Nuffnang Advertisement

Sunday, May 22, 2011

Revision....

Hujung minggu ini duduk kat rumah jer.....buat revision ngan anak2. Next week diorg exam. Nasib baik cita2 aku bukan jadi cikgu..... kalau tak sah2 muka aku masuk surat kabar sebab cederakan budak2 yg tak tahu membaca. "Petaling Jaya: seorang guru yang bernam Elly didapati bersalah akibat penyakit meroyan nyer datang....dia telah menampar dan menendang perut anak murid nyer kerana murid tersebut tidak pandai mengeja AYAM".

Aku mmg tidak mempunyai kesabaran yang tinggi....mula2 aku akan ajar sekali....kalau tak faham jugak aku terangkan sekali lagi masuk kali ketiga kalau tak faham jugak.....confirmed aku bertukar menjadi naga. Volume aku tiba2 boleh jadi tinggi sampai jiran sebelah pun terkejut. Anak2 aku dah lali ngan perangai aku ni.... mula2 jer diorg takut....lepas tu bila diorg pandang muka aku mesti diorang gelak. Mmg cari nahas..... mak kau ni tengah mengamuk kau boleh gelak.

Nasib baik lah dua org anak aku ni cepat faham dgn apa yang aku ajar..... kalau tak mmg lah penyakit giler babi aku akan datang balik. Khas utk anak2 mama " buat exam tu jangan kelam kabut, jangan kalau tak tahu jawapan baling dadu pulak..... jangan pura2 eraser jatuh lepas tu jeling orang sebelah.... jangan nak cepat siap tapi sebenarnyer muka surat sebelah tak buat lagi...... ini semua bukan perangai aku tapi perangai En Win.

No comments: