Nuffnang Advertisement

Thursday, June 23, 2011

Mak dapat Bunga Ros Nyah.....

Selalunyer aku akan sampai rumah dulu..... sbb En Win akan ambik anak2 kat sekolah. Masuk rumah lepas bukak semua lampu kat hall..... i pun terus masuk bilik uollsss..... bila bukak lampu wah! ada bunga & kad atas katil so sweeetttttttt...... kembang kuncup hidung aku. Terus pegang & cium bunga tu ala2 pelakon pilem. Perlu ker buat macam tu.... tapi i buat jer uolls baru lah rasa mcm artis walaupun org tak nampak.  Aku rasa masa En Win nak letak bunga tu mesti dia pun terfikir2 dah letak kat mana..... apa motip letak atas katil. Ialah kan tak kan nak letak dlm almari tak jumpa pulak nanti. Orang tak selalu bagi bunga kat bini kan habis basah katil aku dibuat nyer sbb kat bawah bunga tu cina tu tak ikat kuat meleleh air tumpah....tak apa Darling! janji hati u murni nak bg kat wife u.

Aku tak faham bila post kat FB kata hari ni Annivesary aku.....semua pesan malam ni aku kena siap sedia pakai baju jarang duduk atas katil.Tak payah uolllssss..... i dah 9 tahun kawin tak ada makna nyer fikir nak romen jer.....harus makanan lebih penting. Orang selalu sibuk candle lite dinner..... i malam anniversary makan fatty crab kau mampu buat mcm tu.....sungguh tak vogue kan berebut-rebut ambik ketam ngan En Win....di letak udang kat pinggang aku...aku letak sayur kat pinggang dia...ok aper romantik jugak tu.

Tapi hari Sabtu ni En Win kata ada suprise utk aku.....sekali lagi hidung I macam nak meletup uolllss. Harus cari gaun warna fink nanti. Tak sia2 beli baju tidur jarang. Tapi masalah nyer bila En Win kata ada suprise i dah takut uollss sbb i belum beli apa2 lagi utk En Win....kejikan perangai aku. Sebab bila ku tanya En Win dia kata tak nak apa2.....cukup u sayang kat I jer (so aku pun ambik kesempatan lah duit tu beli barang aku). I tak gelojoh uollss nanti kalau esok2 dia nak apa2 kat shopping complex i byr je lah. Maklum lah dah 17 tahun kawan semua benda aku dah hadiahkan.

Ala2 sweeetttt lah u darling!


Walaupun bagi kad ttp keji aku kan!! ttp ada tambahan kad tepi kad. I tak kisah uollsss janji I Lap U.....U Lap Me.

No comments: