera baca blog mama "Mama sayang sangat kat anak2 mama...... mama tak boleh hidup tanpa korang berdua..... mama harap Danea & Ameera menjadi anak yang baik".

Me with Danea Irfan

Me with Ameera Danii

KLCC Park..... seronok tgk diaorang bermain. Both of them mmg rapat....kejap2 kang gaduh....kejap2 kang baik balik




No comments: