Nuffnang Advertisement

Monday, April 18, 2011

Zaman Sekolah

Tiba2 teringat zaman sekolah. Waktu aku form 3 aku dah start jahat. Korang ingat tak dulu2 dekat Semua House ada "Roller Skates" tak silap aku tingkat U5 yang sekarang dah jadi tempat jual barang pengantin. Aku belajar gi tempat2 macam ni pasal Kak Ngah aku selalu bawak...korang tahu lah kan dia nak keluar ngan boyfriend.... bapak aku tak bagi so dia terpaksa angkut aku konon2 nak gi birthday party...so dia seronok2 berpeluk ngan boyfriend dia..... aku duduk sorang2 macam budak bodoh. Hahaha....bila aku dah tahu tempat tu aku eksyen lah ngan kawan2 sekolah aku....semua respect lah ngan aku sbb pernah gi tempat glamor macam tu. Padahal baru gi sekali tapi aku cerita macam dah pergi tempat tu 10 kali.

Minggu depan nyer pulak aku hangkut lah geng2 pergi sana. Tapi tempat tu tak best sangat sbb banyak mat hippies..... so we all lepak sekejap jer. Siapa nak kawan ngan mat hippies...busuk dowh. Form 4 aku semakin nakal... waktu tu "Honeymoon Year" sbb tak ada exam yang nak kena redah. Every saturday aku akan gi T-Dance dari pukul 3pm - 7pm. Still remember bayaran nak masuk t-dance ni RM7.00. Korang tahu lah zaman tu RM7.00 dah kira besar. So....sanggup tak makan ni gi sekolah sbb nak simpan duit. Balik rumah kebuluran cari nasik. Geng2 waktu tu Liza, Ita, Myra, Nini dan ramai lagi lah. Waktu tu famous group Feminim....so dress up pun ala2 feminim pakai boot "Dr Cardin" ke "Dr Martin" aku dah tak hinggat. Bapak aku sampai tak terkata.....mereng ker apa ana aku ni..... sbb aku boleh pakai kasut boot ngan baju kurung. Giler stylo.

Aku mmg nakal.....kalau tak ada duit nak masuk T-dance mula lah aku tackle lelaki yang kaya sikit utk aku lepas masuk....bila dah masuk aku blh couple pulak ngan jantan lain....berani gilerkan aku waktu tu. Bab baju aku tak ada masalah....sbb time tu kakak aku dah kerja....so boleh belasah baju diorang. Besar pun besarlah asal kan bergaya.

Cuba korang bayangkan kan aku akan keluar setiap hari Sabtu....ini bermakna setiap hari Sabtu macam2 alasan aku kena bagi kat mak aku....antaranyer
1. Nak keluar beli buku
2. Birthday kawan
3. Study Group
4. Rombongan bersihkan rumah anak yatim
5. Kelas tambahan.
aku akan keluar rumah pakai t-shirt and seluar jeans. Tapi bila sampai rumah kawan tukar baju. Giler kan....Tapi jahat aku setakat menari jer lah....tak lebih dari itu. Seronok giler zaman tu....tak payah fikir masalah....masalah aku cuma nak cari duit & cari alasan menipu sbb nak keluar. Actually duit pun tak menjadi masalah sbb kitaorang kan ramai kawan so siapa ada duit lebih share sama2.

Waktu tu aku ada group..... so bila nak keluar setiap hari Sabtu kitaorang ada pakaian khas (poyo giler). Minggu ni pakai jeans koyak so semua kena pakai jeans koyak, minggu depan pakai rantai yang ada nama...contoh macam aku pakai huruf "E" besar giler locket rantai tu tempah kat Central Market, minggu lain pulak pakai seluar jeans yang gunting sendiri sampai kat atas lutut.... kalau ingatkan balik fun tu. Menari pun macam tu jugak lepas balik sekolah lepak rumah kawan practise menari.....so bila gi t-dance step semua sama...cool kan!!Sanggup uolls practise...macam nak mampos hafal step. Kitaorg bukan apa nak glamer so kalau menari sama nampak gempak lah (bodoh2). Rambut jgn cakap lah macam2 style buat....sebelah jer panjang lagi sebelah pendek, satu lagi style belakang pendek depan panjang. Selalunyer kitaorg combined ngan group lelaki bila kat t-dance.....mmg fun menari sama2. Tak pernah pun terfikir nak buat benda2 tak senonoh waktu tu......bukan mcm budak2 sekarang kepala otak ingat nak romen jer. Ada satu masa tu ada fesyen jeans bootcut....alah yang seluar jeans atas kecik bawah besar tu. Hampek kau punya lah nak bootcut sampai tak nak nampak kasut lah bila berjalan....habis jalan raya aku bersih kan sbb seluar tu terlampau besar dan labuh. Tapi sayang zaman dulu mana lah ada camera nak snap2 gambar ni (bukan macam budak sekarang kehulu kehilir bawak camera) ada pun bapak punya tak berani nak mintak. Balik2 ambik gambar orang kawin.

Tapi aku jahat setakat form 5 jer. SPM tu....giler nak main2. Mati aku kalau tak pas...malu dowh. Tapi lepas habis SPM aku jahat lain pulak....we all cuba disco pulak....tu nanti aku cerita.

No comments: