Nuffnang Advertisement

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day

Any fool can be a father, but it takes a real man to be a Daddy! "Happy Father's Day to my Darling, Abah and Papa. Omputih gitu......asal perasaan sentimental jer speaking London! kau mampu. Dalam hidup aku ada 3 orang bapak yang aku sayangi..... 

Raja Kamaruddin Bin Raja Azman atau panggilan dirumah ABAH! Aku mewarisi bakat lawak daripada abah....dan aku rasa banyak ciri2 abah ada dalam diri aku.

Aku: Abah hari ni makan luar nak.....bosan lah asyik makan kat rumah jer
Abah: Dainy!(panggilan utk mak aku) ambik tikar bentang kat luar anak u nak makan kat luar dia kata bosan makan dalam rumah.
Tensi! korang dapat bapak pak lawak macam ni.

Abah.... aku tak tahu nak cakap dia garang ker sporting.....sbb selalu yang pukul aku ngan getah paip mak aku. Dia tak banyak cakap tapi sekali marah cabut!!. selalu nyer kalau aku balik lambat dia tak cakap tapi mata dia berkata-kata dari aku masuk rumah sampai aku masuk bilik dia pandang jer....itupun dah buat kitaorg adik beradik terketar-ketar. Pernah sekali aku kencing dalam plastik beg sbb takut nak keluar bilik....kesalahan aku seperti biasa balik lambat. Lawak2....kau mesti ingat kan Long!. Kalau time nak bagi report card..... nak pulak keputusan aku banyak warna merah aku bagi pagi2 time nak pergi sekolah buat2 kelam kabut konon nyer kalau aku kelam kabut dia pun akan kelam kabut sekali..... tak ada makna nyer!.

Aku : Abah...ni report card....abah sign card bawah ni....cepat sikit yer org dah lambat ni.
Abah: Bagus....banyak merah....terang sikit mata abah nak tgk. Kalau warna biru abah tak nampak sangat. Apa tak suruh cikgu kau letak colour banyak sikit lagi cantik. Tahu2 report card aku dah melayang kat luar rumah.

Bapak aku dulu gaji dia tak lah besar sangat.... adik beradik pulak ramai semua perempuan pulak tu so perbelanjaan mmg banyak. Tapi alhamdullilah we all tak lah susah sgt. Sekarang abah dah tak bekerja so inilah masa kita orang adik beradik membalas jasa....membantu selagi yang mampu supaya abah gembira. Hadiah yang paling besar aku pernah bagi kat abah sebuah kereta itupun setelah aku bekerja selama 3 tahun.... aku nak abah & mak happy.....Jasa abah sampai bila2 pun aku tak dapat balas.


Mohamad Yasin..... father in law. Aku panggil Papa! Bapak Mertua yg paling sporting di dunia. Tak ada hal punya semua ok! Dia tak selawak bapak aku tapi sporting nak mampus. Perkara luar dalam aku boleh borak ngang dia. Tgh duduk2 minum kat coffee Bean.... kalau ada perempuan arab sexy lalu....Perggghhh! Ju (panggilan utk mak mertua aku) cuba kau tgk tetek perempuan arab tu....kalah tetek kau muda2 dulu. Aku dgr terus pitam. Bapak mertua aku ni no hal kalau aku keluar ngan dia pakai sexy2 dia tak kisah sangat  tapi kalau aku pakai depan mak bapak aku alamat....peha aku habis merah kena cubit.

Bapak mertua aku ni suka makan.....sampai aku pun pening. Dia tak kisah duit habis sbb makan...bukan sikit2 uollsss..... kalau tak penuh binatang atas meja tu dia tak akan berhenti order. We all boleh lepak tgk live band and gi Karaoke sama2. Life kena enjoy....tapi agama jgn lupa. Pesanan dari bapak mertua.

Darling!!Cool daddy tak payah nak cerita sangat....sbb i rasa uolls mesti tahu perangai dia yg suka manja kan anak tahap gaban melampau. Kalau anak2 buat salah dia akan panggil dan bagi tahu cara yg positive ala2 motivasion....bukan mcm aku jerit jer lebih tapi tak masuk langsung dalam kepala anak aku... aku bercakap diorg dengar tapi masuk kanan keluar kiri. En Win rajin melayan anak2..... rajin bergurau.....rajin mendengar cerita anak2. Suka lah tu anak sayang lebih kat dia! Itu tak bermakna aku jahat or tak rapat ngan anak2. Cuna pendekatan aku lain sikit kot......garang tapi dalam diam sporting dan lawak uolllsss. Siapa tak sayang anak oooiiiiiii.

By d way Happy Father's to bapak2 kat Malaysia jugak.......luv u

No comments: