Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 1, 2011

Dah terima pembalasan......huaaaaaaa

Dulu2 ingat lagi kalau gaduh ngan mak selalu mak punya dialog macam ni "tak pe kau buatlah mak....nanti anak kau buat balik perangai macam ni.....waktu tu baru kau rasa". Orang kata kalau mak cakap atau marah ia merupakan satu doa.....huaaaaaa sekarang aku dah kena balik aku dah terima pembalasan. Perangai anak aku sebijik macam perangai aku kecik2 dulu.

1. Dulu kalau emak membebel atau marah mulut aku selalu terkumat kamit menjawab tapi cuma mulut jer terjonget-jongket tapi tak berani jawab kuat2 nanti tak getah paip melekat or penampar hinggap kat pipi...... tapi mak aku ttp perasan bila aku cebik2 kan mulut or buat muka apa lagi kelam kelam kabut aku menyelamatkan diri sbb mak aku kejar...... sekarang anak aku buat perangai yg sama jugak asal aku marah or membebel jer mulut dia ada jer jawapan or alasan....panas betul hati aku.

2. Dulu kalau aku tak dapat sesuatu barang yang aku hendak..... siaplah aku jalan hentak2 kaki....waktu tu aku duduk rumah papan berdentum dentam lah bunyi papan tu. Sekarang anak aku no. 2 tu pulak tak dapat barang dia akan berdiri jer kat tempat barang tu atau berguling-guling. Sakitnya jantung aku.....

3. Kalau dulu cikgu suruh bayar sesuatu kat sekolah contoh macam kena bayar uniform bulan sabit merah..... balik sekolah tak tanggal kasut aku dah menjerit kat luar pintu "mak cikgu ada bagi surat...dia suruh mak bayar RM20.00 duit uniform"...."Ckp ngan cikgu cukup bulan sekarang tak ada duit". Mula lah muka aku macam taik blh laks create cerita kata kawan semua dah bayar aku seorang jer belum bayar (konon2 malu lah). Sekarang benda yang sama aku kena..... anak aku akan ulang2 cerita pasal benda yg nak aku kena bayar tu sampai aku kata Ya.... Mak tension nyah! mintak lah kat bapak kau.

4. "Elly tolong mak gi kedai beli garam"......laju jer mulut aku jawab "Mak ni asyik orang jer....malas lah! mak pergi lah sendiri". Sekarang "Danea tolong ambik kan mama air"......"mama ambik lah sendiri Yaya malas". Huaaaa pembalasan yang sungguh cepat.

5. Perangai aku dulu2 suka duduk dalam bilik sorang2 lepas tu try semua baju office mak aku agak2 aku tak boleh lipat balik aku campak kan jer bawah katil.... bila mak aku cari baju tu aku akan buat muka tak bersalah "Tak nampak pun mak....entah2 kak long pakai tak (jahat tak aku....sendiri punya kesalahan lepas tuduh kakak aku). Sekarang perangai yg sama anak aku buat....sebab hujung minggu lepas bila aku mengemas aku jumpa segala alat solek & baju bawah katil. Huaaaaaa aku bersalah.....aku jahat kecik2 dulu

Yang aku bertambah bimbang itu baru diorg ikut perangai aku kecik2 kalau dia ikut perangai aku besar nanti.... mati lah aku. Sat nak gi sembahyang nak mintak doa diampunkan dosa....dan mendapat anak yang solehah. Amin

1 comment:

nasaoji said...

Ha ha...ya la kak kan...xpa, masih ada masa utk membentuk anak kecil itu....