Nuffnang Advertisement

Thursday, June 30, 2011

Mama puji adik pulak yer....

Ala2 pandai nyer anak mama ni...... kesian dia selalu mama puji Yaya jer. Adik ni kalau time berlajar or time buat homework aku tak berapa risau sangat sebab dia seorg yang berdikari. Tak payah disuruh lepas makan terus ambik buku & buat homework.... kalau time tuition pun tak yah jerit2 suruh dia siap. Dia tahu buat semua ngan sendiri. Pagi kejut gi sekolah pun senang. Cuma sampai sekarang di tak dapat bezakan B dan D. Puas ajar dia x leh tangkap..... aku faham sbb kecik2 aku pun lembab gaks. Bila dia masuk umur 6 tahun aku mula risau sikit sbb dia tak secepat Danea yg boleh membaca waktu umur 4 tahun. One thing good about Danea's dia mmg ulat buku......kau tinggal kan dia kat library berjam-jam pun tak apa. Buku cerita sentiasa ada kat tangan....aku pulak yg tension sampai nak gi wayang pun nak bawak buku....korang boleh baca kamus tu buat mcm baca buku cerita.....itu yg aku tak faham. Aku dulu kamus tu utk refer ayat tak faham jer....dia boleh buat mcm buku cerita pulak.

Di sebabkan Adik ni slow sikit part reading so aku terpaksa masuk kan dia tuition.....Alhamdullilah dia rajin pergi tuition dan belajar membaca jugak kat rumah ngan aku berkat usaha dia sendiri sekarang dia dah lancar membaca dan menulis. Mama bangga ngan adik....sekarang dia pun dah mula baca buku cerita.

Last Saturday gi ambik report card adik kat sekolah.....result adik macam Yaya jugak excellent. Cikgu  kasi tau adik pendiam (ye lah sangat kat rumah selagi aku tak keluar hanger tak senyap) dia cepat faham apa yang cikgu ajar. Ok lah Adik asal boleh faham apa yg cikgu ajar mama ok jer.



Yang 98% tu matematik..... kelam kabut satu soalan dia lupa jawab. Takpe2 mama tak marah.

Muka nakal Ameera Dani

Tapi semalam aku sakit jiwa sbb tengah kemas katil jumpa buku diary dia bawah bantal. Aku pun apalagi  baca lah....

Cat = Kucing
Dog = Anjing
Pig = Babi
Mama = Gemuk
Papa = Hitam

*terus pitam*

2 comments:

Lynn Hamzah said...

salam elly...nak tanya la...hantar tuition membaca kat mana yer? anak lynn baru berusia 5 tahun this year...still x dapat membaca dgn fluent...tapi kalau x dapat membaca dia akan berusaha mengeja...

Anonymous said...

hahaah. satu lagi entry lawak. :)

-anne-