Nuffnang Advertisement

Monday, June 13, 2011

Good job my darling Danea's!!

Alhamdullilah....berkat suara petir aku....berkat perangai aku macam perempuan giler dan singa lapar bila mengajar bak kata anak aku cikgu dia pun tak segarang mama....mama lah orang tergarang dalam dunia. Akhirnyer anak aku berjaya (cewah! macam dapat tawaran U pulak padahal exam pertengahan tahun jer). May be orang yang tak ada anak lagi akan cakap aku perempuan giler sbb anak baru darjah dua dah eksyen bagitau semua orang anak lulus dgn cemerlang.

May be perasaan seorg ibu macam ni kot....sbb aku tahu betapa penat nyer aku mengajar tiap2 malam....menjerit2 suruh diorg hafal sifir.....macam mandor tiap2 malam check buku.. hantar tuisyen 3 kali seminggu tapi bila tgk result peperiksaaan dia bagus rasa penat aku hilang. Belum lagi kalau datang meroyan aku habis buku aku koyak kan kalau tulisan tak cantik (pantang datuk nenek aku tulisan tak cantik...tapi tulisan aku yg tak cantik langsung sebenarnyer). Actually Danea's next year kena tukar sekolah sbb aku pindah kat Ukay Perdana..... sekarang dia Sekolah kat Assunta Petaling Jaya. Korang boleh imagine tak berapa jauh nyer aku hantar anak2 gi Sekolah. Aku duduk Keramat tapi hantar anak sekolah kat PJ sebab mertua aku duduk PJ so bila balik in law aku akan jemput anak2 dr sekolah. Petang ambil dr PJ balik Keramat balik. Fuh! dengar pun dah penat.

Next year nak masukkan Danea Sekolah Setiawangsa. Sekolah ni nak masuk susah sikit..... sbb dia diantara "Sekolah Terkawal" kalau ada good result jer boleh masuk sekolah ni.... that way aku kena pastikan Danea's dapat good result sampai hujung tahun ni sbb aku kena tunjukan report card Danea's nanti kat Kementerian Pelajaran kalau ok baru lulus masuk.

Back to Danea's result dia dapat 95 mark keatas utk semua subjek.....so aku kena bekerja keras lah utk maintain kan result dia sampai akhir tahun.....doa2 kan yer. Mama bangga ngan Danea's..... good job sayang!!

No comments: